Mungkin ramai yang menganggap nak jadi idola K-Pop ini tidak memerlukan kelayakan akademik kerana jika ada bakat, semuanya boleh tercapai untuk bergelar seorang pelakon, penyanyi atau penghibur.
Seperti di negara kita, rasanya ramai yang sudah tahu bahawa selebriti-selebriti Malaysia juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi sebelum mereka memasuki dunia hiburan.
Kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 bintang idola K-Pop wanita yang berjaya habiskan pengajian mereka di menara gading.
1. Girls’ Generation
Dalam kumpulan Girls’ Generation, rata-rata dari mereka telah berjaya menamatkan pengajian mengikut bidang yang diceburi.
Yuri dan Sooyoung telah menamatkan pengajian mereka dalam bidang Teater di Universiti Chung-Ang. Ha, sedikit info untuk korang, sebenarnya pelakon Park Shin-hye pun belajar di universiti dan bidang yang sama macam Yuri dengan Sooyoung. Selain dari Yuri dengan Sooyoung, Yoona dan Seolhyun juga berjaya menghabiskan pelajaran yang mereka ceburi dalam Seni Teater di Universiti Dongguk.
2. Minzy 2NE1
Minzy ahli kumpulan 2NE1 pun turut berjaya dalam menamatkan pengajiannya di Universiti Baekseok dalam bidang Teologi.
3. Sojin Girl Days
Ads
Siapa sangka, sebenarnya Sojin dari kumpulan Girl Days telah mengambil bidang Kejuruteran Mekanikal dan dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang di Universiti Yeungnam.
4. Hyojung Oh My Girl
Hyojung ahli dari kumpulan Oh My Girl merupakan bekas pelajar dari Universiti Donga dan dia menceburi jurusan Persembahan dibawah Fakulti Media dan Kesenian.
5. Hyelim Wonder Girl’s
foto via soompi
Kumpulan Wonder Girl’s tidak asing lagi dengan lagu popular mereka iaitu “Nobody”.
Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Hyelim merupakan graduan dari Universiti Hankuk dan dia telah pun mengambil bidang Tafsiran, Terjemahan dan Komunikasi. Hyelim mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang bahasa. Kini, dirinya fasih dalam Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Kantonis. Fuh, Hebat!
Ads
6. Xiaoting Kep1er
foto via Nambanation
Satu info yang menarik buat peminat kumpulan Kep1er! Sebelum Xiaoting debut menjadi bintang idola K-Pop wanita, dia merupakan graduan dari Akademi Muzik Sichuan di China dalam bidang Persembahan.
Bagusnya Xiaoting ni dahulukan pelajaran sebelum menjadi bintang idola K-Pop.
7. LeeSem Nine Muses
Kumpulan generasi kedua K-Pop, LeeSem merupakan bekas ahli kumpulan Nine Muses juga sebenarnya graduan Universiti Yonsei dalam bidang Pentadbiran Awam Global.
Walaupun dia telah menarik diri dari menjadi ahli kumpulan tersebut, LeeSem mengambil keputusan untuk belajar dan berjaya menghabiskan pengajiannya dengan cemerlang.
Korang tahu tak, pelakon cantik, Jaekyung ini dahulunya seorang bintang idola K-Pop wanita dari kumpulan Rainbow tau!
Dia sebenarnya merupakan seorang graduan dari jurusan Seni Reka Fesyen di Universiti Perempuan Dongduk dan berjaya menamatkan pengajian yang dia ceburi.
9. Soodam SECRET NUMBER
Ingat tak tentang kumpulan idola K-Pop wanita yang famous dengan lagu “Doomchita”? Ha, kumpulan itu ialah Secret Number dan salah seorang ahli dari kumpulan tersebut dikenali sebagai Soodam.
Dia telah menamatkan pengajiannya di Universiti Perempuan Ewha dalam jurusan Tarian Tradisional Korea. Fakta untuk korang, Soodam telah pun memenangi pingat emas dalam pertandingan Tarian Tradisional Korea di Universiti HanYang!
