Elizabeth Tan, pelakon dan penyanyi tanah air turut akui bahawa dirinya berhadapan cabaran di mana harus menurunkan berat badan secepat yang mungkin demi melakonkan watak Hanna, dalam drama adaptasi Korea Selatan, W:Two Worlds.
“Cabaran Lizzy actually is more personal sebab sebelum Lizzy masuk set W:Two Worlds, I was shooting a film di mana saya perlu naik berat badan sebanyak enam kilogram.
“Lizzy cuba sehabis baik untuk turunkan balik berat badan itu secepat yang mungkin tapi ketika di fasa awal kami shoot the drama, saya masih sedikit chubby.
Ads
“Jadi mungkin bagi penonton yang melihat akan perasan di sesetengah adegan agak tidak continous dari segi fizikal badan. Sekejap tembam, sekejap kurus,” jelasnya ketika ditemuramah di sidang media drama tersebut di KL Convention Centre pada Selasa lepas.
Pelakon Abang Long Fadil 3 ini turut berkongsi perasaannya ketika ditawarkan peluang membawa watak setiausaha tersebut.
Ads
“Bila diorang bagitahu Lizzy yang saya ada peluang untuk memegang watak Hanna dalam drama W:Two Worlds, saya seolah-olah tidak percaya sebab Lizzy nak sangat kerja dengan Viu dan terlibat dengan projek adaptasi drama Korea.
“I was so happy dan selepas casting pun saya masih tertunggu-tunggu. Jadi bila mereka beritahu yang saya dapat watak tersebut, I was like ‘OMG, betul ke?’
“Pada masa yang sama, Lizzy agak gementar sebab saya tahu harapan peminat agak tinggi terhadap projek ini,” jelasnya lagi.
Buat makluman, drama W: Two Worlds yang turut dibintangi Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Mierul Aiman kini boleh ditonton di aplikasi Viu setiap hari Khamis. So tunggu apa lagi?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang K-Pop terkenal, Jungkook BTS sekali lagi membuktikan dirinya sebagai idola paling berdedikasi apabila mencatat rekod ‘live streaming’ selama tujuh hari berturut-turut menerusi platform Weverse. Pada waktu tertentu, jutaan peminat di seluruh dunia setia menantikan kehadirannya dan kali ini beliau tampil dengan set peralatan baharu yang lebih ‘next level’!
Set Kamera Kawalan Isyarat & ‘Lighting’ Profesional
Menerusi siaran terbaru pada 4 November, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (28) memperkenalkan kamera kawalan isyarat yang boleh dikawal hanya dengan gerakan tangan. Beliau turut menambah sistem pencahayaan baharu yang dibelinya sendiri. Hasil daripada set baharu itu, paparan siaran kelihatan jauh lebih cerah, profesional dan seolah-olah dirakam di studio sebenar.
“Inilah saya, yang selalu menemukan cara baru untuk bersenang-senang bersama kalian. Saya nak pastikan anda semua nampak lebih jelas kali ini,” kata Jungkook BTS sambil tersenyum ketika memperkenalkan ‘set-up’ baharu tersebut kepada penonton.
Jungkook BTS yang bersiaran selama 7 hari berturut-turut di aplikasi Weverse
JUNGKOOK WAS SO SERIOUS ABOUT THIS DAILY LIVE. WE HAVE MOVING CAMERA AND DIFFERENT ANGLE NOW LMAO pic.twitter.com/BAVtrB70lX
Reaksi peminat di ruangan komen amat positif. Ramai yang memuji kesungguhan Jungkook BTS dan ada yang berseloroh, “Jungkook dah upgrade jadi YouTuber ke apa?” Dalam siaran secara langsung itu, ahli termuda BTS ini bukan sekadar bersembang kosong tetapi juga bermain beberapa permainan dalam talian bersama peminat (ARMY), menjadikan suasana lebih meriah dan penuh gelak tawa.
Jungkook sempat membaca komen satu per satu dan menjawab secara spontan, menjadikan interaksi tersebut lebih peribadi serta dekat dengan penonton. Pelantun lagu ‘SEVEN’ dan ‘Still With You’ itu turut bermain permainan ‘Kancho-kkang’ dengan membuka pek snek untuk mencari nama “Ian” pada biskut kudapan tersebut.
Selepas beberapa hari mencuba sejak 28 Oktober lalu, akhirnya beliau berjaya menemui pek bertuah itu dalam siaran berkenaan, dan reaksinya yang teruja membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan emoji berbentuk hati.
Jungkook mencari nama di dalam pek snek Kancho-kkang
Dedikasi & Profesionalisme Jungkook BTS
Tujuh hari berturut-turut melakukan ‘live streaming’ bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi artis K-Pop berstatus bintang global. Namun, Jungkook BTS membuktikan bahawa beliau benar-benar menghargai peminatnya. Beliau sanggup meluangkan masa setiap hari untuk berinteraksi, menyanyi secara spontan, serta berkongsi kisah harian.
Selain itu, sikap perfeksionis beliau jelas terserlah apabila beliau sendiri mengatur pencahayaan, kedudukan kamera dan keseluruhan set-up agar pengalaman tontonan peminat berada di tahap terbaik. Ramai menganggap Jungkook kini bukan sahaja seorang penyanyi berbakat, tetapi juga pencipta kandungan yang teliti dan profesional.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS kini dikhabarkan sedang dalam persiapan melancarkan album penuh baharu. Mereka dijangka kembali dengan aktiviti kumpulan sepenuhnya pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing.
Dedikasi Jungkook BTS dalam dunia hiburan bukan sahaja memperkukuh reputasinya sebagai penyanyi, malah menjadikannya inspirasi kepada ramai artis muda yang ingin membina hubungan tulen bersama peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar gembira buat peminat dunia hiburan tempatan apabila Biduanita Negara, Siti Nurhaliza berkongsi berita bahagia mengenai keluarga tercintanya.
Menerusi perkongsian di Instastory, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu memaklumkan menantunya yang juga aktres jelita, Izara Aishah, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya dalam suasana penuh kegembiraan.
“Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami,” tulisnya ringkas, namun cukup menggambarkan rasa syukur dan bahagia yang dirasai.
Untuk rekod, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon tempatan, Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Maria Danisha yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norman turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya pernah membuatkan puteri bongsunya itu berasa terpinggir atau tidak dihargai.
“Untuk anak kesayangan papa, Maria Danisha, papa mohon maaf jika pernah buat kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.
“Papa nampak usaha, kekuatan serta kesabaran kamu dalam memberikan yang terbaik untuk SPM 2025,” katanya.
Tambah pelakon drama Jangan Ambil Kerja Tuhan itu, Maria layak menikmati kejayaan tersebut selepas melalui pelbagai cabaran termasuk perjuangan senyap yang tidak diketahui ramai.
“Papa ingin ucapkan tahniah atas keputusan cemerlang kamu. Setiap usaha, termasuk perjuangan dalam diam, akhirnya membuahkan hasil.
“Itu bukan pencapaian kecil. Papa sangat bangga dengan kamu. Kamu tidak perlu tanggung segalanya seorang diri.
“Perasaan kamu penting, usaha kamu penting dan kamu sangat bermakna. Papa akan sentiasa ada, berdiri di sisi dan percaya pada kamu. Papa sayang kamu selamanya,” tuturnya lagi.
Sebelum ini, perkongsian Maria Danisha, 18, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia dilihat seolah-olah meluahkan rasa kurang diberi perhatian meskipun berjaya dalam SPM.
Bagaimanapun, dalam hantaran berbeza, anak kepada pelakon Abby Abadi itu menjelaskan bahawa luahan tersebut tidak berkait dengan isu keluarga, sebaliknya lebih kepada perasaan peribadi yang dilaluinya sepanjang tempoh berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!