
Satu sejarah tercipta dalam sistem pendidikan negara apabila Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 telah berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, sekali gus menjadikan pendidikan menengah sebagai sebahagian daripada pendidikan wajib di bawah Akta Pendidikan 1996.

Menurut laporan media tempatan, pindaan ini memperkenalkan Seksyen 32A, yang mewajibkan semua ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah menengah, selagi mereka merupakan warganegara dan menetap di Malaysia.
Dan kalau gagal? Hukuman denda sehingga RM5,000, penjara enam bulan, atau kedua-duanya sekalimenanti jika disabitkan kesalahan.

“Pendidikan Adalah Hak Kelahiran Anak-anak”
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan langkah ini sebagai satu langkah bersejarah dalam memastikan hak pendidikan semua anak di negara ini terus terpelihara.
“Pendidikan ini adalah hak kelahiran setiap anak-anak, maknanya setiap anak-anak ini lahir dengan hak untuk mendapat pendidikan,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut.
Disambut Baik Oleh Ahli Parlimen Pelbagai Parti
Langkah kerajaan ini mendapat sokongan padu daripada Ahli Parlimen, termasuk dari blok kerajaan dan pembangkang.
Cha Kee Chin (PH-Rasah) menyifatkan pindaan ini sebagai satu reformasi besar yang sepatutnya dah lama dilaksanakan.

“Ia akan membolehkan pembinaan modal insan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya, supaya kita setaraf dengan negara-negara lain. Bayangkan kita hanya ada pendidikan wajib enam tahun, macam mana nak jadi negara maju?” ujarnya.
Sementara itu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) percaya langkah ini dapat memutuskan kitaran kemiskinan dan memperkasa kemahiran pelajar.
Tapi Ada Beberapa Kebimbangan…

Walaupun rata-rata menyokong, masih ada beberapa isu yang dibangkitkan. Antaranya ialah kos pendidikan tidak langsung serta status pelajar homeschool dan pelajar dari institusi swasta tidak berdaftar.
Teresa Kok (PH-Seputeh) menekankan pentingnya untuk memahami punca sebenar keciciran pelajar, terutamanya yang berpunca daripada kemiskinan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









