Jika korang merupakan warga BLINKs, pastinya korang tahu bahawa bulan Ogos adalah bulan istimewa bagi grup K-Pop mega, Blackpink.
Ini kerana Ogos ialah ‘bulan kelahiran’ bagi grup tersebut. Untuk meraikannya, jenama telefon pintar Korea Selatan, Samsung menerusi Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan 3 gajet edisi terhad untuk korang dapatkan pada harga istimewa.
Ads
3 gajet tersebut termasuklah Samsung Galaxy A80, Samsung Watch Active dan Samsung Buds versi Blackpink Edition. Tentunya, ia adalah ‘hadiah’ paling wajib dibeli jika korang merupakan peminat tegar Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie.
Ads
Istimewanya mengenai edisi terhad ini, ketiga-tiga gajet didatangkan dalam satu kotak yang kelihatan mirip cover album Blackpink. Ketiga-tiga produk ini juga datang dalam warna hitam dan merah jambu (duh) dan mempunyai pelekat Blackpink dalam rekaan embedded.
Untuk pengetahuan korang, hanya 300 buah kotak saja yang dijual di Malaysia. Tempahan awal (pre order) sudahpun ermula semalam (1 Ogos) hingga 4 Ogos (Ahad) ini pada harga RM3,899.
Okay kan harga tersebut! 3 produk untuk harga di bawah RM4,000. Apa lagi, rebut senarai pre-order oleh Samsung ini dari portal seperti Lazada dan Shopee.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan kata laluan atau password adalah sangat penting bagi menjaga privasi dan keselamatan informasi peribadi milik kita. Tambah pula, zaman teknologi hari ini semuanya dilakukan secara digital.
Pemilihan kata laluan yang lemah boleh membawa kemudaratan kerana memudahkan individu lain menjejakinya dan menceroboh masuk ke semua akaun digital milik kita.
Pada 2013, Apple telah memperkenalkan iPhone 5s yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan sebelum ini modul pengenalan pengguna biometrik telah digunakan secara aktif oleh semua pengeluar telefon pintar. Walau bagaimanapun, kata laluan skrin kunci tradisional yang terdiri daripada nombor dan/atau huruf masih belum hilang dan masih menjadi kelemahan keselamatan dalam peranti iOS.
Kata laluan yang biasa digunakan selalunya hanya empat digit dan dalam kebanyakan kes menghalang akses tanpa kebenaran kepada data peribadi pengguna serta memudahkan pemulangan telefon pintar yang dicuri atau hilang kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, pakar keselamatan siber dari Institut SANS mengatakan bahawa kira-kira satu perempat daripada semua iPhone yang digodam telah dibuka kunci menggunakan hanya 20 kombinasi nombor paling popular.
Berikut adalah antara password sering digunakan oleh pengguna iPhone:
Sebelum keluaran iOS 9, pengguna iPhone hanya boleh menetapkan kata laluan skrin kunci 4 digit, manakala versi sistem pengendalian mudah alih Apple yang berikutnya membenarkan penggunaan gabungan panjang aksara (nombor dan huruf).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh jadi huru-hara dibuatnya bila ada dokumen-dokumen penting dalam komputer yang kita terdelete secara tak sengaja. Agak-agaknya boleh ke kita dapatkan fail atau dokumen itu semula?
Menurut amanz.my, kebarangkalian untuk mendapatkannya semula adalah rendah tetapi ada beberapa perisian yang membolehkan anda untuk mendapatkannya kembali.Kebiasaannya, apabila anda memadam sesuatu dokumen pada komputer, ia hanya memadam fail berkenaan daripada dipaparkan dan melabelkan ruangan berkenaan supaya bebas untuk digunakan bagi simpanan data.
Secara tidak langsung, fail-fail tersebut masih tersimpan pada ruangan storan sehingga data baru ditulis di atasnya. Perisian-perisian ini bertanggungjawab untuk membantu anda mendapatkan semula fail yang telah dipadam menggunakan algoritma khusus untuk mengaksesnya kembali.
Wah, kalau macam tu lepas ni kalau terdelete dokumen-dokumen penting dalam komputer tak payah la serabut otak lagi kan?
Caranya anda boleh memuat naik perisian-perisian berikut bagi membantu mendapatkan kembali fail yang telah dipadam.
1. Recuva
Salah satu perisian daripada pembangun CCleaner kerana ia menyediakan interface yang mudah untuk difahami oleh orang ramai. Anda hanya perlu membuka fail Recuva, kemudian pilih storan yang ingin diimbas dan jenis fail yang ingin dicari. Seterusnya, lakukan imbasan untuk fail yang boleh diselamatkan.
