Unik dan Kreatif, Trend #GucciChallenge #ChanelChallenge” Makin Tular Di Media Sosial

Share

Meriah betul media sosial kini dengan pelbagai trend cabaran fesyen di TikTok. Yang terbaru, trend yang jadi ikutan ramai termasuklah selebriti adalah #GucciChallenge dan #ChanelChallenge.

ARTIKEL BERKAITAN : Selebriti Malaysia Ikut Trend #JemimahChallenge, Siapa Paling Power?

@Forgotten_supermodel merupakan akaun pertama membuat Gucci Challenge sebelum tular di TikTok. (Foto: TikTok/@Forgotten_supermodel)

Ramai selebriti Malaysia yang dilihat menyahut cabaran ini antaranya ialah penyanyi Aina Abdul dan juga pelakon Fasha Sandha.

Aina Abdul

Fasha Sanda

 

Bagaimana cabaran ini bermula?

Walaupun tidak menggunakan produk asli atau jenama dari Gucci atau Chanel, namun Challenge mendapat perhatian warganet kerana gaya unik dan kreatif yang dihasilkan daripada barangan fesyen yang ringkas atau murah.

Sebenarnya, sebelum Cabaran Gucci muncul, terdapat Cabaran Model Gucci yang menjadi tular di seluruh dunia pada pertengahan 2020. Menurut Majalah W, idea #GucciModelChallenge pertama kali datang daripada Morgan Presley, TikTokers of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Ketika itu Morgan hanya mahu meniru cara berpakaian ala model Gucci. Secara kebetulan, Gucci baru sahaja mengeluarkan kempen koleksi Musim Gugur/Musim Sejuk 2020 yang menunjukkan model diambil gambar di rumah masing-masing memandangkan pada masa itu wabak COVID-19 sedang merebak secara besar-besaran yang membawa kepada dasar penutupan.

Menurutnya, barangan fesyen yang diperlukan terdiri daripada turtleneck berwarna cerah, kemeja, vest, jaket berwarna cerah, beberapa seluar vinil, skirt mini, tudung, cermin mata hitam, kasut bertumit, stokin, dan gincu merah.

Sambung Dipper, ramai TikToker yang turut serta membuat Gucci Model Challenge dengan versi masing-masing. Begitu ramai di TikTok, Gucci pun memberi penghargaan. Bukan sekadar menyiarkan semula kandungan daripada TikTokers, Gucci turut  menjemput beberapa pengguna dengan gaya unik untuk terlibat dalam projek mereka.

Wah bertuah betul kan?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN