Khabar baik buat peminat bintang terkenal, Lisa daripada kumpulan BLACKPINK apabila penyanyi itu bakal melancarkan ‘DualSense wireless controller’ edisi khas hasil kolaborasi bersama PlayStation. Lebih menarik, aksesori ‘gaming’ dengan sentuhan peribadi Lisa itu turut akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Oktober ini dalam jumlah yang terhad.
Difahamkan kerjasama itu merupakan kesinambungan kepada kempen global PS5 bersama Lisa sebelum ini. Kali ini, kolaborasi tersebut diteruskan menerusi sebuah controller khas yang menggabungkan elemen ikonik Lisa dengan reka bentuk DualSense, sekaligus menjadikannya antara barangan collectible yang cukup menarik untuk peminat.
Rekaan Chroma Pearl Dengan Sentuhan Lisa
Dari segi penampilan, ‘controller’ tersebut hadir dalam kemasan warna Chroma Pearl, yang dipilih sebagai salah satu elemen utama reka bentuknya. Bahagian ‘touchpad’ pula menampilkan grafik bangs dan mata ikonik Lisa, selain dihiasi motif bintang serta tulisan “LL” yang diinspirasikan daripada identiti penyanyi berkenaan.
Walaupun tampil dengan reka bentuk istimewa, ‘controller’ ini masih mengekalkan fungsi ‘DualSense’ seperti biasa dan turut serasi digunakan bersama PC. Jadi, selain boleh dijadikan koleksi, peminat juga masih boleh menggunakannya untuk sesi ‘gaming’ harian seperti ‘controller DualSense standard’.
Ads
Pre-Order Dibuka Oktober Ini
Bagi peminat di Malaysia, ‘DualSense wireless controller – Lisa Limited Edition’ akan mula dijual pada 30 Oktober ini dengan harga RM419. Tempahan awal pula dibuka pada 2 Oktober ini, namun memandangkan unitnya terhad, peminat disarankan menyemak ketersediaan dengan cawangan PlayStation yang mengambil bahagian.
Bukan ‘controller’ sahaja, kolaborasi Lisa x PlayStation ini turut merangkumi beberapa ‘merchandise’ lain seperti pakaian, tote bag, carrying case DualSense, keychain dan sticker pack yang menggunakan elemen reka bentuk sama. Bagaimanapun, setakat pengumuman khusus untuk Asia Tenggara, PlayStation hanya mengesahkan pelancaran ‘controller’ tersebut, manakala status ‘merchandise’ tambahan di Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi.
Dalam pada itu, pelancaran DualSense edisi khas ini hadir tidak lama selepas EP baharu Lisa berjudul ‘Press Play’, yang dijadualkan menemui peminat pada 23 Oktober ini. Ini bermakna peminat boleh menjangkakan tempoh yang cukup sibuk buat bintang BLACKPINK itu sepanjang Oktober nanti.
Ads
Dengan rekaan yang menampilkan beberapa ‘signature’ Lisa serta jumlah unit yang terhad, DualSense ini bukan sahaja sesuai untuk kaki ‘gaming’, malah berpotensi menjadi salah satu koleksi menarik buat peminat beliau iaitu Lilies dan Blinks. Jadi, bagi yang memang sudah mengintai aksesori ini, 2 Oktober merupakan tarikh penting untuk diambil perhatian sebelum ia mula dijual pada hujung bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka superhero nostalgia era 90-an, Keluang Man, kini kembali menggegarkan layar perak dalam versi live-action yang lebih segar, lucu dan penuh aksi! Menjadi taruhan besar Astro Shaw, filem ini bakal ditayangkan serentak di 154 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Apa yang menjadikan naskhah ini lebih istimewa? Sudah tentu keunikan watak utamanya, Keluang Man sendiri iaitu seorang pesakit mental dengan keperibadian ‘gila-gila’ yang menjadi superhero secara tidak sengaja.
Lebih menarik, filem ini menandakan permulaan kepada Astro Shaw Cinematic Universe, sekaligus membuka lembaran baharu dalam dunia filem tempatan.
Menurut pengarah filem dan penulis skrip, Anwari Ashraf Hashim, yang juga pencipta bersama trilogi Polis Evo dan pengarah drama popular Projek: Anchor SPM, filem ini adalah sesuatu yang sangat peribadi baginya.
“Keluang Man adalah surat cinta kepada generasi yang membesar pada tahun 90an, satu generasi yang penuh semangat dan nilai yang masih relevan hingga ke hari ini.