Hebat bukan bintang idola K-Pop wanita juga berjaya menamatkan pengajian mereka walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat untuk peminat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak jadi idola K-Pop ini antara ciri yang paling utama ialah kena cantik dan rupawan. Tak kisahlah sama ada idola lelaki atau pun perempuan! Sebab itulah mereka sangat menitikberatkan peenjagaan wajah dan juga seluruh badan. Aset tau!
Disebabkan itu portal gaya hidup Metro Style, baru-baru ini telah menganjurkan undian aktres tercantik Korea.
Inilah hasilnya!
Dalam undian tersebut, Seo Ye Ji menerima markah tertinggi iaitu 43.4 peratus bersamaan dengan 1.3 juta pengundi. Menerusi sumber, pelakon berusia 30 tahun ini menduduki tangga yang pertama bagi undian aktres tercantik Korea.
Meskipun sudah pun beberapa tahun berlakon, namun nama Seo Ye-ji mula meniti di bibir peminat K-Drama selepas berjaya membawa watak unik iaitu Ko Mun-yeong dalam drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.
Dengan badannya yang tinggi lampai dan rampai, dihiasi pula dengan wajah yang kecil dan kening tebal serta suara yang dalam, sudah pasti ramai yang terpersona melihat kecantikan wanita ini. Menurut profil rasmi, Seo Ye-ji difahamkan berdiri pada ketinggian 169cm dan beratnya pula ialah 43kg. Dikhabarkan juga bahawa ukur lilitnya pinggangnya itu ialah 22 inci.
.
.
Seo Ye-ji yang menerima perhatian ramai menerusi drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana lakonan mantapnya, kini membuatkan hati penonton berdegup kencang selepas tampil dengan penampilan yang memukau dalam drama tersebut.
Melakonkan karakter yang mengalami masalah personaliti anti-sosial dan melalui trauma ketika kecil apabila dihantui oleh ibu psikonya yang disangka mati, Seo Ye-ji menerima tepukan gemuruh daripada penonton kerana mampu menggalas tanggungjawab yang berat itu.
Selain itu, pelakon drama Lawless Lawyer ini juga dikatakan menewaskan sembilan pelakon lain yang nama-namanya juga cukup dikenali ramai seperti Son Ye Jin, Song Ji Hyo, Kim Go Eun, Kim Ji Won, Park Min Young malah Song Hye Kyo juga.
Sementara itu, keputusan terbabit disambut baik oleh orang ramai disamping netizen bersetuju mengenai kecantikan yang dimiliki pelakon terbabit.
Hmm….cantik tu kan subjektif…tapi penulis still tak boleh move on dengan pinggang kerennga Seo Ye-ji ni dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang masalah anak remaja sememangnya wajar dibuat iktibar. Senakal mana pun seorang anak andai dididik dengan kasih sayang, sudah pasti mereka akan berubah menjadi seorang anak yang baik.
Luahan hati anak-anak remaja ini adalah “rencam dunia” yang sedang melanda dan amat wajar bagi ibu bapa menyelidiki anak-anak agar bersama-sama dapat menuju ke syurga Allah.
Baca perkongsian yang ditulis di laman fbnya..
Sebak tiba-tiba masa lepak-lepak berbual dengan beberapa anak muda remaja ini. Seorang anak 17 tahun mencelah.
Ustaz, saya sebaklah bila ustaz cakap macam ini…air mata dia bergenang. Rambutnya ada warna merah sikit. Saya selalu lawan mak ayah. Saya marah mak ayah sampai baling barang,pecahkan pintu. Pecahkan barang. Saya sedihlah ustaz. Saya dah tak nak jadi macam tu. Ya Allah saya salah…doakan saya ustaz…
Saya terus mengalir air mata. Saya peluk dia kuat-kuat. Rasa sayang padanya. Dia peluk saya menangis..janji dengan saya. Jaga mak ayah dengan baik. Yer ustaz..saya akan jaga mak ayah saya dengan baik..
