Bulan Ramadan adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam seluruh dunia kerana ingin mengejar pahala dalam setiap amal ibadah yang dilakukan. Istimewanya pada bulan ini umat Islam dapat menjalani solat terawih dan berbuka puasa bersama-sama insan tersayang.
Untuk membantu korang mengumpul pahala beribadah di bulan puasa, berikut kami kongsikan checklist 20 amalan yang dikongsi oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadan ini.
Moga bermanfaat!
1. Bangun sahur
2. Tahajud dua rakaat dulu sebelum makan sahur
3. Masuk waktu Subuh, lakukan solat Qabliyah Subuh terlebih dahulu (lebih baik dari dunia dan isinya)
InsyaAllah sepanjang Ramadan ini cuba isi masa korang dengan melakukan ibadah kerana sesungguhnya inilah masa terbaik untuk kita mengutip pahala di bulan yang mulia. Seperkara lagi, jaga perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan pahala dan sedekahlah setiap hari walaupun RM1 asalkan konsisten.
Semoga Ramadan ini menjadikan kita lebih baik dan segala amal ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.
Selamat beramal!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Syarikat mobiliti global ECA International telah mengeluarkan senarai tahunan bandar paling mahal di dunia untuk didiami, dan sekali lagi Hong Kong telah menduduki tempat pertama dalam senarai.
Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.
Ini merupakan kali ketiga tahun berturut-turut Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia dalam indeks ECA. Indeks itu juga secara khusus memberi tumpuan kepada pekerja asing dan ekspatriat. Lebih mengejutkan lagi, keputusan itu menunjukkan bahawa Asia sebagai benua paling mahal apabila lima bandar raya seperti Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Guangzhou dan Seoul menduduki tempat 10 teratas dalam senarai.
Selain itu juga, Asia menunjukkan peningkatan dalam senarai keseluruhan dan menjadi antara bandar paling pesat. Sri Lanka melonjak 23 anak tangga daripada kedudukan 162 kepada 149.
Pengarah Serantau ECA Asia, Lee Quane menjelaskan negara China semakin meningkat dalam indeks tersebut adalah kerana majoriti bandar-bandar tanah besar China mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi daripada biasa. Oleh itu, sebab utama peningkatan kedudukan mereka adalah kerana kekuatan Yuan China berbanding mata wang utama lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Festival Pertengahan Musim Luruh yang diraikan masyarakat Cina pada setiap tahun sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan yang juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung ini seakan tidak lengkap tanpa kelibat kuih bulan atau tanglung yang selalunya digantung di kediaman masyarakat berbangsa Cina.
Bercakap mengenai kuih bulan, sebenarnya terdapat pelbagai jenis yang dijual di pasaran Malaysia dengan bermacam-macam perisa, warna dan bentuk. Ia sama saja seperti kuih raya – cuma yang membuatkan ia istimewa adalah saiznya yang lebih besar dan intinya yang pelbagai.
Bukan hanya masyarakat Cina saja yang tidak melepaskan peluang untuk membelinya, mereka yang tidak menyambutnya juga pasti ingin mencuba.
Namun bagi masyarakat Islam, korang kena pastikan dahulu sama ada kuih bulan yang dijual itu adalah Halal atau tidak. Ini kerana terdapat kuih bulan menggunakan bahan tidak Halal di sisi agama.
Terbaru, kek bulan Oreo ada dijual di Malaysia dan ia bukan sekadar biskut berperisa Oreo seperti kebiasaan.
Kuih bulan ini sudah lama berada di pasaran. Cuma ia tidak pernah memasuki Malaysia.
Bagi korang yang ingin mencuba kuih bulan Oreo ini, ia boleh didapati di aplikasi Shopee pada harga RM119 untuk empat biji kuih bulan berperisa Double Choco, Cappuccino, Strawberi dan Coklat Brownie dalam satu kotak khas.
Setiap kuih bulan itu berbentuk seperti biskut Orea tetapi di dalamnya terdapat warna berbeza mengikut perisanya.
Dengar cerita, ada komen-komen daripada beberapa pembeli luar negara yang menyifatkan kuih bulan ini terlalu manis.
