Penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini memiliki bakat nyanyian yang luar biasa yang dikurniakan Ilahi buatnya.
Pernah menyertai beberapa program realiti televisyen dan bergelar juara, bagaimanapun nama baiknya bagaikan tidak ‘didendang’ dalam industri seni tanah air.
Terbaharu, Nadeera mencuba nasib sebagai peserta Big Stage musim ke-5 bagi merebut kedudukan juara, yang bersiaran langsung pada setiap Ahad.
Menerusi persembahan di minggu keempat, penyanyi dan pensyarah, Datuk Syafinaz Selamat yang bertindak sebagai juri jemputan tampil memberikan komen terhadap nyanyian Nadeera.
Ads
Syafinaz berpendapat bahawa Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan nyanyian yang mencari penyanyi baharu seperti Big Stage. Tambahnya lagi, orang ramai sewajarnya memberikan sokongan kepada Nadeera yang mempunyai vokal serta bakat yang sangat bagus.
Komen yang diberikan pelantun lagu Ingin Bersamamu itu turut dipersetujui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, penyanyi lagu hit Jerat Percintaan itu mendedahkan dia sangat bersetuju dengan setiap komen diberikan Syafinaz kepada Nadeera yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang mempunyai kemahiran menyanyi sangat bagus.
Ads
“Setuju sangat dengan kakak saya Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus, seangkatan Aina Abdul tetapi rezekinya belum betul menyerlah,” coretnya ringkas.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menambah bahawa apa yang kurang dalam perjalanan karier Nadeera ialah kurangnya perhatian dan sokongan daripada para pencinta muzik tanah air.
“Nadeera perlukan sokongan peminat muzik tanah air,” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, Nadeera yang mendendangkan lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar berjaya meraih tempat keempat keseluruhan bagi minggu keempat dengan markah 82%.
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu keempat ialah Waode, yang mendendangkan lagu Tak Ingin Usai nyanyian asal oleh Keisya Levronka dengan memperoleh markah sebanyak 91.67%.
10 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, dan Farhan Shah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika selalunya ada kawan atau ahli keluarga yang korang kenali pergi melancong ke Yogyakarta Indonesia, mesti feed di Instagram mereka penuh dengan foto kawasan tarikan popular.
Antaranya, di Candi Borobudur, Kota Gede dan Gunung Merapi.
Ada juga antara mereka yang sempat untuk ke Pantai Parangtritis iaitu salah satu pantai yang semakin popular impak daripada scene filem Ada Apa Dengan Cinta.
Tetapi, tak ramai yang tahu bahawa di Pantai Parangtritis, selain daripada menunggang kuda, korang pun boleh cuba aktiviti sand boarding di Gumuk Pasir.
Bermula sejak tahun lalu, pengunjung Yogyakarta pasti tak lepaskan peluang untuk ke Gumuk Pasir sebelum pergi ke Pantai Parangtritis untuk melihat momen matahari terbenam.
Gumuk Pasir adalah kawasan lambakan – yes pasir – seakan gurun dan merupakan satu-satunya lokasi sandboarding yang ada di Asia Tenggara.
Berbeza dengan Pantai Klebang Melaka yang juga mempunyai lambakan pasir hasil projek menambak. Gumuk Pasir pula terhasil secara semulajadi akibat ‘aktiviti’ gunung berapi di Gunung Merapi dan Merbabu.
Ada juga banyak buaian di sini untuk korang ambil gambar lovey-dovey macam ni.
Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung, cuma mereka perlu membayar Rp. 3000 untuk parkir kenderaan iaitu lebih kurang RM9.00.
Untuk bermain sand boarding pula, sewa board yang dikenakan lebih kurang dalam Rp. 100,000 atau RM29.90. Ada juga yang berkata mereka pernah menyewa board pada harga Rp. 70,000. Hhm, macam biasalah, korang pandai-pandai kena tengok penyewa mana yang lagi berbaloi dekat sana.
Pengunjung akan ditemani oleh instructor yang akan mengajar terlebih dahulu cara sand boarding. Kalau korang bertuah, instructor akan membawa ke kawasan ‘bukit’ pasir setinggi 15 meter dan jarak meluncur lebih kurang 200 meter!
