Terima kasih ustaz. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Sejak semalam viral kisah seorang pelajar PhD yang tinggal di dalam khemah bersama keluarganya yang kami ada kongsikan di web kami. Keperitan dan kepayahan serta permintaan untuk rumah PPRT yang dimohon tidak kunjung tiba memaksa keluarga ini terus tinggal di dalam khemah.
Ternyata, tengahari ini, Ustaz yang dikasihi ramai, Ustaz Ebit Lew sudah pun ditiba di lokasi khemah keluarga ini dan mahu mencarikan mereka rumah. Namun disebabkan bantuan rumah bakal dibuat, beliau menghulurkan bantuan kewangan buat keluarga ini. Bacalah catatannya.
Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.
Ads
Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP. Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.
Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan yb dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.
Ads
Pagi ini Yb setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kaseh pada Yb dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya.
Syukur Alhamdulillah Yb, DO, zakat selangor,
BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Ads
Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas pkp ini.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roti yang pernah menjadi ‘rebutan’ rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan awal Mac lalu, Gardenia telah pun memaklumkan bahawa beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal dinaikkan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember ini.
Menerusi foto yang telah tular di media sosial, peningkatan harga roti jenama Gardenia bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
Kredit foto: Astro Awani
Kenaikan harga ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang tidak mempersoalkan kerana memahami permintaan yang tinggi terhadap produk roti tersebut.
Hm, kami pasti jika memang roti favorite ini jadi pilihan masyarakat Malaysia, walaupun naik harga sedikit kita tetap support kan? Hiks!
Pesawat penerbangan komersial Indonesia, Sriwijaya Air dengan nombor kod SJ182 dipercayai hilang dari radar Ketika dalam penerbangan dari Jakarta menuju ke Pontianak, Kalimantan Barat.
Dalam laporan portal berita detik.com, pesawat model Boeing 737 yang berlepas kira-kira jam 1.30 petang tersebut dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu, jam 2.40 petang waktu tempatan. Ketika itu pesawat sedang melintas ruang udara daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Pesawat dipercayai hilang 10’000 kaki altitud dalam masa kurang seminit, empat minit selepas berlepas
Maklumat awal yang diberikan kepada pihak media, pesawat berkenaan dilaporkan membawa seramai 56 penumpang yang terdiri dari 46 penumpang dewasa dan dan tujuh kanak-kanak termasuk tiga bayi.
Menerusi laporan kompas.com pula, menurut Djunaedi, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, dia menerima maklumat penduduk setempat yang ada nelayan pukat sempat melihat ledakan api dari insiden tersebut dan kemudian meminta tolong setempat untuk membantu.
Warga yang bergegas lokasi yang dikatakan sempat menarik beberapa serpihan namun masih belum disahkan sama ada ia adalah serpihan dari pesawat tersebut atau pun tidak.
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Menurut MCMC, bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambahbaik rangkaian telekomunikasi bernilai RM1 bilion.
Selain itu, semua pelanggan pascabayar & prabayar celcom, DIGI, Maxis dan umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi setiap hari sebanyak 1 GB secara percuma.
Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan.
Moga berita baik ini memberi manfaat kita semua dan korang boleh la duduk rumah diam-diam okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!