Selepas lebih sebulan Majalah Remaja bersama-sama rakan strategik Dewan Bahasa & Pustakan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melancarkan pertandingan mengarang esei bertemakan ‘Ceritakan Malaysia Anda’, akhirnya 10 orang pemenang utamanya telahpun diumumkan pada hari ini.
Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 15 – 17 tahun dan pelajar prauniversiti/universiti berusia 18 -22 tahun ini adalah bersempena kempen patriotik ‘Saya #RemajaMalaysia’ yang dilancarkan oleh Majalah Remaja pada bulan Ogos dan September lalu.
Menariknya, meskipun negara sedang berada dalam musim wabak Covid-19, pertandingan ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar. Sejumlah 525 penyertaan telahpun diterima oleh kami untuk diadili oleh pihak editorial Majalah Remaja dan wakil daripada Dewan Bahasa & Pustaka.
Dan Pemenangnya Ialah..
Bukan mudah bagi kami memilih hanya 5 orang pemenang bagi setiap kategori. Apapun, hasil kreativiti, seni penulisan dan idea yang dikarang oleh para pelajar telah kami teliti dengan cermat agar pemenang yang tersenarai pada edisi pertama ini adalah yang terbaik.
Bagi kategori Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor.
Ads
Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli (Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor).
Tempat kedua dimiliki oleh pelajar yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Debat Pendidikan (DeKan) 2020 semalam, Aiman Izdihar Bin Amran dari Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah iaitu Nur Izzati Zahidah Md Asmara.
Wakil Aiman Izdihar Bin Amran (Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan).Wakil Nur Izzati Zahidah Md Asmara (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah).
Dua kedudukan sagu hati dimiliki oleh Rabiatul Insyirah Ahmad Shah dan Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi; masing-masing dari Sekolah Tun Fatimah, Johor. Mereka berdua diwakili oleh ibu bapa pada hari ini.
Wakil Rabiatul Insyirah Ahmad Shah (Sekolah Tun Fatimah, Johor).Wakil Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi (Sekolah Tun Fatimah, Johor).
Tidak ketinggalan, Majalah Remaja turut memberikan penghargaan kepada sekolah yang telah menghantar penyertaan pelajar terbanyak pada kali ini. Dengan sejumlah 35 penyertaan, Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam telahpun membawa pulang kategori tersebut dan diwakili oleh Puan Sufida.
Ads
Puan Sufida mewakili Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam..
*
Debaran turut dirasai bagi kategori Prauniversiti/Universiti pula. Juara menjadi milik pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Nur Farhan Hasbullah.
Nur Farhan Binti Hasbullah (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Kedudukan naib juara disandang oleh Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia) manakala pemenang tempat ketiga menjadi milik Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia)Wakil Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan mengarang esei Saya #RemajaMalaysia ini telahpun menerima 66 penyertaan daripada pelajar bukan berbangsa Melayu dari seluruh negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dikuasai dan dicintai oleh para pelajar sejagat.
Sementara itu, pelajar Sunway College, Abdul Halim Baruddin dan Muhammad Saifullah Muhamad dari Universiti Sains Islam Malaysia masing-masing menerima hadiah sagu hati.
Abdul Halim Baruddin (Sunway College).Muhammad Saifullah Muhamad (Universiti Sains Islam Malaysia).
Untuk pengetahuan, selain daripada hadiah wang tunai dan bahan bacaan yang disumbangkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para pemenang turut menerima trofi, sijil beserta produk tajaan Canon Malaysia, Summerie Malaysia, Good Virtues Co, innisfree Malaysia dan Marrybrown Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada kesemua para peserta yang mempamerkan mutu penulisan yang cukup memberansangkan. Ini menandakan bahawa remaja pada era digital ini tetap mendahulukan kualiti dan skil penulisan yang mantap dan wajar dibanggakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ni siapa je yang tak ada akaun Instagram kan? Tak perlu jadi artis, orang biasa pun mampu memiliki berjuta pengikut.
Nak cepat famous, kena la pandai-pandai cari idea untuk ‘jual diri’ betul tak?
Instagram bukan hanya untuk selebriti berkongsi momen bersama peminat, tapi untuk mereka yang bijak mengambil kesempatan, media sosial ini juga dilihat sangat bagus untuk digunakan sebagai salah satu teknik pemasaran.
