Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang terus menuntut ilmu apabila berjaya menggenggam Sarjana Sains Pengurusan pada usia 55 tahun.

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut diraikan menerusi Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-39 apabila beliau menerima skrol sarjana selepas berjaya menamatkan pengajiannya.

Usia Bukan Penghalang! Eizlan Yusof Genggam Master Sains Pengurusan, Isteri Luah Rasa Bangga

Isteri Luah Rasa Bangga Dengan Kejayaan Eizlan

Kejayaan itu pastinya menjadi momen istimewa buat Eizlan, malah isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suami tercinta.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Natasha berkongsi video bersama Eizlan selain menitipkan ucapan tahniah buat suaminya yang berjaya menamatkan pengajian hasil usaha dan kesabaran selama ini.

Ads

Usia Bukan Penghalang! Eizlan Yusof Genggam Master Sains Pengurusan, Isteri Luah Rasa Bangga

“Tahniah sayangku @eizlanyusof segala usaha keras dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Sangat bangga dengan awak #EizlaNatasha,” tulisnya.

Miliki Latar Belakang Akademik Dalam Bidang Berbeza

Untuk rekod, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Mat Yusof mengikuti pengajian secara mod penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), UUM.

Ads

Selain itu, pelakon berusia 55 tahun berkenaan turut mempunyai latar belakang akademik dalam bidang lain apabila memiliki Higher Diploma dalam Pengurusan Perniagaan dari Kolej Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur serta Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Federal Institute of Technology, Kuala Lumpur.

Usia Bukan Penghalang! Eizlan Yusof Genggam Master Sains Pengurusan, Isteri Luah Rasa Bangga
Eizlan

Dalam pada itu, perkongsian Natasha turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet yang tumpang gembira dengan kejayaan Eizlan.

Ads

Tahniah Remaja ucapkan! Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat orang ramai untuk terus mengejar ilmu tanpa mengira usia.

Usia Bukan Penghalang! Eizlan Yusof Genggam Master Sains Pengurusan, Isteri Luah Rasa Bangga

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads