Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinamakan sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pengajian Perhubungan Awam terbaik di Malaysia dan yang ke-10 terbaik di benua Asia menurut EduRank; sebuah badan berkududukan bebas antarabangsa yang menganalisa 14,131 institusi pengajian tinggi dari 183 buah negara secara metrik.
Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UiTM merupakan yang pertama di Malaysia untuk menawarkan program komunikasi lengkap seawal tahun 1972 lagi. Biarpun telah lama bertapak dan sudahpun melahirkan ribuan graduan yang berjaya di arena kerjaya masing-masing, ia masih kekal relevan, berkualiti serta kompetitif di pasaran pendidikan dan industri.
Berikut merupakan senarai 10 program Perhubungan Awam terbaik yang ditawarkan di Malaysia menurut EduRank dan jelas, program Perhubungan Awam UiTM meninggalkan universiti lain dengan agak signifikan.
1. Universiti Teknologi MARA (ke-274 di dunia)
2. Universiti Malaysia (ke-327 di dunia)
3. Universiti Sains Malaysia (ke-353 di dunia)
4. Universiti Utara Malaysia (ke-370 di dunia)
5. Universiti Teknologi Malaysia (ke-382 di dunia)
6. Taylor’s University (ke-424 di dunia)
7. Universiti Putra Malaysia (ke-452 di dunia)
8. Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-469 di dunia)
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ke-496 di dunia)
Ads
10. Universiti Malaysia Sarawak (ke-1045 di dunia)
Dalam pada itu, di peringkat benua Asia pula, UiTM berada pada kedudukan ketiga terbaik dalam kalangan universiti dari rantau Asia Tenggara; hanya di belakang National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University, juga dari Singapura.
1. National University of Singapore, Singapura
2. Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong
3. Education University of Hong Hong, Hong Kong
Ads
4. Chinese University of Hong Kong, Hong Kong
5. Nanyang Technological University, Singapura
6. City University of Hong Kong, Hong Kong
7. University of Haifa, Israel
8. Hebrew University of Jurusalem, Israel
9. Tel Aviv University, Israel
Ads
10. Universiti Teknologi MARA, Malaysia
*
Meninjau ke satu hantaran di Facebook, Ketua Program Perhubungan Awam UiTM, Meliena Mahpuz berkongsi kegembiraan beliau serta seluruh warga fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UiTM di atas kejayaan tersebut.
“Saya amat berbangga dengan pasukan saya terdiri daripada para pensyarah perhubungan awam yang hebat, pelajar serta para Alumni.
“Penghargaan juga harus diberikan kepada bekas pensyarah yang telah membentuk kami serta menempatkan kami di kedudukan sekarang. Terima kasih UiTM. Terima kasih Fakulti Pengajian Komunikasi & Media. Tahniah,” catatnya.
Sebagai info, EduRank menyenaraikan kedudukan ini berdasarkan prestasi kajian yang dihasilkan oleh program universiti. Memetik laman web EduRank, ia mengguna pakai sebanyak 469,000 kertas akademik dibuat oleh 34 universiti di Malaysia untuk mengira penarafan penerbitan yang kemudiannya diselaraskan untuk tarikh keluaran serta ditambah pada markah akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam viral di media sosial dengan gambar-gambar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang telah pun selamat tiba di KLIA. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini.
Jika sebelum ini, KKM telah mengeluarkan 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Terbaru, wanita hamil dan menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Menurut pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib melalui laporan Bernama, buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.
Hmm…kalau memudaratkan baiklah tangguhkan dulu kan….nanti timbul masalah lain pula.
Selari dengan keputusan Malaysia untuk beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022 hari ini, umat Islam di negara ini menyambut baik kelonggara prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan. Tahun ini, kita sudah dapat meluangkan masa berbuka puasa serta beribadah secara separa normal dengan keluarga dan kenalan.
Tertarik pula rasanya apabila mendapat tahu mengenai program iftar ala berada di Madinah yang bakal dianjurkan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula 4 April sehingga 2 Mei ini.
Kali terakhir iftar ala Madinah ini diadakan di Karangkraf adalah pada tahun 2018 di mana ia turut disertai oleh selebriti seperti Wani Kayrie dan pelajar tahfiz.
Bagi mereka yang pernah berpeluang berbuka puasa di kota suci Mekah dan Madinah, tentunya korang dapat mengubat rindu dengan suasana iftar sedemikian rupa di sini dengan masih menjaga SOP yang ditetapkan.
Korang tidak perlu pun membawa makanan dari rumah atau yang dibeli di luar; seperti yang selalu berlaku di dataran-dataran utama di seluruh negara. Di sini, juadah iftar ada disediakan secara percuma memandangkkan salah satu objektifnya adalah untuk bersedekah kepada golongan yang terjejas atau kurang berkemampuan.
Tambahan pula, ada dalam kalangan kita yang masih terkesan dengan impak pandemik setelah kehilangan kerja dan terpaksa pula menanggung kos sara hidup serta makanan yang semakin meningkat.
Untuk pengetahuan, terdapat sesi tazkirah yang akan dilangsungkan sebelum iftar. Manakala, solat secara berjemaah bagi waktu Maghrib dan Isyak serta solat Tarawih juga boleh dilakukan di ruang yang disediakan di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stadium Tertutup Miri ‘menyala’ dengan kehadiran lebih 2,500 orang ramai yang membanjiri ruangan tempat duduk bagi memeriahkan Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung pada 17 Mei 2025.
Buat julung kalinya, konsert MeleTOP dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia dan nyata, peluang untuk berhibur di hujung minggu tersebut tidak disia-siakan oleh warga Sarawak.
Menariknya, acara berkenaan bukan sekadar konsert nyanyian semata-mata tetapi turut ketengahkan warisan kebudayaan Borneo untuk disadurkan bersama lagu-lagu pop yang dipersembahkan oleh barisan artis jemputan.
Antaranya yang diterbangkan khas ke Miri untuk Konsert MeleTOP Miri ini termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Dolla, Mimi Fly, Marsha Milan, Stacy, Hafiz Suip, Wani Kayrie, Noki, Floor 88 & Namie, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong James dan ramai lagi.
Aksi Mesra #Haeyang, Mimi Fly & Dolla Pula Spontan!
Tentunya jika korang merupakan peminat kepada dua penyanyi berbakat ini, korang sudahpun tahu mengenai bibit-bibit mesra yang berlaku secara spontan sewaktu di menyampaikan lagu duet mereka, Haram di pentas Konsert MeleTOP Miri tempoh hari.
Ia menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan mereka sedang mabuk bercinta! Rata-rata peminat juga seakan merestui hubungan mereka.
Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini sepadan dalam persalinan putih polos.
Walaupun hujan renyai-renyai turun di bumi Miri, malam Sabtu lalu bertambah istimewa buat Dayang apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP di atas sumbangannya dalam industri muzik.
Kejayaan Dayang untuk terus-menerus mengharumkan nama Borneo dan Sarawak, khususnya dalam persada seni hiburan tanah air diiktiraf oleh negeri kelahirannya itu apabila trofi anugerah khas berkenaan disampaikan oleh Pengerusi TVS, Datuk Norhayati Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal.
Susulan sesi penyampaian anugerah tersebut, penyanyi Nadeera Zaini muncul bagi menjayakan segmen tribut dengan menyampaikan dua buah lagu nyanyian asal Dayang iatu Hakikat Cinta dan Erti Hidup.
Di belakang pentas pula, satu lagi momen istimewa tercetus apabila pelantun lagu Serumpun, Mimi Fly menyertai grup wanita popular, Dolla bagi menyertai cabaran tarian lagu terbaru mereka berjudul MWA!.
Mimi Fly.Dolla
Mimi yang juga merupakan seorang penghibur lincah yang sinonim dengan aksi menari sambil menyanyi tidak langsung kelihatan kekok apabila beraksi bersama Sabronzo, Tabby dan Angel. Haa, mana tahu satu hari nanti, Dolla akan menjalin kerjasama dengan Mimi Fly menerusi single kolaborasi? #LetsManifest.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai peminat yang berharap agar jelajah Konsert MeleTOP ini akan dibawakan ke daerah-daerah lain di sekitar Borneo agar peminat dapat beramah mesra dengan lebih dekat lagi dengan idola masing-masing.
Buat masa sekarang, why not korang kembalikan momen-momen Konsert MeleTOP Miri menerusi siaran ulangan yang boleh korang strim di Astro GO atau di saluran Astro RIA pada 24 Mei ini, jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!