Jika sebelum ini, pelakon Hollywood, Lindsay Lohan ini pernah tular memakai hijab tersebar di media sosial.
Malah, ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.
Terbaru, impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut laporan, pelakon itu akan mengesahkan bahawa dia telah berkahwin dengan memanggil Bader sebagai “suami” dalam posting Instagram yang diterbitkan pada hari Jumaat.
Malah, pada 1 Julai, Lindsey meraikannya hari jadi dan dia memutuskan untuk berkongsi dengan peminatnya dedikasi yang sangat manis untuk teman lelakinya, atau mungkin lebih baik untuk mengatakan suami.
Pada Februari lalu, Lindsay Lohan memberitahu dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi. Malah memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagianya itu.
“Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun… mungkin beberapa pasang gaun,” katanya.
Ads
Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.
Berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan dia kini telah berkahwin dengan seorang lelaki berdarah Lubnan dan Kuwait, Bader Shammas.
Ini kami kongsikan beberapa gambar kemesraan mereka.
Ads
Foto Via InstagramFoto Via InstagramFoto Via Instagram
Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu. Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.
Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov, namun putus pada 2016.
Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.
Foto: Nana@Azman
Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.
Foto: Nana@Azman
Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebanyakan pemimpin dunia menghormati beliau sebagai seorang yang serius ketika bekerja dan sentiasa bercakap dengan poin yang tegas dalam teks ucapan.
Namun siapa sangka, di sebalik persona luaran beliau selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai tabiat normal seperti kita semua iaitu suka berswafoto bersama atau wefie!
Berbanding dengan akaun Instagram beliau (add him now!), PM dilihat lebih aktif di platform Twitter yang kini mempunyai 3,97 juta pengikut. Tetapi, itu tidak bermakna beliau membiarkan saja akaun Instagram-nya itu ‘bersawang’.
PM Najib merupakan antara pemimpin dunia yang gemar berswafoto apabila tiba masa sengang. Tidak kiralah semasa di dalam gym peribadinya di rumah, semasa bersama cucu beliau Adam Razak mahupun semasa dalam urusan kerja di luar negara, beliau akan memuat naik gambar baru.
Ketika menelek (atau scroll ke bawah) gambar PM Najib di Instagram, ternyata bulan Ogos adalah bulan paling aktif berswafoto buat beliau.
Maklum sajalah, Ogos tahun ini diwarnai oleh pelbagai acara yang berlaku secara berselang-seli. PM Najib merakamkan kenangan dengan atlet kebangsaan seperti raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pasukan ragbi negara yang memenangi pingat emas. Comel pula tengok hehe.
Malah, dalam beberapa keping gambar, beliau sempat bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga tentunya bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Kadang-kadang deep juga PM kita ni.
Pemimpin Negara Pun Layan
Sepanjang waktu lawatan ke luar negara juga, PM Najib tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kenalan pemimpin sesebuah negara. Antara yang ‘melayan’ aktiviti swafoto beliau termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang, Raja Arab Saudi Raja Salman dan juga Perdana Menteri India, Naredra Modi.
Setakat ini, beliau masih belum berkesempatan untuk berswafoto dengan Presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump. Tetapi secara peribadi, penulis rasakan tak perlulah kot untuk bergambar mesra bersama. Takut kena kecam pulak.
Setakat hari ini saja, PM Najib sudah memuat naik 630 foto di akaun Instagram. Kami yakin pada tahun 2018, jumlah itu akan meningkat lebih satu kali ganda!
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini memberitahu akaun Tiktok miliknya telah digodam oleh ndividu tidak bertanggungjawab sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, individu tersebut telah mengugut dan meminta Aya menghantar foto dan video bogel selain memberi sejumlah wang bagi mendapatkan akaun Tiktoknya semula.
“Individu itu minta saya hantar foto dan video bogel sekiranya tidak mahu membayar RM940 bagi mendapatkan akaun TikTok saya semula”
kredit: tiktok @freakayaisfreak
Jelasnya, hal ini berlaku selepas pempengaruh tersebut mempercayai satu kiriman emel dari Tiktok yang menawarkan centang biru (blue tick). Disebabkan itu, Aya kini telah kehilangan akaun yang memiliki lebih 800,000 pengikut.
“Tak sampai tiga minit saya tekan pautan yang diberikan melalui kiriman emel yang kononnya daripada TikTok, akaun saya terus tidak boleh diakses”
kredit: instagram @freakayaisfreak
“Saya sangat tertekan dan sedih apabila perkara ini berlaku sebab di situlah saya mencari rezeki dan sekarang ini saya sedang berusaha mendapatkan semula akaun itu walaupun peluang itu agak sukar”
“Saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah. Mungkin Tuhan nak jentik dan beritahu saya sesuatu. Laporan polis dan aduan kepada TikTok juga sudah dibuat”
Aya berkata, disebabkan akaun TikTok miliknya digodam terdapat tujuh kempen yang masih tertangguh dan perlu dimuat naik dengan segera.
“Mujurlah semua klien saya memahami situasi yang sedang dihadapi. Naluri saya kuat mengatakan saya akan dapat akaun TikTok saya semula”
Aya berharap agar ada keajaiban yang berlaku supaya dia boleh meneruskan kerja dan juga masih menanti maklum balas daripada Tiktok.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!