Tutorial Print Dokumen Daripada Handphone Ke Printer Tanpa Guna Laptop

Share

Jika dulu kita memerlukan PC atau laptop untuk mencetak dokumen, dan ada yang terus ke Cyber Café kerana tidak mempunyai printer di rumah, kini korang boleh sahaja print dokumen hanya melalui handphone.

Lebih mudah bukan?

Tanpa perlu menggunakan laptop atau mengeluarkan modal untuk membeli printer wireless/WiFi, lelaki yang dikenali sebagai Fizie Joe

telah berkongsi tutorial bagaimana untuk print-out dokumen daripada handphone direct ke printer.

Apa yang penting, korang kena ada 3 benda berikut:

Printer (tak kisah jenama apa, yang murah pun boleh)

Kredit foto: bhphotovideo.com

• Cable OTG (korang boleh beli di kedai Eco/Ninso/Mr DIY

• Apps PrinterShare Mobile Print (download di handphone)

Bila kesemua barangan ini telah disediakan, sambungkan kabel USB printer ke kabel OTG dan kemudian, cucuk pada handphone korang. Ikut arahan PrinterShare untuk setting dan siap!

Ada lagi satu pilihan untuk korang download apps selain PrinterShare. Cari Noko Print-Wireless and USB printing dan caranya juga sama seperti yang telah dikongsi diatas.

Mudah saja kan? Tak perlu membazir duit nak beli printer mahal-mahal. Ikut cara ni je boleh jimat. Berbaloi-baloi!

Sumber: Fizie Joe

IKLAN