Bintang K-Pop terkenal, BTS sekali lagi mencipta kejutan apabila tiga ahlinya iaitu V, Jimin dan Jungkook tersenarai dalam kalangan 100 pemegang saham teratas di Korea Selatan yang berusia bawah 30 tahun. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruh mereka dalam industri hiburan, malah ia juga membuktikan kedudukan kukuh mereka dalam landskap korporat negara tersebut.
Menerusi laporan analisis yang dikeluarkan oleh penjejak data korporat, CEO Score pada 24 Disember lalu, senarai berprestij itu didedahkan dan menunjukkan nilai gabungan saham 100 pemegang saham muda teratas Korea Selatan meningkat hampir 70 trilion Korea Won berbanding hujung tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan mencecah 177.2 trilion Korea Won setakat 19 Disember.
Dalam kelompok elit tersebut, V (Kim Taehyung), Jimin (Park Jimin) dan Jungkook (Jeon Jungkook) muncul sebagai antara individu paling menonjol apabila masing-masing dilaporkan memiliki pegangan saham bernilai sekitar 21.4 bilion Korea Won. Nilai ini meletakkan mereka dengan selesa dalam kategori pemegang saham terkaya bagi lingkungan umur bawah 30 tahun.
Ads
Difahamkan, pegangan saham luar biasa itu berpunca daripada langkah strategik yang dibuat pada tahun 2020, apabila Bang Si-hyuk iaitu pengasas dan pemegang saham terbesar syarikat hiburan gergasi HYBE, menghadiahkan sebanyak 478,695 saham biasa kepada setiap ahli BTS. Langkah tersebut dilihat sebagai simbol penghargaan terhadap sumbangan besar kumpulan itu kepada kejayaan syarikat.
Lebih menarik lagi, V, Jimin dan Jungkook dilaporkan mengekalkan kesemua saham yang diterima sejak empat tahun lalu. Keputusan itu sekaligus mencerminkan keyakinan mereka terhadap pertumbuhan jangka panjang HYBE serta peranan berterusan BTS dalam mengukuhkan jenama global syarikat tersebut.
Sementara itu, ahli BTS lain seperti J-Hope, RM dan Jin turut dilaporkan memiliki pegangan saham bernilai tinggi, walaupun terdapat pelarasan dalam jumlah saham masing-masing. Difahamkan, aset saham yang dimiliki oleh ahli-ahli ini masih melebihi nilai 10 bilion Korea Won, sekaligus mengekalkan status mereka sebagai antara selebriti paling berpengaruh dari sudut kewangan.
Ads
Secara keseluruhan, senarai berkenaan turut memperlihatkan hierarki kekayaan korporat Korea Selatan, apabila Lee Jae-yong, pengerusi Samsung Electronics, menduduki tempat teratas sebagai pemegang saham paling bernilai. Manakala, Bang Si-hyuk pula dilaporkan berada di kedudukan ke-10 dalam ranking keseluruhan.
Ads
Pencapaian V, Jimin dan Jungkook ini sekali lagi membuktikan bahawa idola K-pop masa kini bukan sekadar ikon hiburan, malah berupaya muncul sebagai taikun muda yang berpengaruh, selari dengan perubahan landskap industri hiburan dan ekonomi global.
Dalam perkembangan terkini, BTS kini sedang giat membuat persiapan untuk kemunculan semula sebagai kumpulan lengkap yang dijadualkan pada musim bunga tahun hadapan, sekaligus meningkatkan keterujaan dan penantian hangat dari peminat di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan bagi murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 telah pun bermula pada 1 Mac lalu, diikuti dengan pelajar sekolah menengah pada 5 April selepas beberapa bulan pelajar melakukan pembelajaran dari rumah ekoran daripada pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan agar semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.
Yang Dipertua MIMBAR, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, kebanyakan ibu bapa yang yang ditemui mengatakan kurang sedikit signifikannya cuti penggal ini kerana mereka sudah terlalu lama berada di rumah. Jadi, pelajar sudah banyak ketinggalan dan ibu bapa memintanya untuk mengutarakan cadangan ini supaya dipertimbangkan.
Masih ingat lagi dengan Milly dan Mamet? Kawan Cinta (Dian Sastrowardoyo) yang berkarater lucu dan menghiburkan dalam filem Ada Apa Dengan Cinta.
