Jenama fesyen Raya moden tempatan, Qhiam, dengan bangga memperkenalkan koleksi Raya 2026, menandakan sebuah tahun yang sarat dengan inspirasi, rekaan baharu serta gaya yang kekal relevan merentasi zaman.
Tahun ini, Qhiam bukan sahaja meraikan rekaan terbaharu, malah turut meluaskan kehadirannya menerusi pembukaan showroom pertama di Shah Alam, diikuti dengan kedai baharu di Bangi, serta lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya.
Langkah ini sekali gus membawa gaya ikonik Qhiam lebih dekat dengan pelanggan setianya.
Untuk tahun kedua berturut-turut, Noh Salleh terus dipilih sebagai wajah Qhiam, melambangkan keaslian serta semangat kekeluargaan yang menjadi teras jenama ini. Beliau mengetuai koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah koleksi berpasangan untuk seisi keluarga merangkumi lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak, yang menangkap inti pati kebersamaan di musim perayaan.
Ads
Bagi koleksi Galur tahun ini, Qhiam tampil dengan fabrik yang lebih ringan namun masih mengekalkan kualiti premium, memastikan keselesaan maksimum tanpa menjejaskan gaya dan potongan. Sementara itu, koleksi Kurta Teman pula diperkenalkan dengan enam rekaan serta fabrik baharu, menggabungkan sentuhan moden bersama keindahan tradisional.
Menyerlahkan lagi kehalusan seni jahitan, Qhiam turut memperkenalkan Artisan Teras Collection yang menampilkan potongan klasik seperti pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku. Koleksi ini diperbuat daripada fabrik campuran kapas-linen yang mewah dan dipersembahkan oleh Amy Search, sekali gus mencerminkan dedikasi Qhiam terhadap keaslian serta ketelitian dalam seni jahitan tradisional.
Ads
Sebagai pelengkap kepada koleksi Raya 2026, Qhiam turut memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif yang direka khas untuk menambahkan elemen kontemporari dalam gaya tradisional.
Tidak ketinggalan, Sendja, jenama adik Qhiam khusus untuk gadis muda, hadir dengan 13 rekaan baharutahun ini. Koleksi Sendja menampilkan gaya moden, segar dan serba boleh, sesuai untuk gadis muda yang ingin tampil bergaya sepanjang musim perayaan.
Ads
Rekaan kali ini memberi penekanan terhadap keselesaan, penggunaan fabrik berkualiti serta fleksibiliti styling, daripada kasual hingga formal sekali gus memberi ruang kepada gadis muda mengekspresikan gaya peribadi tanpa mengabaikan sentuhan tradisi Melayu.
“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi, dan gaya moden,” kata jenama itu.
“Dengan showroom pertama kami di Shah Alam, pembukaan kedai baru di Bangi, dan tidak lama lagi di Putrajaya, bersama koleksi baharu untuk setiap ahli keluarga, musim Raya kali ini pasti meninggalkan kenangan indah buat semua.”
Qhiam menjemput orang ramai untuk merasai sendiri koleksi penuh ini di showroom Shah Alam dan Bangi, serta tidak lama lagi di IOI City Mall, Putrajaya, bagi merasai fabrik, melihat rekaan secara dekat dan menyemarakkan lagi semangat Raya bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percayalah, kebanyakan perempuan (dan lelaki, we do not need to get sexist here) pasti malas untuk membasuh rambut pada waktu pagi. Bagi lelaki, mereka tidak menghadapi masalah sangat memandangkan rambut lebih pendek dan mudah untuk dikeringkan.
Namun bagi seorang perempuan, proses mengeringkan rambut sambil cuba untuk bergegas keluar rumah adalah satu nightmare bagi mereka. Tambahan pula jika terlajak tidur, memang tak nak basuh rambut lah jawabnya!
Namun, ramai yang tidak tahu, ada caranya untuk memastikan rambut cantik, bersinar, tidak kusut dan tidak berbau tanpa perlu membasuhnya pada waktu pagi. Serius! Cuba lakukan 3 tip di bawah pada malam ini dan lihat kesannya esok.
01
Produk Penjagaan Rambut
Selalunya korang akan amalkan skincare routine sebelum tidur, kan? Apa kata selepas tamat menyapu losyen dan krim pada badan serta muka, teruskan pula dengan haircare routine. Sekejap je.
Hanya belai rambut dengan hair mask agar rambut korang menjadi lebih halus selepas bangun tidur. Ataupun, korang boleh menggunakan dry oil dan usap di hujung rambut agar rambut tidak kasar nanti. Pada waktu paginya pula, hanya sikat rambut agar lebih kemas dan siap!
