Muat Naik Moreh Burger, Warganet Bengang Dan “Troll” Neelofa?

Share

Isu Neelofa dikompaun telah hangat di laman media sosial dimana Neelofa telah memuatnaik gambar burger di akaun Instagram miliknya seolah-olah sebagai sebuah sindiran kepada abang burger yang baru-baru ini juga telah dikompaun sebanyak RM50 ribu, dengan caption “moreh burger malam ni meh..”, ianya menimbulkan tanda tanya warga netizen apabila Neelofa secara tiba-tiba ajak moreh makan burger. Ramai mengatakan yang Neelofa “gigih” mencari gambar burger tersebut di carian Google

dan memuatnaiknya. Ada yang mengatakan Neelofa mungkin tidak sengaja, tetapi ada juga mengatakan yang ianya bukan satu kebetulan.
Sumber: Astro Awani

Neelofa juga telah memuatnaik kenyataan beliau menerusi akaun Instagram miliknya dan beliau mengatakan yang ianya hanya sebuah salah sangka dan bukan maksudnya sama sekali untuk menyindir abang burger tersebut, malahan beliau telah menghubungi peguamnya untuk membantu abang burger dengan bayaran kompaunnya.

Sumber: Instagram @neelofa
Sumber: Instagram @neelofa

Gara-gara rasa marah warga netizen dengan tindakan Neelofa kerana memuatnaik gambar tersebut, lalu mereka menyindir dan troll Neelofa di akaun Twitter milik mereka. Sindiran demi sindiran, ada diantaranya mencuit hati ramai warga netizen lain.

Netizen juga memberi komen mereka dengan harapan Neelofa dapat berubah kerana beliau baru sahaja menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith daripada kerajaan negeri Kelantan. Mereka mengharapkan Neelofa dapat menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti dan juga influencer. 

 

 

IKLAN