
U Mobile merancang untuk mendominasi pasaran telekomunikasi lain di Malaysia pada tahun 2026 dengan melancarkan portfolio pelan ULTRA5G merangkumi prabayar, pascabayar dan perusahaan.
Pelan terbaru ini membolehkan pengguna mendapat kelebihan data yang lebih besar, kelajuan lebih tinggi, keselamatan dipertingkatkan serta kebolehpercayaan rangkaian. Semuanya selari dengan keperluan pengguna masa kini yang bergantung kepada penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Ketua Pengawai Perniagaan Konsumer U Mobile, Navin Manian ketika ditemui di majlis pelancaran berkata, pengguna di Malaysia kini mengutamakan kelajuan dan kuota data yang lebih besar berbanding sebelum ini.
Pengguna juga mahukan ketersambungan (connectivity
) walaupun di lokasi berkepadatan tinggi seperti stadium sewaktu kejohanan sukan atau konsert, hab pengangkutan, institusi akademik dan kawasan komersil.
Dengan ULTRA5F Priority Pass, pengguna hanya perlu mengaktifkan akses rangkaian berkeutamaan semasa tempoh sesak.
Berikut merupakan antara kelebihan pelan ULTRA5G dari aspek kelajuan.
Seiring dengan lambakan kes ancaman siber dan penipuan dalam talian juga, U Mobile kini turut lebih mengutamakan faktor keselamatan pengguna.
Selain pelan prabayar ULTRA5G dan pelan pascabayar ULTRA5G oleh U Mobile ini, turut tersedia adalah pelan ULTRA Business ULTRA5G baharu yang lengkap dengan penawaran keutamaan rangkaian khusus pertama dalam industri, ULTRA5G Reserve.
Menerusi pelan ini, data perusahaan peniaga diberi keutamaan berbanding trafik rangkaian biasa sehingga prestasi empat kali ganda lebih baik.
Tambah Navin Manian lagi, dengan rangkaian 5G U Mobile baharu yang dipacu kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), pelan prabayar dan pascabayarnya kini berada pada kelas terbaik mengikut keperluan sebenar pengguna.
Masing-masing kini boleh menikmati kelebihan kelajuan yang lebih pantas dengan kuota data yang lebih besar. Tambahan pula, pengguna turut memperoleh ‘ketenangan fikiran’ apabila aspek keselamatan yang dipertingkatkan daripada ancaman siber dan penipuan.
*
Are you not convinced enough with the offers?
Jangan risau, U Mobile menawarkan korang pengalaman ULTRA5G menerusi percubaan percuma selama tujuh hari merangkumi 10GB data 5G ultra laju dan panggilan percuma ke semua rangkaian bagi peranti yang menyokong eSIM.
Cuba, jangan tak cuba!
FOTO: U Mobile
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.