Jiwa remaja sememangnya penuh dengan pemberontakan dan ada sifat ingin mencuba segalanya – pix hiasan
Kawan sebelah pula mencelah. Saya selalu tipu mak ayah saya. Dia orang dah bawa saya pergi umrah. Dekat sana rasa suka solat. Sekarang saya tipu mak ayah. Saya berdiri buat-buat solat. Tapi selalunya saya tak solat. Saya dah 16 tahun ustaz. Apa nak jadi dengan saya…tolong saya ustaz. Saya nak jaga solat..
Saya bangun peluk anak muda tadi. Apa amanah ustaz pada awak…jaga solat wahai anak. Allah akan jaga awak..dia menagis..dia kata baik ustaz saya akan jaga solat kerana ALLAH..
Seorang lagi anak muda walau dari mula dia melunjur kaki pada saya. Buat-buat tunduk macam tidur. Dia menangis peluk saya. Saya selalu balik tengah malam. Saya selalu susahkan mak saya. Ya Allah. Saya tahan air mata saya. Saya dah tak boleh tahan dah..saya tak solat ustaz. Jarang solat. Semalam tinggal semua solat. Selalu macam tu..
Saya sebak..dan peluk dia. Lagi kuat anak muda ini menangis..rambutnya warna perang juga..terima kaseh ustaz..
Remaja sering mencari hiburan dan akhirnya terjerumus ke budaya tidak sihat – pix hiasan
Saya gembira sangat. Seorang lagi menangis. Mak saya ustazah. Orang baik. Ayah ustaz. Orang baik. Orang panggil saya syaitan. Saya jahat ustaz. Semua ilmu saya tahu. Semua kem saya pergi.
Hari ini saya betul-betul nak berubah. Saya rasa sesuatu ustaz. Dia menangis. Saya tak guna langsung ustaz. Hidup saya tak berguna. Beberapa anak muda ini cakap mereka tak guna langsung. Saya peluk mereka kuat-kuat.
Saya kata awak berguna. Awak khalifah Allah. Allah pilih awak Islam. Allah tak salah. Awak semua hasil doa Nabi saw. Awak hebat. Saya jelaous dengan awk semua..
Mereka berpelukan dengan saya. Mereka menangis. Walau cuma berbual santai di bawah khemah. Takde mic. Takde dewan. Selepas malam mereka dan saya jadi seperti keluarga.
Dari siang mereka dengar ceramah duduk belakang jer. Sambil-sambil tak dengar. Tapi bila rapati mereka. Subhanallah luar biasa hati yang sangat cantik indah-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedang sibuk di set penggambaran di Perlis, aktor muda meningkat naik, Zarif Ghazzi sempat meluahkan rasa terharu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 4 Jun lalu.
Zarif, atau nama penuhnya Zarif Farahi Bin Effie Ghazzi, kini semakin mendapat perhatian dalam industri seni tanah air, terutamanya di kalangan pencinta drama tempatan.
Baru dua tahun lebih menceburi dunia lakonan, Zarif dilihat terus mencuri hati peminat dengan gaya lakonan yang bersahaja dan penuh jiwa.
Katanya, dia meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang diterimanya daripada peminat dan rakan-rakan industri sempena hari istimewanya itu.
“Sejujurnya, ini kali pertama saya mendapat sambutan seperti ini di media sosial dan juga di set penggambaran.
“Sebak saya apabila ramai yang memberi ucapan bersama kata-kata yang menyokong saya dalam karier sebagai seorang pelakon,” kongsinya dengan nada penuh rasa terharu.
Zarif juga mengakui dirinya masih dalam fasa belajar dan menghargai segala sokongan serta tunjuk ajar yang diterimanya setakat ini.
“Saya berterima kasih atas rezeki ini kerana baru 2 tahun lebih dalam industri hiburan ini dan saya sedar, masih banyak yang perlu belajar.
“Kata-kata sokongan dari ramai kawan industri serta peminat membuatkan saya ingin memberikan sebaiknya dalam setiap karya yang diamanahkan,” katanya lagi.
Pelakon muda ini turut mengucapkan penghargaan kepada keluarga, rakan media, rakan industri serta para peminat yang tidak putus-putus menyokong kerjaya seninya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!