Mungkin korang boleh mencubanya sendiri dan juga menghadiahkannya kepada rakan-rakan berbangsa Cina sempena Perayaan Kuih Bulan nanti. Soal halal atau tidak bagi pengguna Islam, kami tidak dapat memastikannya lagi. Eloklah sekiranya korang bertanyakan hal ini terlebih dahulu kepada seller mereka okay?
Berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2024 baru-baru ini, acara terunggul sempena kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 telah diadakan di KL Sports City, Bukit Jalil, menarik minat peminat e-sukan di Malaysia.
Sebagai rakan media rasmi, Astro membawa jenama sebagai Home Of Entertainment Experience, Astro turut membawakan Astro Showcase dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan pentas oleh Naim Daniel, Hael Husaini, The LIMA, Nadeera serta ramai lagi selain sesi beramah mesra.
Personaliti dan pempengaruh media sosial, Shah Zakaria, turut hadir memeriahkan acara Astro X MLBB M6 Carnival.
Personaliti media sosial, Shah Zakaria hadir memeriahkan Astro X MLBB M6 Carnival.
Beliau berkata, “Seronok best! Salah satu sebab utama nak masuk percuma. Bukan setakat itu, pengunjung yang datang pun boleh enjoy dengan showcase daripada Astro dan paling menarik ada banyak booth untuk korang main game.”
Beliau menambah, “Untuk peminat-peminat Mobile Legends, salah satu sebab utama anda kena hadir adalah ini showcase untuk M6 Carnival dan siap ada pertandingan MLBB World Championship.”
Personaliti media sosial Shah Zakaria ketika ditemui REMAJA.
“Korang boleh tengok semua pertunjukkan booth yang menarik. Lagi satu, kat sini juga ada konsert dengan barisan penyanyi yang cool!”
Shah Zakaria juga menasihati golongan remaja yang berminat dalam bidang e-sukan untuk meneruskan minat mereka sambil menekankan kepentingan pendidikan.
Sementara itu, penyanyi dari rancangan realiti ‘The Hardest Singing Show’, Putera Muhammad, menyokong acara seperti ini dan berpendapat ia dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai e-sukan.
Beliau berkata, “Saya nampak e-sukan kini semakin berkembang dengan baik. Kalau dulu, e-sukan ini orang buat sebagai hobi saja tapi sekarang siap ada tournament di peringkat antarabangsa lagi.”
Putera Muhammad ketika ditemui REMAJA di Astro X MLBB M6 Carnival.Putera Muhammad di Astro X MLBB M6 Carnival.
Dalam kejohanan MLBB M6 Championship di Axiata Arena, pasukan dari Filipina, Fnatic Onic Philippines (FNOP), muncul sebagai juara.
Impian pasukan negara, Selangor Red Giants, berakhir apabila mereka tewas 3-0 kepada pasukan Indonesia, Team Liquid.
Walaupun begitu, usaha para pemain Selangor Red Giants itu harus dipuji kerana mereka telah menjuarai beberapa kejohanan lain sepanjang tahun ini.
Fnatic Onic muncul sebagai juara kejohanan MLBB M6.
e-Sukan kini mendapat sokongan kukuh daripada kerajaan kerana potensinya dalam memajukan negara di peringkat global.
Sokongan ini membuka peluang kepada atlet muda untuk mencipta nama dan memajukan industri permainan video serta teknologi di Malaysia.
Dengan kerjasama ini, e-sukan dijangka terus berkembang dan menjadi sektor penting dalam ekonomi negara pada masa akan datang.
Pasukan Malaysia, Selangor Red Giants tewas 3-0 kepada pasukan Indonesia, Team Liquid.
Selain itu, Astro X MLBB M6 Carnival ini dihangatkan dengan kehadiran peserta program realiti kecergasan, Maskulin ‘Who’s Your Bro’ seperti Ikmal Amry, Hakimi Noordin, Theebaan G, dan pengulas program tersebut, Hariz Hamdan, di booth Astro yang turut menawarkan promosi Astro One.
Pada hari terakhir, aktiviti di sekitar acara turut dimeriahkan dengan kehadiran personaliti GOXUAN yang popular seperti Joe, Maq, YYY, Kryston serta Isha, Hazeeq Dean, Idan Aedan dan Daniel Cheang.
Pada sebelah petang, perlawanan akhir kejohanan MLBB M6 Championship berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!