02
Tukar Sarung Bantal
Apa kaitan sarung bantal dengan rambut halus? Sebenarnya, jika korang memilih sarung bantal yang diperbuat daripada fabrik lembut seperti sutera dan satin. Menurut pendandan rambut, jika korang memilih fabrik kapas, ia hanya membuatkan rambut lebih kering dan mudah kusut.
Sarung bantal satin juga memberi banyak lagi kelebihan seperti mengurangkan rambut gugur, breakage malah membuatkan rambut yang di-blow bertahan lebih lama.
03
Braid It!
Tip terakhir ini mungkin kedengaran kelakar tetapi ia sebenarnya berkesan. Supaya rambut cantik dan tidak kusut, korang boleh mengikatnya menggunakan teknik braid. Kemudian, bungkuskan kepala menggunakan shower cap atau shawl.
Selepas bangun pagi, rambut akan bertambah wavy dan bouncy jika dilepaskan. Cantik!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak terutamanya di sekitar Lembah Klang dan daerah lain di Selangor.
Ini berikutan laporan oleh rakan media di Free Malaysia Today mengenai kesukaran bagi beberapa hospital utama di sini untuk menampung pesakit baru yang mempunyai simptom dijangkiti influenza A.
Ini berikutan kekurangan katil hospital dan ubat-ubatan berkaitan walaupun seorang pesakit itu telah mendapatkan surat diagnosis oleh doktor di klinik atau hospital.
Antara hospital yang mengesahkan sudah tidak dapat menerima pesakit baharu ialah Hospital Assunta dan Thomson Medical Centre di Petaling Jaya.
Sementara itu, Hospital KPJ Damansara pula sedang menunggu penambahan stok ubat-ubatan seterusnya bagi pesakit wabak ini.
Walaupun wabak influeza datang secara bermusim, namun jangkitannya cepat merebak semudah batuk atau bersin oleh pesakit lain.
Antara simptom yang akan boleh korang sahkan setelah dijangkiti influenza A termasuklah demam, batuk, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kelesuan.
Kedengaran seperti simptom remeh tetapi tanpa rawatan secukupnya, jangkitan ini boleh bertukar lebih teruk hingga menyebabkan kematian.
Info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Bagi korang yang mengenali sesiapa dengan simptom sebegini, segera dapatkan nasihat doktor di klinik dan hospital berhampiran dan lakukan ujian influenza sekiranya perlu.
Jangan hanya menunggu sakit ini berlalu pergi. Paling penting, pakai topeng muka jika perlu berada di kawasan awam yang sesak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
Beberapa hari yang lalu, REMAJA ada melaporkan tentang keputusan innisfree Malaysia untuk menamatkan pengeluaran koleksi Green Tea Line mereka termasuklah serum wajah No 1 jenama tersebut.
Dan daripada comment yang diterima oleh REMAJA di Facebook, rata-rata netizen merasa sedih dengan berita tersebut.
Well guys, I guess we have all been pranked !
Dalam kenyataan yang dihantar oleh wakil mereka, innisfree Malaysia tidaklah akan serta-merta menamatkan penjualan koleksi tersebut. Akan tetapi, mereka akan memperkenalkan koleksi green tea terbaru yang dikatakan lebih berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Dikenali sebagai koleksi Beauty Green Tea, ia diperkenalkan selepas syarikat tersebut melakukan penyelidikan khusus terhadap 2,401 jenis daun teh hijau. Hasilnya, mereka menemui spesis daun teh hijau terbaik yang boleh digunakan untuk memelihara kondisi kulit wajah.
Di dalam koleksi produk baru green tea ini, ia termasuklah Green Tea Seed Serum & Line yang diminati ramai itu.
Penulis dapat menjangkakan peminat produk kecantikan berasaskan teh hijau akan menyukai upgrade yang ditawarkan oleh innisfree Malaysia.
Walaupun mereka tiada niat untuk ‘menipu’ pelanggan (dan penulis!) dengan kenyataan sebelum ini, mereka berharap prank ‘biashe-biashe’ sempena April Fool ini akan membuatkan pelanggan innisfree teruja dengan pengenalan produk baru tersebut.
Ish jahat tau! Kenalah bagi kami produk free innisfree, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekurangan penglihatan sejak lahir ternyata bukan penghalang buat Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 28, untuk terus mengejar impian dalam bidang akademik.
Lebih membanggakan, Johan Tilawah al-Quran...