Peningkatan kes positif wabak Covid-19 di bandaraya Kuching, Sarawak minggu ini telah mendatangkan rasa khuatir terhadap masyarakat di sana.
Setiap hari, ada kes positif baharu yang dicatatkan dan kes tempatan saja sudah memasuki angka dua digit iaitu 38 orang. Ini termasuklah kes yang membabitkan seorang pemain bola sepak kelab Kuching FA.
Menurut kenyataan di halaman Facebook rasmi kelab bola sepak terbabit, pemain itu juga merupakan staf Hospital Sentosa di Sarawak yang menjadi lokasi terbaru merebaknya Covid-19 akibat kontak rapat.
Ads
Namun, kelab di Liga Perdana Malaysia itu menegaskan bahawa mereka sentiasa menelati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Liga Bola Sepak Negara untuk sebarang aktiviti latihan.
Disebabkan kes tersebut, kesemua latihan mereka akan ditangguhkan buat sementara waktu demi keselamatan pemain dan komuniti.
Ads
Justeru, ura-ura bertiup kencang mengatakan bahawa Kuching bakal menjadi bandar pertama di Malaysia yang akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan situasi semasa.
Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mereka sedang meneliti akan kemungkinan perlaksanaan PKP semula. Namun buat masa ini, mereka sedang dalam keadaan berjaga-jaga.
Kuching berada dalam zon kuning. Keputusan tersebut mungkin akan diputuskan apabila kes positif tempatan mencecah 40 dalam tempoh 14 hari atau Kuching diisytihatkan sebagai zon merah.
Ads
Untuk pengetahuan korang, semalam saja Kuching telah mencatatkan 6 kes positif Covid-19 daripada total 9 kes baharu di Sarawak. 8 daripada mangsa itu adalah akibat kontak rapat di Hospital Sentosa.
Ada sebab mengapa Perdana Menteri membuat pengumuman rasmi tempoh hari. Beliau enggan keadaan seperti ini terjadi. Apapun, sila berjaga-jaga gaiss walaupun kawasan korang berada dalam zon hijau, dan jaga sesekali percayakan barangan cegah Covid-19 palsu yang dijual secara online.
Dalam orang sibuk meraikan kemenangan politik, terselit sebuah kisah kehidupan yang bukan semua orang dapat melaluinya. Kisah bagaimana seorang warga asing, keluarga asnaf mendapat layanan buruk ketika cuba meminta pengurangan kos rawatan yang dikenakan terhadap anaknya.
Hal ini dilalui oleh Cikgu Mohd Fadhli yang sangat terkenal di media sosial dan mempunyai lebih dari 100,000 pengikut di mana cikgu ini cuba membantu warga asing ini ketika meminta pengurangan kos dan turut membawa surat sokongan doktor.
Nampaknya isu layanan kurang mesra hospital kakitangan kerajaan mulai tular kembali selain beberapa aduan sebelum ini. Walau bukan semua melakukannya tetapi kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga.
Baca seperti apa ditulisnya di facebooknya semalam.
Terima kasih buat semua misi, nurse dan kakitangan Wad Pediatric HKL, Wad KK2 kerana melayan adik Muhamad Farish Daniel dengan baik dan mesra walau dia bukan warganegara.
Aku sempat ke sana untuk urusan discaj adik Farish setelah pembayaran dibuat. Nurse dan staff kat Wad KK2 ini sangat peramah dan mesra melayan kedua ibu bapa Farish dan juga aku.
Adik Farish admit sejak 6/5/2018 dan baru sahaja discaj hari ini. Ayah dia kawan aku. Orang Pattani, Thailand. Kerjanya hanya sebagai tukang masak. Baru dibuang kerja dua minggu lepas.
Dia baru sahaja buka kedai minggu lepas. Itu pun deposit dia minta bayar beransur-ansur sebab duit tak cukup. Tiba-tiba anak kecil mereka dijangkiti kuman pada paru-paru. Terpaksa masuk wad dan dipantau lama.
Mujur aku dah pesan kat dia, nanti nak keluar wad bagitahu aku. Dia cuma ada seribu sahaja. Itu pun entah mana dia pinjam aku pun tak tahu.
Doktor dah bagi surat sokongan untuk kurangkan bayaran bil hospital yang berjumlah RM2,515 tu. Namun entah di mana silapnya bila aku ke kaunter bayaran bertanya hal pengurangan aku pula kena sindir dan kena gelak.
Agaknya dia ingat aku ayah adik Farish dan merupakan bukan warganegara. Maka sebab itu layanan acuh tak acuh sahaja. Dihalau keluar berkali-kali. Disindir dan dihina. Mungkin kerana aku cakap dialek Kelantan, dia ingat aku orang Siam.
Ugut nak panggil polis heret aku keluar tu paling tak tahan. Nak bayar pakai kad debit, dia minta ic bagai. Ic aku tertinggal tadi.
Mujur cash cukup. Sedebuk aku bayar semua bil dengan bantuan kawan aku. Hal pengurangan bil aku akan cuba urus kemudian.
Kawan aku juga ucap jutaan terima kasih pada semua sahabat yang terus menerus menyokong #danakita. Ini antara usaha kecil aku membantu mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan.
Benarlah, jika kita tidak punyai wang kita akan dihina dan dipandang rendah.
Jangan dibangga sangat dengan duit dan pangkat. Terus tunduk dan merendah diri walau engkau terbang di langit yang tinggi.