2. PhotoRec
PhotoRec memfokuskan untuk mendapatkan semula gambar digital yang hilang atau terpadam tanpa sengaja daripada hard disk atau sebarang medium-tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai jenis fail lain. Perisian ini bukan hanya ditawarkan untuk Windows, tetapi untuk Linux dan OSX juga.
3. FreeUndelete
Dengan konsep yang lebih kurang sama dan hanya memfokuskan pada pengguna Windows saja, FreeUndelete adalah satu lagi perisian yang boleh mendapatkan semula fail-fail yang sudah terpadam.
4. Disk Drill
Bagi pengguna Windows, mereka juga boleh menggunakan Disk Drill untuk melakukan imbasan dan perisian percuma ini membolehkan anda mencari kembali fail sehingga 1 GB melalui versi percuma.
Oleh sebab semua perisian ini lebih kurang sama, maka penting untuk anda tidak membuat sebarang penulisan data baru (seperti pemasangan perisian baru, merakamkan gambar pada kad-SD, dan sebagainya) supaya kebarangkalian untuk mendapatkan semula data yang terpadam adalah tinggi.
Aplikasi Clubhouse, kini hangat diperkatakan oleh netizen di seluruh dunia. Tidak hanya di Malaysia, malah aplikasi ini berjaya mencuri perhatian ramai setelah digunakan oleh Elon Musk dan juga Mark Zuckerberg.
Tapi apa yang menariknya aplikasi ini sampai dua ikon industri teknologi turut mengunakannya?
1. Berkongsi Idea Dan Perbualan Menerusi Audio Chat
Sumber Gambar : The Nation Press
Tidak seperti LINE atau WhatsApp berasaskan teks, Clubhouse lebih tertumpu pada kandungan audio untuk interaksi. Dihasilkan pada tahun April 2020, platform ini sangat bagus bagi menimba ilmu pengetahuan, meluaskan jaringan sosial dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan kumpulan yang mempunyai perspektif yang sama dengan korang.
2. Nak Sign Up, Hanya Yang Dijemput Masuk Saja Boleh Akses
Clubhouse co-founders Rohan Seth and Paul Davison. Rohan Seth/Twitter; LeWeb/YouTube
Aplikasi ini adalah aplikasi untuk mendengarkan perbincangan, wawancara, atau perbincangan mengenai pelbagai topik secara live.
Namun, hanya individu yang mendapat jemputan dari pengguna lain sahaja, boleh akses masuk untuk mendengar perbualan dan berkongsi maklumat menerusi audio chat Clubhouse ini.
3. Chat Rooms Clubhouse
Sumber Gambar : Forbes
Apabila memuat turun aplikasi ini, pengguna baru hanya dapat melihat gambar profil yang merupakan chat rooms yang sedia ada oleh pengguna lain.
Dan untuk memasuki mana-mana chat rooms, pengguna baru perlu mendapat jemputan dari pemilik chat rooms Clubhouse tersebut untuk akses.
Selain itu, pengguna baru juga boleh hasilkan chat rooms sendiri dan jemput sesiapa yang diingini untuk menyertai perbualan.
4 Belum Ada Di Android Dan Hanya Ada Di Apple Store
Sumber Gambar : tomsguide.com
Buat masa ini difahamkan aplikasi ini hanya ada dalam Apple App Store sahaja, dan pihak Clubhouse masih dalam proses menghasilkan aplikasi ini untuk pengguna android di masa akan datang.
5. Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Guna Clubhouse
Pada 1 Februari yang lepas, Clubhouse mempunyai ikon tetamu yang besar. Siapa lagi kalau bukan Elon Musk! Dijemput ke ruang perbincangan “GOOD TIME Club” dengan pakar teknologi Sriram Krishnan dan Aarthi Ramamurthy, Musk juga membawa CEO syarikat perkhidmatan perniagaan Robinhood, Vlad Tenev.
Facebook juga tidak mahu ketinggalan! Selain daripada Elon Musk, pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg juga memeriahkan Clubhouse pada hari Sabtu yang lalu (6/2). Pada kesempatan ini, Zuckerberg membincangkan mengenai augmented reality (AR) dan virtual reality (VR).
So untuk korang yang suka menimba ilmu dan mengembangkan pengetahuan, penulis rasa aplikasi ini sangat bagus untuk korang.