Selaras dengan usaha seluruh dunia untuk melaksanakan sasaran pembangunan lestari (SDG) demi kemajuan dan keharmonian manusia sejagat, Universiti UCSI telah menganjurkan SDG WEEK 2018 pada 23-27 Julai ini bertempat di Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur.
Acara SDG WEEK 2018 ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan secara pantas tentang kepentingan SDGs kepada generasi muda dan juga kepada orang awam. Pelajar-pelajar dan pekerja UCSI sendiri serta orang awam yang ingin turut serta akan didedahkan kepada sejarah SDG dan juga cara-cara untuk mempraktikkan nilai-nilai SDG dalam kehidupan seharian mereka demi mencapai matlamat agenda 2030 yang ditetapkan oleh United Nations sejak tahun 2015.
Sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia yang diiktiraf oleh QS World University Rankings 2019 baru-baru ini, UCSI meneruskan kegemilangannya dengan bercita-cita untuk menjadi pusat rujukan utama SDGs untuk peringkat universiti dan menyasarkan untuk menjadi pusat sumber untuk semua institusi pendidikan tinggi dan komuniti belajar dan berkongsi ilmu tentang sasaran pembangunan lestari.
Untuk seminar atau forum pada 23 Julai yang bertajuk ‘Sustainable Consumption, Our Responsibility’ yang memfokuskan kepada peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab, penceramah dan VIP termasuklah wakil dari UNESCO, Tesco Malaysia, Consumer Claims Tribunal Malaysia, Waste Management Systems Sdn Bhd, Malaysia Consumers Movement (MCM), UM dan USIM. Acara ini akan dimulakan dengan perasmian SDG Week 2018 oleh Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Senior Professor Dato Dr Khalid Yusoff ketika ucapan pembukaannya. Untuk menyertai forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2ztHQll
Ads
Ads
Dan untuk forum pada 27 Julai bertajuk ‘National Education for Peace and Harmony’ pula, UCSI menjemput wakil dari UKM, IIUM, PAGE, Seminari Theoloji Malaysia dan Zubedy (M) Sdn Bhd untuk menbincangkan tentang peranan pendidikan dalam mencapai keamanan dan keharmonian negara. Untuk hadiri forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2KZ9pHI
Menariknya, pada 26 dan 27 Julai, anda akan menyaksikan kira-kira 400 orang pelajar UCSI menyiap-sediakan pameran dan permainan interaktif untuk mewar-warkan kesedaran dengan lebih efektif tentang 17 sasaran SDGs, sebagai sebahagian daripada kerja kursus kuliah mereka. Anda akan mengenali kesemua 17 sasaran SDG dalam masa 1 jam di pameran ’17 SDG Stations (Experience The SDG Journey’.
Ads
Sebelum ini, UCSI sememangnya aktif dalam penganjuran acara-acara dan aktiviti yang berkaitan dengan SDG termasuklah ‘SDG Conference 2018’ pada bulan Mac yang lalu. Dan SDG Week 2018 adalah kesinambungan terkini yang menunjukkan komitmen dan dedikasi UCSI dalam menyahut seruan kerajaan untuk menyokong sasaran pembangunan lestari di Malaysia.
Jadi, datanglah beramai-ramai ke SDG WEEK 2018 anjuran Universiti UCSI pada 23,26 dan 27 Julai ini dan sama-sama kita selami peranan SDG dan cara-cara untuk kita terapkan nilai SDG dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk kebaikan kita, ini juga adalah untuk kebaikan keluarga, komuniti dan negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website rasmi SDG Universiti UCSI di sini – http://sdg.ucsiuniversity.edu.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat nama besar dalam industri muzik tempatan bakal mencipta sejarah apabila mereka bergabung dalam sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan ramai iaitu Empat Live In Kuala Lumpur 2025.
Buat julung kalinya, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan istimewa yang bukan saja menyatukan suara-suara hebat tanah air, tetapi juga mengangkat nilai kekeluargaan.
Mereka bukan sekadar rakan artis, tapi ‘family goals’ betul! Ziana dan Anuar adalah adik-beradik, Ernie pula anak saudara mereka, dan Syamel? Suami kepada Ernie.
Sekali gus, gabungan ini menjadikan Empat sebagai sebuah konsert yang cukup unik dan penuh sentimental value.
Bercakap tentang konsert ini, Anuar Zain yang juga bertindak selaku penganjur menyifatkan ia sebagai projek yang sudah lama mereka impikan.
“Ini adalah projek impian yang telah dirancang sejak dua tiga tahun lalu.
“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu simbol kekeluargaan dan penghargaan kepada peminat yang selama ini menyokong kami,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.
Sementara itu, Ziana Zain pula menggambarkan konsert ini sebagai “temasya cinta” yang bukan hanya antara mereka berempat, tapi juga dengan peminat tersayang.
“Kami tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa, tetapi kami mahu semua yang hadir pulang dengan momen yang magis dan indah,” katanya.
Konsert ini akan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Jennifer Thompson dan diperkukuhkan dengan sentuhan muzik oleh Sze Wan bersama barisan pemuzik profesional.
Tiket konsert mula dijual 25 April 2025 jam 10.00 pagi di laman rasmi [ticket2u.com.my/empatkl](https://www.ticket2u.com.my/empatkl).
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada momen bersejarah ini!
Harga tiket bermula dari RM288 (Bronze) hingga RM2,088 (Royal Twin Seat – untuk dua orang). Pilih ikut bajet, tapi pastikan korang tak terlepas untuk saksikan gabungan empat legenda, satu pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.
Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.
Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.
Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.
Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.
Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.
Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.
Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.
Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tapi jangan pula curi content orang lain ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak mata cantik? Satu tip yang boleh kami kongsi kan adalah dengan memantapkan lagi teknik penggunaan eyeliner.
Jadi perempuan, mestilah harus sentiasa nampak cantik kan? Apa kata korang cuba dulu 7 trik mudah ini untuk menonjolkan gaya fresh setiap hari.
Pilih warna yang sesuai
Untuk wanita Asia, antara warna yang sesuai korang boleh cuba ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan eyeliner boleh disesuaikan dengan warna eye shadow yang dipakai.
Kesan smokey eyes
Guna eye shadow yang sama warna dengan eyeliner. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
Untuk yang bermata bundar
Cukup sekadar menarik garisan bermula dari tengah dan bukan dari hujung mata. Untuk yang mempunyai mata bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.
Kesan mata yang lebih tajam
Jangan buat dari hujung dalam mata, tapi mulakan dari tengah dan seterusnya buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.
Sebelum membuat garisan di bawah mata
Taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
Membentuk garis mata yang tebal
Gunakan eyeliner berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semula jadi, gunakan pensil alis. Klik siniuntuk lihat eyeliner dan kosmetik lain dari NITA Cosmetics. Menarik dan berbaloi!
Letakkan siku pada permukaan yang mendatar
Cara ini dilakukan kalau tak nak tangan bergoyang semasa menghasilkan garisan.
Mulakan dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.
Senang je kan? Lepas ni boleh la try sendiri dan lihat hasilnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...