Bintang K-Pop popular, Tomorrow X Together (TXT) baru-baru ini meraih perhatian apabila melancarkan kempen global terbaru bersama UNICEF bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan remaja di seluruh dunia.
Menurut laporan media antarabangsa, kempen yang dinamakan Together for Tomorrow ini memberi fokus kepada empati sebagai asas penting dalam menjaga kesihatan mental. Ia juga menggalakkan perbualan terbuka, mengurangkan stigma, serta memberi kuasa kepada remaja untuk membina ketahanan diri sesuai dengan pada awal kemunculan TXT yang dikenali sebagai kumpulan yang menekankan nilai empati dan kebersamaan melalui muzik mereka.
Dalam pada itu, nama kumpulan itu sendiri, Tomorrow X Together, membawa maksud bersatu di bawah satu impian untuk hari esok yang lebih baik, seiring dengan mesej utama kempen ini. Kerjasama tersebut turut disokong dengan komitmen dana sebanyak AS$1.4 juta daripada label agensi, BigHit Music untuk program berkaitan kesejahteraan remaja dan kempen global bagi menghapuskan stigma.
Ads
Di majlis pelancaran, TXT bertemu dengan Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell, untuk membincangkan kepentingan projek ini. Acara yang dihoskan oleh pelakon Justin Min, Duta UNICEF USA, dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Kitty van der Heijden, dan diikuti dengan ucapan penghargaan oleh Cho Mijin, Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Korea untuk UNICEF.
Menurut ketua kumpulan TXT, Choi Soobin (25) dalam ucapan penuh emosi mewakili ahli kumpulan berkata, “Sepanjang perjalanan muzik kami, kami belajar bahawa meluahkan perasaan adalah tanda kekuatan.”
“Kini dengan kempen bersama UNICEF, kami mahu membantu mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk remaja bebas meluahkan emosi mereka,” jelasnya lagi.
Ads
Choi Soobin ketika berucap di UNICEF
Pada majlis yang sama juga menampilkan sesi soal jawab bersama pemimpin belia UNICEF di mana TXT menjawab soalan tentang bagaimana muzik membantu mereka mencari kekuatan emosi, sambil menekankan nilai empati, kebaikan hati dan harapan untuk masa depan remaja yang lebih sihat di seluruh dunia.
Ads
Sesi itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemimpin belia untuk menyuarakan pandangan, malah mengukuhkan lagi misi kempen ini yang mahu memperkasakan suara remaja dalam isu kesihatan mental. Selain itu, ia menjadi platform bermakna untuk mendengar secara langsung pengalaman dan harapan generasi muda.
Melalui kerjasama ini, TXT akan terus menggunakan pengaruh mereka untuk menyokong inisiatif kempen dan memberi impak lebih besar dalam menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental. Untuk perkembangan terkini, TXT sedang menjalani siri konsert jelajah dunia keempat mereka ‘Act: Tomorrow’ yang bakal menutup tirai bahagian Amerika Utara di Prudential Center, Newark pada 1 dan 2 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, bintang terkenal BTS J-Hope meraih perhatian peminat dengan kemurnian hatinya selepas mendermakan wang sebanyak 200 juta Won atau kira-kira 615 ribu Ringgit kepada Seoul Asan Medical Center bagi pembinaan hospital pediatrik.
Menurut laporan, sumbangan itu dibuat bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada 18 Februari dan J-Hope atau nama sebenarnya Jung Ho Seok turut menyatakan hasrat untuk terus memberi sokongan dari pelbagai bentuk kepada pusat perubatan berkenaan.
“Saya harap ini dapat membantu ramai kanak-kanak yang memerlukan rawatan. Saya sangat berharap anak-anak ini dapat bermimpi untuk masa depan yang lebih sihat dengan penuh harapan,” katanya.
“Saya juga ingin membalas budi ARMY yang sentiasa memberikan kasih sayang kepada saya dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi,” ujar pelantun lagu ‘More’ dan ‘Arson’ itu lagi.
“Saya rasa ia akan sangat bermakna jika saya terus menderma setiap tahun bermula dari hari lahir saya tahun ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangannya kerjayanya, rapper BTS itu bakal mengadakan konsert jelajah solo ‘Hope On The Stage’ bermula pada 28 Februari dan akan menggegarkan beberapa bandar seperti Seoul, Brooklyn, Chicago, Mexico City, San Antonio, Oakland, Los Angeles, Manila, Saitama, Singapore, Jakarta, Bangkok, Macau, Taipei, dan Osaka.
