Utusan & Kosmo Ditutup Semalam! Khai Bahar & Nabila Razali Beri Respon

Share

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai berita syarikat akhbar tempatan Utusan Melayu Berhad secara officialnya ditutup dan ditamatkan operasinya kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya dan kos operasi.

Terkesan dengan berita tersebut ramai netizen terutamanya selebriti-selebriti tanah air berasa sedih dengan perkhabaran itu.

Bagi mereka, Utusan merupakan antara ‘tapak’ permulaan mereka di dalam industri hiburan yang banyak menaikkan nama mereka. Antara selebriti-selebiti tanah air yang menyatakan rasa sedih dan terkejut mereka dengan perkhabaran ini termasuklah Khai Bahar dan Nabila Razali.

Tidak ketinggalan pelantun lagu Luluh, Khai Bahar turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada rakan-rakan dan sahabat media yang berasa di Utusan Dan Kosmo..

“Saya rasa amat bersimpati dengan rakan-rakan di Utusan dengan apa yang berlaku semalam, dan saya juga mendoakan agar semua wartawan-wartawan utusan agar dipermudahkan segala urusan dan terus tabah dengan ujian dan dugaan semua warga Utusan,” ujar Khai Bahar

Penyanyi manis, Nabila Razali pula rasa sedih kerana Utusan merupakan antara ‘tapak’ permulaan Nabila di dalam industri hiburan yang banyak menaikkan nama dan support apa yang beliau lakukan .

“Sesungguhnya Bella rasa terkejut. Bella sedih sebenarnya sebab pihak Kosmo dan Utusan banyak membantu dalam menaikkan nama Nabila Razali dari awal sampai sekarang. Tak henti-henti support

Bella walau apa yang Bella hadapi. Tetap support!

Di kesempatan itu, Nabila Razali turut rasa sedih dan ingin membantu jika diberi peluang dan jika ada rezeki yang lebih.

“Bella betul-betul rasa sedih dengan berita tergempar ni. Bella pun risau dengan nasib 700 orang staff Utusan. Sebab Bella pun rasa yang sama, yela tiba-tiba kita hilang punca pendapatan dengan komitmen yang hendak dibayar tiap bulan. Nak cari kerja bukan mudah sekarang. Bella sedih dan tumpang simpati dengan nasib kesemua staff yang terlibat. But of course, kalau Bella ada rezeki untuk Bella bantu mereka, Bella teringin nak bantu.”

“Apa-apa Bella akan just update. Semua staff Utusan macam kawan-kawan Bella. Kita kena percaya dengan takdir ini. InsyaAllah Bella tak segan silu untuk membantu,”

Sebagai info, Utusan adalah antara syarikat akhbar paling lama di Malaysia yang kini mencecah 80 tahun. Jangan kata Khai dan Bella, penulis pun sedih mengenangkan kawan-kawan di Utusan dan Kosmo. Moga mereka tabah hadapi dugaan ni. Kita doa yang baik-baik sahaja je la untuk mereka.

IKLAN