Boleh Juga Terus Terjun Ke Dalam Tasik
Kalau yang sukakan aktiviti basah pula, di Gumuk Pasir ini mempunyai sebuah tasik yang terletak betul-betul di sebelah ‘bukit’ pasir’. Daripada atas, korang slide je sampai ke bawah dan terjun ke dalam air.
Ada part yang pasirnya kering, ada juga part yang memang dicipta khas untuk water sliding. Macam yang dicuba oleh kawan kami, Dimas ni:
Bestkan! Jadi, bagi yang merancang untuk ke Yogyakarta pada tahun ini, janganlah nak acah-acah romantik macam Rangga dengan Cinta je. Cuba tempat baru seperti Gumuk Pasir ni. I had fun, and so will you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Stephen Chow, pelakon legend Hong Kong yang menjadi kegilaan peminat filem satu ketika dahulu.
Kebanyakkan filem lakonannya adalah yang bergenre komedi, malah Stephen Chow juga pernah digelar sebagai ‘Raja Komedi’ oleh masyarakat di Hong Kong.
Nak tahu apa antara filem komedi lakonan pelakon ini yang confirm boleh buat korang ketawa? Berikut merupakan 5 buah filem Stephen Chow antara yang paling legend boleh korang tonton!
1. All for The Winner
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung, Stephen yang memegang watak Chow Sing Cho yang datang ke bandar untuk berjumpa dengan pakciknya Blackie Tat (Ng Man-Tat) bagi mencari pekerjaan.
Rupa-rupanya, Sing Cho boleh melihat dan mengatur nombor kad lawan mengikut daya fikirannya. Menyedari bakat tersebut, pakciknya yang merupakan seorang penjudi mengheret Sing Cho terlibat dalam judi yang penuh dengan penipuan.
Banyak kejadian lucu berlaku sepanjang perjalanannya mengikuti tournament judi terbesar di Hong Kong.
2. The God of Cookery
Dalam filem ini, Stephen memegang watak sebagai seorang chef yang terkenal tetapi mempunyai sikap sombong dan sehinggakan pada satu hari, dia dikalahkan oleh bekas pelatihnya sendiri.
Dipaksa meninggalkan pulau tersebut dan bersembunyi di kuil Shaolin untuk mempertingkatkan kemahiran memasak bagi melawan semula pihak yang telah menjatuhkannya.
3. God of Gamblers II
Merupakan sekuel daripada filem God of Gamblers dan Stephen masih memegang watak sebagai Chow Sing Cho yang ingin belajar bermain judi daripada Michael Chan (Andy Lau).
Walaupun pada mulanya mereka berdua tidak bersefahaman, Michael dan Sing Cho akhirnya perlu menggabungkan kekuatan untuk menghentikan helah Husein (Pal Sinn) yang mengelarkan dirinya sebagai raja judi. Bukan hanya mengandungi unsur filem aksi tetapi juga diselitkan elemen kelakar yang boleh buatkan korang tak berhenti tergelak.
4. Shaolin Soccer
Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki daripada perguruan Shaolin yang bernama Sing (Stephen Chow), memiliki idea untuk menggabungkan ilmu shaolin yang dipelajarinya dalam sukan bola sepak.
Pelbagai aksi lucu dipaparkan dalam babak filem ini untuk membentuk satu pasukan bola yang hebat dan secara tidak langsung ingin menjadikan ilmu shaolin dikenali oleh masyarakat.
5. Kung Fu Hustle
Menceritakan tentang sebuah kampung di Shanghai yang hidup penuh kekacauan. Banyak geng yang berkuasa dan bertindak sewenang-wenangnya. Geng-geng tersebut melakukan pelbagai jenis jenayah dan menindas orang yang lemah. Filem aksi komedi ini bukan saja dilakonkan oleh Stephen Chow, malah dia juga menjadi pengarah dalam naskhah ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Dari gambar kita akan belajar erti kehidupan, kemanusiaan, membentuk kasih sayang dan ada ketikanya mampu menyemai rasa kebencian.
Saksikan gambar-gambar menarik dari seluruh dunia yang telah memenangi pertandingan bagi kategori alam semulajadi yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Wildlife (Hidupan Liar), Landscapes (pemandangan), Aerials (udara) dan Underwater (bawah air) anjuran National Geographic bagi tahun 2017.
Pemenang hadiah utama menerima US7500 dan diterbitkan di majalah National Geographic selain @NatGeo Instagram akaun. Manakala pemenang pertama akan menerima US2500.
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.