Tidak kisahlah sama ada korang jual produk atau servis, disinilah tempatnya untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Kalau di Malaysia, pelakon cantik Neelofa saja dah mempunyai 8.5 juta juta followers di instagram, agak-agak instagram milik siapa yang mempunyai followers tertinggi di dunia?
Seperti yang semua sudah maklum, mulai 1 Ogos 2020 masyarakat Malaysia diwajibkan untuk memakai pelitup muka, jika tidak, korang akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Walau bagaimanapun, terdapat golongan yang tidak wajib memakai face mask yang perlu difahami oleh semua individu.
Hal ini disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Twitter mereka dengan menyatakan bahawa terdapat empat golongan yang tidak boleh memakai face mask dan antaranya adalah termasuk kanak-kanak yang berumur kurang 2 tahun, mereka yang sukar bernafas, individu yang tidak sedarkan diri serta orang kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.
Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh:
1. kanak-kanak yang berumur kurang 2 tahun
2. Mereka yang sukar bernafas
3. Individu yang tidak sedarkan diri
4. Kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.
Individu yang tidak sedarkan diri merujuk kepada satu keadaan dimana tindak balas saraf daripada otak ke badan dan sebaliknya tidak sampai. Seseorang yang tidak sedar diri nampak resah seperti orang mabuk. Dia akan mengantuk dan tidak boleh disedarkan walaupun dicubit. Pesakit mungkin boleh pulih atau terus tidak sedar diri.
Penggunaan face mask harus diamalkan berasma dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap, penjarakan fizikal yang selamat, iaitu sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
Terdapat dua jenis face mask yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut, iaitu face mask perubatan (medical) dan face mask bukan perubatan (non-medical). Face mask perubatan seperti 3 ply surgical masks juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Penggunaan face mask bukan perubatan pula adalah disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran yang sesak.
KKMPutrajaya juga turut mengingatkan orang awam bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain dan perlu dilupuskan dengan cara yang betul.
Diharap selepas ini tiada lagi individu yang keliru tentang pemakaian face mask ini dan teruskan menjaga jarak fizikal serta sentiasa amalkan kebersihan diri.
Setelah mengambil nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan tarikh pembukaan sekolah untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa adalah pada 24 Jun 2020 (Rabu) kelak.
Jom lihat 8 info penting yang telah disampaikan sempena pembukaan semula sekolah pada bulan ini.
01
Pembukaan semula sekolah akan dilakukan secara berperingkat. Keutamaan diberikan kepada 398,446 orang pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.
Jumlah ini terdiri daripada 347,177 calon Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), 2,978 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 45,596 calon Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).
Pelajar yang akan menjalani peperiksaan antarabangsa seperti A-Level juga akan diberikan keutamaan.
02
Hanya pelajar yang betul-betul sihat saja yang akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Jika ada pelajar yang bergejala sakit tekak, sesak nafas, batuk dan demam, pelajar dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
03
Apabila pelajar sampai ke pintu masuk sekolah, guru akan bertugas untuk memeriksa suhu di pintu masuk sekolah. Mana-mana individu yang ada urusan di dalam kawasan sekolah juga akan diperiksa suhu badan.
Suhu badan yang melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk.
04
Pelajar perlu melalui laluan pergerakan yang ditetapkan untuk ke kelas masing-masing. Setiap pelajar perlu menjaga kebersihan diri sendiri di dalam dan di luar kawasan sekolah.
05
Meja akan disusun dengan jarak 1 meter di antara pelajar. Kapasiti bagi setiap kelas tidak akan melebih 20 orang pelajar. Bagi pihak sekolah yang melakukan kelas di dalam dewan sekolah, tentunya kapasiti pelajar akan lebih tinggi.
06
Waktu rehat adalah secara berperingkat di kantin. Makanan dan minuman dibungkus terlebih dahulu dan pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan makanan semasa mengambil di kantin. Makan dan minum pula hanyalah di dalam kelas masing-masing di bawah penjagaan guru.
07
Aktiviti bersukan di luar kelas tidak akan dilaksanakan. Tiada perhimpunan juga akan dibenarkan di sekolah.
08
Bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, hanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam (SPM, STAM dan STPM) saja yang akan dibenarkan pulang ke hostel dan sekolah. Katil pelajar di bangunan hostel akan dijarakkan 1 meter. Jumlah pelajar di dalam bilik dan dorm akan mengikut keluasan ruang.
Penggiliran waktu makan di dewan juga akan mengikut pentadbiran sekolah.