Kalau dalam Ada Apa Dengan Cinta 2, ketika mereka bercuti ke Yogyakarta, Milly sedang mengandung dan pelbagai adegan lucunya bersama Mamet (suami) sangat menghiburkan penonton.
Kini, korang berpeluang untuk melihat kisah Milly & Mamet di pawagam kerana cerita cinta mereka juga sudah difilemkan. Merupakan kesinambungan daripada filem Ada Apa Dengan 2 yang berkisarkan mengenai pasangan suami isteri ini yang sudah mempunyai cahaya mata.
Mamet mempunyai minat mendalam dalam dunia masakan dan mahu menjadi seorang chef. Walau bagaimanapun, impiannya tidak kesampaian kerana dia terpaksa bekerja di kilang milik bapa mertuanya.
Dia kemudiannya bertemu dengan bekas rakan kuliahnya Alexandra, yang memberitahu dia susah mempunyai pelabur untuk membuka sebuah restoran yang mereka impikan selama ini.
Pada masa yang sama, hubungan Mamet dengan bapa mertuanya semakin keruh apabila kedua-dua mereka sering berselisihan faham.
Bermulah konflik dan perselisihan yang berlaku kepada pasangan suami isteri.
Antara pelakon yang membintangi filem filem ini adalah Sissy Priscillia, Dennis Adhiswara, Julie Estelle, Ernest Prakasa, Yoshi Sudarso, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Dian Sastrowardoyo dan juga Melly Goeslow.
Milly & Mamet diarahkan oleh Ernest Prakasa ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019.
Nak tahu apa kesudahanya? Jom tonton tayangan perdana Milly & Mamet bersama Remaja pada 4 Mac (Isnin) ini dengan hanya menyertai peraduan mudah yang sediakan.
Korang juga berpeluang untuk bertemu dengan barisan pelakon Milly & Mamet, Sissy Priscillia, Dennis Adhiswara dan Julie Estelle pada malam itu nanti.
Menangi tiket tayangan Remaja x Milly & Mamet
Tarikh: 4 Mac 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emal. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop lagenda, BIGBANG baru-baru ini mencuri perhatian peminat di seluruh dunia apabila mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan konsert jelajah dunia sempena ulang tahun ke-20 sekaligus menandakan kemunculan semula kumpulan berkenaan di pentas antarabangsa sebagai sebuah trio.
Menerusi sebuah pengumuman yang dikongsikan di YouTube, Pengasas dan Penerbit Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun-suk memaklumkan bahawa pihaknya telah bersetuju untuk menganjurkan siri konsert dan jelajah global bagi meraikan detik istimewa tersebut selepas perbincangan bersama anggota BIGBANG.
“Saya rasa sebab orang ramai merindui BIGBANG dan menunggu konsert mereka adalah kerana mereka mahu melihat dan mendengar semula lagu-lagu hit yang pernah dipersembahkan secara langsung di atas pentas”
“Secara ringkasnya, sempena ulang tahun ke-20 BIGBANG tahun ini, kami telah bersetuju untuk mengadakan konsert dan melancarkan jelajah global,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara BIGBANG dan YG Entertainment akan membantu memastikan segala persiapan berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar.
“YG Entertainment dan BIGBANG telah bekerjasama rapat untuk tempoh yang panjang, jadi saya tidak menjangka sebarang kesukaran besar. Semua kakitangan YG akan melakukan yang terbaik untuk menghasilkan persembahan yang indah, lengkap dan cemerlang,” jelasnya lagi.
Difahamkan, untuk jelajah kali ini, BIGBANG akan tampil sebagai trio yang terdiri daripada G-Dragon, Taeyang dan Daesung. Kumpulan ini sebelum ini debut dengan lima ahli pada tahun 2006, namun kini meneruskan perjalanan sebagai tiga anggota.
Sepanjang lebih dua dekad dalam industri muzik, BIGBANG telah melahirkan pelbagai lagu popular yang menjadi fenomena seperti Lies, Haru Haru, Last Farewell, Fantastic Baby, Monster dan Bang Bang Bang, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara ikon terbesar K-Pop era 2010-an.
Dalam perkembangan lain, BIGBANG juga dijadualkan bakal menghangatkan pentas Coachella Valley Music and Arts Festival pada 12 dan 19 April ini. Pentas berprestij itu dijangka menjadi pemanas badan sebelum kumpulan tersebut memulakan siri jelajah dunia mereka secara rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...