Perkhabaran mengenai pemergian seorang pelajar dar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah (kampus Sungai Petani) semalam telah mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan pelajar institusi itu sendiri.
Menerusi memo yang dikeluarkan oleh pejabat Pengurusan Persatuan Pelajar (OMSA) semalam, pelajar tersebut dikenalpasti sebagai Allahyarhamah Nur Natasya Ezreen binti Azemi. Begitupun, pihak institusi tidak menyertakan memo bersama penjelasan punca di sebalik pemergiannya.
Untuk pengetahuan, UiTM kini bersiap sedia untuk memulakan minggu penilaian akhir semester bermula 22 Julai hingga 12 Ogos 2021.
Atas dasar prihatin setelah mendengar berita kesakitan, kesusahan, kelaparan, kesempitan hidup malah kematian dalam kalangan warga UiTM akibat pandemik COVID-19, BHEA berharap agar para pelajar, terutamanya dapat mengawal emosi dengan bijaksana dan dapatkan bantuan segera sekiranya perlu.
UiTM juga mengambil keputusan untuk membenarkan aktiviti pentaksiran dan penilaian dilanjutkan sepanjang minggu penilaian akhir hingga bulan Ogos 2021. Ini termasuklah ujian, kuiz, tugasan akademik, projek dan ‘Final Year Project’ (FYP) para pelajar.
Ads
Justeru, pelajar diharap dapat menggunakan peluang ini untuk berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik dan fakulti/kampus mereka bagi tujuan penjadualan semula tarikh-tarikh penting dalam jadual akademik mereka.
“Marilah kita sama-sama satu UiTM dan Malaysia tanpa mengenal siapa anda, berdoa agar kita semua berada dengan baik-baik sahaja,” catat akaun tersebut tengah hari tadi.
Rata-rata pelajar di media sosial memberikan respon positif di atas inisiatif ini agar kesejahteraan para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran jarak jauh (ODL) terjaga.
Ads
Warganet turut berharap agar lebih banyak institusi lain yang mengambil tindakan serupa sebelum apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku dalam kalangan pelajar mereka.
Ingat korang, jika merasa tertekan ataupun penat, berhenti dahulu daripada terus mengulang kaji dan berehat sekurang-kurangnya untuk 5 minit. Walaupun kita sedaya mungkin cuba mengejar dateline tugasan dan sebagainya, kesihatan mental dan fizikal kita lebih utama.
Terdahulu, REMAJA telah menemubual pengarah klinikal Solace Asia, Dr Prem dan mendapatkan tip penjagaan kesihatan mental semasa tempoh perintah berkurung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meraih perhatian warganet apabila memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya, Luna, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Awal berkongsi berita duka tersebut dan menyeru pemilik kucing di sekitar Lembah Klang untuk tampil membantu.
Penderma darah kucing
Menurut Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, Luna kini sedang dirawat di Saint Angel Animal Medical Center, Puchong dan memerlukan penderma darah kucing dengan segera.
“Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Lebih menyentuh hati, Awal turut menegaskan bahawa pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemeriksaan kucing penderma. Beliau hanya mengharapkan keprihatinan pemilik kucing yang tinggal berhampiran untuk hadir bersama haiwan peliharaan mereka bagi membantu menyelamatkan nyawa Luna.
“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing peliharaan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong. Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Impak Maksima ini turut meluahkan harapan agar lebih ramai tampil mendoakan kesembuhan buat Luna, serta memohon agar segala kebaikan yang dihulurkan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.
Warganet dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Awal serta Luna. Ramai yang tersentuh dengan keprihatinan selebriti ini, yang sanggup berkongsi kesulitan demi memberi peluang kedua kepada kucing kesayangannya.
Buat pencinta haiwan, inilah masanya untuk kita sama-sama memainkan peranan dan menyebarkan empati bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada makhluk yang tidak mampu bersuara.
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot terutamanya almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul dan bau baju juga menjadi hapak bila dipakai.
Untuk masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bezzera untuk membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat dan juga pewangi.
Buat sendiri air freshner almari untuk elak kulat dan bau1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.
2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.
3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.
4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.
5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.
Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai manusia, sudah tentu kita sentiasa mahu menjadi manusia yang baik dan kalau boleh setiap benda yang kurang baik itu dijauhkan dari hidup kita.
Sama seperti pelakon terkenal, Sweet Qismina juga baru-baru ini menyatakan bahawa dirinya tertarik dengan perkongsian positif yang kerap dimuat naik oleh pelakon Elfira Loy di media sosial sehingga membuatkan dia terbuka hati untuk menghadiri kelas agama.
Melalui Instagram miliknya pada petang Selasa, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi (27) turut mengucapkan terima kasih dan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas ilmu agama namun disebabkan kekangan masa, hasratnya tidak kesampaian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Elfira selalu kongsi benda yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama). Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja”
“Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!”
Dalam pada itu, Sweet juga berkata bahawa dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
Walau apa pun, semoga perkongsian daripada Sweet ini juga mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih baik lagi! InshAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.