Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu..
Siapa sangka usaha seorang lelaki dari Amerika Syarikat kerap memuat naik videonya berpura-pura mati di TikTok telah membuahkan hasil apabila dia ditawaran berlakon di drama televisyen bersiri iaitu CSI:Vegas.
Dilaporkan, lelaki bernama Josh Nalley yang berasal dari Kentucky ini tidak mempunyai pengalaman dalam berlakon. Namun begitu perkara ini tidak memutuskan semangatnya untuk teruskan lakonan dengan harapan akan ada pihak produksi ingin mengambilnya sebagai pelakon.
Kesungguhan Josh Nalley telah mendatangkan hasil apabila salah seorang produksi daripada drama bersiri jenayah itu mengajak Josh Nalley untuk memainkan watak orang mati dalam episod akan datang.
Josh Nalley menyatakan, dia mendapat e-mel daripada CBS yang merupakan antara rangkaian televisyen utama di Amerika Syarikat dan memaklumkan bahawa mereka tertarik dengan video TikTok milik Josh membuatkan mereka ingin tawarkannya berlakon.
Ads
Pada mulanya Josh Nalley tidak percaya tetapi pihak CBS telah membawanya terus ke California dan berjumpa dengan Mario Van Peebles iaitu pengarah drama CSI:Vegas.
Menurut Josh Nalley, sebab dia ingin berlakon watak orang mati adalah kerana dia tidak suka bercakap di hadapan kamera tetapi watak mati boleh buatkan dia hanya perlu baring dengan mudah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang baru masuk dunia pekerjaan.
Kajian oleh Malaysia Labour Market Insight Series melalui laporan bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk mendedahkan bahawa majoriti siswazah kini bekerja dalam sektor separa mahir atau tidak mahir.
Ini menunjukkan berlakunya ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang diperoleh.
Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, keadaan ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran kerja negara.
Isu gaji bulanan menjadi perhatian apabila lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia dilaporkan hanya menerima gaji bawah RM3,000 sebulan. Situasi ini menyebabkan ramai daripada mereka hidup dalam keadaan ‘cukup-cukup makan’, tanpa ruang untuk menyimpan, melabur atau memperbaiki taraf hidup.
Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah dilaporkan melebihi 80 peratus, angka tersebut dianggap mengelirukan kerana ia tidak mengambil kira kesesuaian kemahiran dan tahap gaji.
“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.
“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya melalui kenyataan, pada Khamis.
Tambahnya lagi, ramai siswazah kini tidak dapat menikmati kelebihan pendidikan tinggi kerana pulangan yang diterima tidak sepadan dengan kos yang ditanggung.
Keadaan ini juga melemahkan semangat untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Apa Pilihan Yang Ada Untuk Belia?
Belajar kemahiran tambahan – Soft skill, digital skill, freelancing (design, coding, editing).
Cuba income sampingan (side hustle) – Jual makanan, servis freelance, TikTok affiliate pun boleh.
Belajar urus kewangan awal – Simpan sikit pun tak apa, yang penting konsisten.
Melabur ikut kemampuan – RM100 sebulan pun boleh mula (guna ASB, Tabung Haji, atau Robo-advisor).
Jangan terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan.
Antara punca utama dikenal pasti ialah:
Pertumbuhan gaji yang perlahan
Kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan
Permintaan yang lemah dari sektor swasta
Bagi mengatasi masalah ini, laporan mencadangkan pelbagai reformasi seperti:
Menggantikan indikator kebolehpasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran.
Mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang
Menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan
Memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan
Memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah
Bukan semua orang ada permulaan hidup yang senang dan gaji bawah RM3K bukan kegagalan. Tapi penting untuk kita sedar realiti dan cari jalan keluar. Tak kiralah gaji RM2K ke RM5K, kalau tak tahu urus duit, tetap akan rasa tak cukup.
So… lepas ni, jangan down kalau gaji kecil. Sebaliknya, fikir apa langkah kecil yang kau boleh mula hari ni, untuk bantu ‘next version’ diri kau nanti.
Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan kewajipan bayaran kepada pelajar pelatih di kesemua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
Kerajaan telah pun bersetuju menaikkan kadar elaun daripada RM300 (sebelum ini) kepada RM900 sebulan, atau perlu dibayar RM5 bagi setiap jam.
Terbaru, YB Syed Saddiq telah pun memuat naik status di laman Twitternya dan mengatakan bahawa kalau ada agensi/jabatan/kementerian yang tidak membayar elaun intern, boleh tunjuk pekeliling yang seperti beliau lampirkan.
Kredit: Instagram Syed Saddiq
Berikut merupakan lampiran pekeliling bagi ketetapan bayaran elaun kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi yang mengikuti latihan amali/praktikal di sektor awam.