Sementara itu, J-Hope juga bakal membuat kemunculan semula dengan berkolaborasi bersama penyanyi rap, Don Toliver dalam sebuah single terbaru berjudul ‘LV Bag’ yang akan dilancarkan pada 21 Februari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟
CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Cukup kreatif, penuh inovatif, dan dari pelbagai barangan kitar semula. Hebat!
Plastik dan barangan terbuang ni memang dah jadi isu global dah dan demi kesejahteraan bumi, semakin ramai yang sedar akan kepentingan kitar semula dalam kehidupan.
Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, ini buktinya!
Seorang pelajar di Amerika Syarikat, Putri Samboda telah membuat kelainan apabila menghasilkan fesyen berkelas tinggi dengan hanya menggunakan plastik bungkusan makanan.
A post shared by Putri (@putrisamboda) on Jul 31, 2020 at 4:29am PDT
Gadis ini mendapat idea untuk memulakan projek ini semasa sedang makan nuget daripada McDonald’s menerusi satu temu bual baru-baru ini. Putri juga menceritakan kisah di sebalik kasut jenis slip-on yang beliau gelarkan sebagai McLoafers yang merupakan item pertama projek tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, beliau juga hasilkan beg tangan daripada tin biskut terpakai. Memang DIY sungguh.
.
Beliau yang berasal dari Indonesia mula menarik perhatian ramai orang apabilla memuat naik gambar memakai skirt daripada karung guni beras, baju daripada plastik bungkusan Samyang dan seluar pendek daripada plastik mi segera Indomie.
.
Bukan setakat itu sahaja, beliau juga hasilkan beg tangan daripada tin biskut terpakai. Memang DIY sungguh.
“Pada awalnya saya mahu membuang kasut flat jenama Gucci saya yang lama, namun disebabkan saya sangat sukakan upcycling maka saya rasa ianya adalah cool untuk saya tukarkan menjadi McLoafers.”
.
Tapi malangnya, Putri menjelaskan item-itemnya rekaannya ini tidak dijual buat masa sekarang, hal ini kerana beliau amat mementingkan kualiti barangannya yang dihasilkan dapat ditambah baik sebelum dijual.
Bercerita mengenai kitar semula, tahukah, Indonesia merupakan penyumbang pencemaran laut terbesar di dunia selepas China? Disebabkan itu, kerajaan Indonesia telah berjanji akan mengurangkan sisa plastik di laut kepada 70% pada 2025.
So korang boleh la start kumpul barangan terpakai dan hasilkan sesuatu yang awesome juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun apabila tiba sahaja musim perayaan Aidilfitri, pastinya kita akan disajikan dengan tayangan filem terbaru di pawagam.
Akhirnya selepas dua tahun berdepan dengan musim pandemik, kali ini pawagam di Malaysia bakal meriah semula sewaktu minggu-minggu perayaan apabila kita dapat menonton filem pilihan bersama sanak saudara ketika pulang ke kampung halaman.
Salah satu filem yang amat dinanti-nantikan sempena Aidilfitri 2022 tentunya ialah filem terbitan Marvel iaitu Doctor Strange In The Multiverse of Madness!
Selepas kita semua diserang ‘demam’ Spider-Man: No Way Home pada akhir tahun lalu, ramai tertarik dengan kemunculan trailer khas untuk filem Doctor Strange ini selepas paparan credit roll akhir di dalam pawagam.
Bulan lalu pula, Marvel Studios telah meluncurkan sebuah lagi trailer baharu bagi filem DoctorStrange in the Multiverse of Madness yang hanya membuatkan peminat Marvel lebih tidak keruan.
Korang tidak perlu menunggu lama lagi apabila tiket untuk tayangan DoctorStrange in the Multiverse of Madness di pawagam bermula Hari Raya ketiga (5 Mei 2022) akan mula dijual pada 20 April ini!
Menurut hantaran TGV Cinemas, mereka turut menawarkan sesi tayangan peminat pada 5 April ini.
You ask for the Multiverse? You’ll get its Madness!
— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) April 12, 2022
DoctorStrange in the Multiverse of Madness bakal membongkarkan rahsia disebalik Multiverse yang selalu diperkatakan selama ini lalu membuka satu dimensi baharu untuk jalan cerita Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas ni.
Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) bakal mengembara ke alam yang tidak pernah diketahui olehnya dengan bantuan sekutu, Wong dan Wanda Maximoff, aka Scarlett Witch. Yang pasti, filem ini sememangnya ‘mind-bending’.
Selain Benedict Cumberbatch, DoctorStrange in the Multiverse of Madness dibintangi oleh Chiwetel Ejiofor, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Xochitl Gomez, bersama-sama Michael Stühlbarg dan Rachel McAdams.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.