Cikgu Fadhli banyak membantu golongan asnaf melalui team #dana kita yang diusahakan bersama kawan-kawannnya. gambar diambil dari fb miliknya
Malah cikgu Fadhli turut menulis buat kali kedua dari kejadian pertama itu.
Aku di HKL sekarang. Aku sentiasa menghormati warga KKM yang berdedikasi dan sangat penyabar. Namun hari ini pengecualian.
Staff kaunter tiga tempat pembayaran bil keluar wad (Sebelah kecemasan) sangat kurang ajar. Langsung tak professional menjalankan tugas.
Setiap pertanyaan dijawab dengan sangat kurang ajar. Siap sindir bagai lagi. Aku tanya nama, sampai ke sudah tak nak cakap. Nametag tak pakai pun!
Mentang-mentang aku datang bawa surat warga asing nak minta kurang (dengan surat sokongan doktor) dia layan aku macam sampah. Aku bawa ni surat asnaf, keluarga layak zakat. Cuma mereka bukan warganegara. Saudara seIslam kita warga Pattani, Selatan Thailand.
Staff pembayaran kaunter 3, Hospital Kuala Lumpur, jam 1:40 tengahari 10 Mei 2018. Kau tunggu saja. Aku nak tulis surat aduan tentang perangai buruk kau siap ugur nak suruh polis heret aku keluar.
Jika ada cctv beserta rakaman suara di sana, aku nak saja biar lihat semua lihat sendiri dan dengar kata-kata kurang ajar staff ni.
Maaf buat semua warga KKM. Demi Tuhan aku sangat menghormati dan menghargai tugas kalian. Sedikit sebanyak kesalahan tu biasa.
Tapi kali ini memang kurang ajar gila. Tunggu aku buat aduan bertulis dan juga kat laman web sispaa. Tungguuu!
#MFS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.
Gambar Hiasan Via Pexels
Ipoh merupakan ibu negeri di Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan menarik. Sebut sahaja tempat makan apa yang dicari. Dari tempat sarapan pagi, makan tengah hari hinga la ke tengah malam, semuanya ada… rajin tak rajin je nak beratur menunggu untuk makan…yelah di zaman sekarang ni pantang viral sikit mesti beratur punya…hehehe
Mesti korang pun pernah bersarapan di Restoran New Hollywood kan? makanan yang berkonsepkan masyarakat cina.
Tapi guess what?
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Perak atau JAIPk sekali lagi menegaskan bahawa restoran terkenal itu TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL!
Menerusi kenyataan di laman web rasminya yang dikemaskini pada 10 Disember 2021 — JAIPk mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.
Oleh itu, JAIPk menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan sesuatu premis itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya berasa was-was.
“Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
“Ini kerana tanda HALAL sesebuah premis itu diperoleh jika operasi dan bahan makanan yang dijual adalah menepati syariat,” jelas JAIPk.
Bagaimanapun, sebelum ini menerusi laporan The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah.
Jadi, bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, pemilik restoran yang dikenali dengan nama Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.
Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : JAIPk, The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai penyanyi dan band antarabangsa bertahun-tahun mengimpikan kejayaan seperti BTS. Meanwhile, grup K-pop tersebut mampu mencapai kesemuanya sekali dalam tempoh kurang dari 2 hari!
Obviously, tiada siapa yang mampu menghalang kemaraan BTS dalam dunia hiburan antarabangsa, sekarang. Kalau ada pun, mungkin hanya BlackPink yang berjaya meraih headline hangat menerusi kolaborasi single terbaru bersama Dua Lipa berjudul ‘Kiss & Make Up’.
Jadi, apa pula 3 kejayaan daebak BTS minggu ini?
Mereka dinobatkan sebagai selebriti Korea Selatan pertama yang mencapai lebih 1 bilion stream di Apple Music. Tak sangka, BTS mampu melepasi rekod hebat PSY dahulu.
Kebanyakan daripada streaming tersebut datang dari Korea, Jepun, Amerika, Kanada, Australia, Eropah dan Asia Tenggara.
Kedua, jelajah konsert Love Yourself mereka kini menduduki carta konsert terhangat di Korea Selatan apabila lebih 20 lokasi persembahan diisytihar sold out. Begitu juga dengan jelajah Jepun yang turut sold out.
Selain Korea dan Jepun, BTS juga akan ke beberapa bandar di Amerika Utara dan Eropah.
Ketiga, kumpulan dengan 7 orang ahli itu semalam berjaya mengondoli 5 trofi (paling banyak) di MBC Plus X Genie Music Awards (MGA) termasuk anugerah Daesang bagi kategori ‘Artis Tahunan Terbaik’ dan ‘Album Digital Terbaik’.
Tak cukup dengan itu, BTS juga sempat melakukan persembahan bersama – wait for it – Charlie Puth.
WHOA boys, well done!
Kami di REMAJA juga turut berbangga apabila ucapan BTS di Persidangan PBB ke-73 baru-baru ini khabarnya telah diserap masuk ke dalam silibus pelajaran Bahasa Inggeris di Korea Selatan.
Sekolah menengah di Singapura dan Vietnam juga turut mengambil ucapan RM itu sebagai soalan kertas ujian di sekolah mereka. Ini kerana ucapan RM dilihat memberikan semangat positif kepada remaja seluruh dunia untuk menyayangi diri mereka terlebih dahulu.
Ia dilihat bersesuaian dengan kadar isu depresi dan kes bunuh diri yang semakin kerap melanda remaja.
Hasil populariti BTS nampaknya tak sia-sia. Mereka telah membantu kempen #EndViolence PBB ini mencapai dana sebanyak RM5.95 juta.
Serius, BTS memang daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.