“Filem ini bukan sekadar projek hiburan, tetapi merupakan usaha menghargai warisan budaya pop Malaysia yang pernah mencorak zaman dan mencipta kenangan bersama,” kata pengarah.
Barisan pelakon juga bukan calang-calang Antaranya Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Amelia Henderson, Halim Othman dan ramai lagi.
Tidak cukup dengan itu, filem ini turut menyajikan kemunculan khas oleh wajah-wajah popular seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid Senario, dan Azlee Senario.
Lagu-lagu ‘throwback’ seperti Tragedi Oktober, Sha Na Na dan Terhangat di Pasaran bakal menceriakan lagi pengalaman menonton. Malah, lagu tema asal Keluang Man turut diberi nafas baru melalui kolaborasi Krisya x S.O.G.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan kebangkitan semula Keluang Man di pawagam berhampiran anda. Tiket kini boleh dibeli bermula 21 Mei!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Produksi The White Lotus telah meluncurkan iklan acah (teaser) terbaru untuk musim ketiganya and guess who is in it!
Kelibat individu yang mencuri tumpuan itu tidak lain tidak bukan ialah ahli kumpulan Blackpink Lisa Manoban yang dapat dilihat memainkan salah satu watak dalam musim terbaru ini.
REMAJA difahamkan jalan cerita The White Lotus kali ini akan memaparkan lokasi di sekitar Thailand. Demi mengekalkan nilai visual autentik, penggambarannya dilakukan di lokasi asli seperti yang dikehendaki pencipta dan penulis drama bersiri tersebut, Mark White.
Justeru, Lisa telah kembali ke negara kelahirannya, Thailand untuk memainkan watak Mook.
Mook merupakan pengurus dan waris kepada pemilik resort mewah, The White Lotus di Thailand. Sebagai salah satu watak prominen yang mempunyai peranan penting dalam The White Lotus musim ketiga, tentunya peminat Lisa tidak sabar lagi untuk menonton setiap babak yang menampilkannya.
“Welcome To The White Lotus Thailand, ka! “
Rata-rata peminat Lisa menyambut baik perkembangan terbaru ini dan menyatakan sudah tiba masanya untuk Lisa memperluaskan graf seninya selain menjadi ahli Blackpink serta penyanyi solo berjaya.
Untuk rekod, Lisa merupakan ahli Blackpink kedua yang membintangi drama bersiri terbitan HBO. Sebelum ini, Jennie Kim telahpun menempa peluang debut lakonan menerusi drama bersiri The Idol yang keudara pada Julai 2023.
Manakala, seorang lagi ahli Blackpink iaitu Kim Jisoo juga terlebih dahulu telah menceburi bidang lakonan dalam industri K-drama menerusi naskas seperti Snowdrop (2021 – 2022) dan terbaru, Newtopia (2025)
Baru-baru ini, nama penyanyi dan juga ahli anggota Dolla, Angel telah terpalit dengan satu kontroversi melibatkan pelakon yang terkenal dengan watak Kahar, Amir Ahnaf dengan seorang wanita yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian tangkap layar di Tiktok, Angel atau nama sebenar Angelina Chai Ka Ying (23) tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya bersama Amir Ahnaf cuma sekadar rakan industri dan saling memberi sokongan atas pencapaian masing-masing.
“Kami tak pernah keluar bersama dan saya harap para iDolla tidak terlalu risau sebab saya akan terus bekerja keras demi kerjaya saya dan mahu buat yang terbaik demi banggakan nama Malaysia”
Kredit: Tikok Angel Dolla @bbyqngels
Dalam pada itu, pelantun lagu Classic itu juga tampil meminta maaf kepada peminatnya kerana lewat mengeluarkan sebarang penjelasan selain mendoakan kesihatan para peminat.
“Angel minta maaf kalau ada apa-apa yang Angel buat salah”
Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi peminat, malah ada segelintir yang kesal dengan sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum dan mengecam penyanyi berkenaan.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat Angel memberi sokongan kepada Angel dan ada di antaranya juga berpendapat bahawa dia sebenarnya tidak perlu membuat permohonan maaf kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan ketika terpalit dengan kontroversi berkenaan.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Dolla baru sahaja selesai dengan konsert sulung mereka pada 3 Ogos lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Dolla mula aktif dalam industri muzik sejak tahun 2019 dan kini hanya dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby selepas Syasya mengumumkan untuk keluar dari kumpulan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Maha Klinik bukan sekadar sebuah pusat rawatan, sebaliknya menyimpan kisah cinta dan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham...