Perbetulkan niat dan fahami tujuan pemakaian niqab.
Seperti yang diketahui oleh remaja beragama Islam, aurat wanita yang wajib ditutup meliputi seluruh tubuh badannya melainkan bahagian wajah dan tapak tangan.
Begitupun, ada sesetengah wanita yang memilih untuk menutupi dua bahagian tersebut dengan penggunaan sarung tangan dan kain niqab lalu meninggalkan hanya bahagian mata sahaja.
Sebahagian besar daripada mereka yang melakukan sedemikian adalah demi memlihara kehormatan dan kedudukan wanita Islam ke tahap yang lebih tinggi di mata masyarakat sekeliling. Begitulah yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun dalam video yang dimuat naik semula oleh pengguna di TikTok dan kembali tular pada minggu ini.
Sekiranya seorang wanita bimbang dijatuhkan fitnah ke atasnya, maka dibolehkan menutup wajah dengan niqab bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada terjadi.
Pemakaian niqab juga jelasnya adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita kerana ia secara tidak langsung menjadi peringatan harian untuk mereka istiqomah dalam bab penjagaan aurat.
Ads
Foto Hiasan.
Bagaimanapun, Ustazah Asma’ Harun juga menegaskan agar niat yang dipasang semasa berniqab itu juga difahami dengan jelas. Ia adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain terutamanya kaum lelaki.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita.
“Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih,” katanya sambil mengingatkan pengikutnya mengenai cara pemikiran kaum lelaki apabila melihat wanita berniqab tetapi masih mengenakan solekan mata melampau.
Ads
“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, Allahuakbar.
“Sama ada pakai niqab atau tidak pakai niqab, biarlah wajah kita natural,”simpulnya. Pemakaian produk-produk kosmetik dan penjagaan kulit wajah pula seharusnya untuk menutup cela agar tampol lebih berkeyakinan dan lebih bersih.
Ada benarnya teguran Ustazah Asma’ Harun ini. Bukanlah untuk merendahkan mana-mana wanita yang memakai niqab. Cuma sekadar saling mengingati semua wanita untuk memperbetulkan niat dan memahami tujuan memakai niqab itu sendiri.
Dalam perkembangan lain, Ustazah Asma’ Harun baru sahaja pulang ke Malaysia dari tanah suci Mekah setelah membawa seramai 86 jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah dan menziarahi tempat-tempat menarik di sana selama sepuluh hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya semalam lepasan SPM 2020 telah meraikan kejayaan mereka menamatkan zaman persekolahan dengan menerima keputusan peperiksaan masing-masing, hari ini, berita yang sedikit merundumkan semangat pelajar telah diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan telah mengumumkan pembatalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos ini.
Keputusan pembatalan PSRA dibuat berikutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh dunia. Selain itu, pihak JAIS turut memantau peningkatan jumlah kes jangkitan serta kematian akibat wabak COVID-19 yang masih tinggi pada setiap hari.
Justeru, pembatalan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus melandaikan lekuk penularan wabak. Ia juga demi melindungi para pelajar, guru, petugas peperiksaan, ibu bapa dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perlaksanaan peperiksaan secara fizikal.
BEGITUPUN, JAIS akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara sebagai pengganti kepada peperiksaan PSRA.
Ini akan membantu pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi kemasukan 2022.
Pembatalan ini tentunya sedikit sebanyak akan mematahkan semangat para pelajar terutamanya serta ibu bapa dan guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan diri bagi menghadapi PSRA.
Tambahan pula, tanpa cara pembelajaran formal yang tidak dijalankan pada tahun ini, tentunya usaha pelajar dan guru telah dilipatkali gandakan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). REMAJA turut tertanya mengapa PSRA tidak ditangguhkan saja seperti yang dilakukan kepada peperiksaan SPM 2020.
Apapun, korang janganlah merasa sedih. Seperti yang JAIS umumkan, akan ada peperiksaan yang akan dijadikan sebagai pengganti.
SUMBER : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang pastinya disambut lega oleh masyarakat. Ini kerana ramai yang berasa bimbang dengan jumlah peningkatan kes pesakit COVID-19 khususnya di Sabah.
Ditambah demam pilihanraya dengan ramai pemimpin dan orang ramai datang berkempen ke serata pelusuk ceruk, pastinya jangkitan akan lebih mudah menular jika SOP tidak dijaga. Mulai esok, semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa sehingga 10 Oktober.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.
"Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.
"Mereka juga akan menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.
"Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19.
"Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan," katanya.
Menurutnya, sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19. "Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian Covid-19.
"Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehingga semalam, kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan jumlah sebanyak 27,831 kes dan hal ini menyebabkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM memaklumkan keputusan penangguhan ini dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan. Melalui mesyuarat berkenaan, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan istiadat konvokesyen yang membabitkan seramai 27,287 graduan.
Penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan dijangka akan dilaksanakan semula pada Jun hingga Julan 2022.
Menurut kenyataan UiTM, keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan keprihatinan Kementerian Pengajian TInggi berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara.
Foto: Konvokesyen UiTM (Gambar hiasan)
Penangguhan itu juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pihak pengurusan UiTM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau boleh hubungi 03-55443110 atau 03-55443114.
Walau bagaimanapun, keputusan ini nampaknya mendapat reaksi berbeza daripada segelintir masyarakat yang kesal dengan penangguhan tersebut.
Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar segala urusan para graduan dipermudahkan dan semoga penularan COVID-19 dapat dikurangkan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.