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Isu-Isu Belia Bil 1/2019 pada 15 Ogos 2019 telah bersetuju seperti berikut:
(a) Supaya kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali/praktikal di sektor Awam dinaikkan kepada RM5.00 sejam;
(b) Supaya kadar baharu pembayaran elaun berkuat kuasa pada 1 September 2019; dan
(c) Supaya pembayaran elaun pelajar yang menjalani latihan amali/praktikal menggunakan peruntukan kewangan sedia ada di Kemterian/Jabatan/Agensi masing-masing.
Ketua Jabatan juga hendaklah melaksanakan pembayaran kadar baharu elaun tersebu mengikut peraturan, syarat dan prosedur seperti berikut:
(a) Pengambilan pelajar
(i) Pelajar terdiri dari Warganegara Malaysia sahaja
(ii) Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara yang menjalani sesi latihan amali/praktikal di dalam negara;
(iii) Pelajar boleh memohon kepada mana-mana Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang bersesuaian; dan
(iv) Ketua Jabatan boleh mengadakan kaedah pemilihan tertentu seperti temu duga untuk mendapastkan pelajar yang sesuai
(b) Pengurusan pelajar
(i) Pelajar tidak boleh diambil untuk mengisi jawatan kosong, jawatan kenaikan pangkat atau untuk melaksanakan tugas pegawai tetap;
(ii) Ketua Jabatan hendaklah memastikan seorang atau lebih Pegawai Penyelia di kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bertanggungjawab ke atas urusan penyeliaan tugas pelajar; amal/praktikal tersebut adalah merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
(iii) Pelajar tidak layak dibayar elaun lebih masa
(iv) Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja dan tidak termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan; dan
(v) Elaun ini membatalkan Elaun Latihan Amali yang diterima oleh pelajar tajaan Kerajaan
Alhamdulillah.
Kalau ada agensi/jabatan/kementerian yang tidak membayar elaun intern,
*Rm5sejam/~RM900 sebulan*
Boleh tunjuk pekeliling ini. Anak muda perlu tuntut hak mereka.
Tolong RT dan kongsikan maklumat ini kepada semua.
Kadar pembayaran elaun ini berkuat kuasa mulai 1 September 2019. Dan sekiranya masih ada agensi/jabatan/kementerian yang tidak mahu membayar elaun praktikal korang, bolehlah tunjuk pekeliling yang dikongsi oleh YB ini ya.
Diharap agar dengan pemberian elaun ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban bagi pelajar amali/praktikal yang bertugas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka usianya bakal mencecah 56 tahun pada Mac nanti. Chuando Tan pernah mencipta fenomena lima tahun lalu apabila gambarnya yang menampilkan bentuk tubuh yang fit menjadi bualan ramai warganet dek fizikalnya yang terlihat ‘awet muda’.
Kini lima tahun berlalu, Chuando yang merupakan seorang jurufoto fesyen, model dan pelakon mengenang kembali kisah bagaimana dia menjadi internet sensation dalam satu malam sahaja.
Berkongsi kisah ini kepada CNA Lifestyle, Chunado mengimbau kembali kisah tersebut yang terjadi pada 2017. “Saya masih boleh ingat pada pagi itu yang mana apabila bangun saya menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia.
“Bahkan saya turut menerima mesej daripada stesen tv, portal berita. Mereka semua bertanya pelbagai soalan. Ketika itu saya terasa seperti ‘dikhianati’ dunia dan seolah-olah saya seorang penjenayah. Saya tidak keluar rumah lebih kurang dua minggu,” ujarnya.
Menyifatkan perkara itu mengejutkan, anak jati Singapura yang dibesarkan di Toa Payoh ini bukanlah seorang yang bersikap ekstrovert sebaliknya dia berkongsi yang dia seorang yang sangat introvert dan sangat malu.
Bertanya tentang apakah rahsia yang diamalkan untuk tampil kacak bagai baru berusia 20an, Chuando menyatakan yang perkara itu memberi tekanan.
“Mungkin mereka mahu jalan mudah untuk mengekalkan keremajaan. Jauh di lubuk hati saya tahu saya semakin menua dan tidak muda. Walaupun saya berfikir yang saya tidaklah semuda yang ramai fikirkan, namun saya boleh jadi seorang individu versi sihat orang yang seusia dengan saya,” ujarnya.
Berkongsi rejim kesihatan yang diamalkannya, Chuando banyak melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat seperti minuman protein atau oatmeal bersama avocado, telur dan madu. Selain itu dia berkongsi bahawa sangat penting untuk memiliki minda dan pemikiran yang positif kerana ia akan terpancar di wajah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.