Nak menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, kalau kena dengan usaha dan cara, tak ada yang mustahil untuk korang capai.
Seperti apa yang dilakukan oleh gadis berusia 18 tahun ini, Syabella Huda berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram hanya dalam masa 3 bulan saja.
Sudah tentu pemakanan perlu dijaga dengan baik disertakan dengan exercise. Katanya, 80 peratus penurunan berat perlu dibuat dengan menjaga makan dan 20 peratus lagi datang daripada senaman.
TURUN BERAT BADAN DARI 90KG HINGGA 68KG
Saya bermula dengan berat 90kg , masa tu doktor nasihatkan agar menurunkan berat badan memandangkan keadaan saya yang sakit. So saya mula menjaga makan dan bersenam selama 3 bulan 71kg. Dan sekarang saya tengah berusaha untuk dapat berat ideal. 65/63 kg kerana tinggi saya 170m.
Senarai menu dari saya selama saya makan . Meal ni kebanyakkan saya tak makan nasi ! Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang. Saya student, memang waktu makan tak menentu, kalau pagi saya ambik, lunch saya skip dan ganti dengan makan petang terus saja. Kadang saya makan pagi dan lunch, petang dah tak makan saya makan 2 kali sehari . 90 KG – 69 KG!
Ads
1. WHOLEMEAL WRAP, OMELETTE DAN CHEESE
2. APPLE HIJAU & BUAH NAGA
3.CHICKEN GRILL WITH MUSHROOM, MASHED POTATO, BROKOLI, CARROT
4. KACANG PANGGANG, SALAD, TELUR DAN CHEESE
Ads
5. VIETNAM ROLLS AYAM BAKAR
6.SUP AYAM KAMPUNG, NASI SUKU DAN BROKOLI REBUS
Ads
7.GREEN TEA
8.SEBIJI EPAL HIJAU, TELUR REBUS
9.PISANG, APPLE HIJAU DAN LEMON
10. TAUHU TELUR
.
11.SPAGETHI & APPLE
.
12.KELI BAKAR, SALAD DAN TAUHU TELUR
.
So korang yang tengah berusaha untuk menurunkan berat badan, boleh la cuba resepi makanan yang dikongsikan oleh gadis ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian Mohd Redha Rozlan ataupun popular dengan panggilan Mat Redho akhirnya termakbul juga dengan kemunculan di Sukan SEA Filipina 2019.
Lebih membanggakan apabila atlet berusia 30 tahun itu membuahkan pingat perak, sebentar tadi. Ia adalah menerusi sukan tempuh halangan (Obstacle Course) Individu 100m x 10 Obstacles dengan catatan 34.01 saat.
Sebelum itu, Mat Redho juga memenangi satu lagi pingat perak menerusi acara Mixed Team Relay 400m x 12 dengan catatan 02.01.68; bersama Yong Wei Theng, Salfarina Mohd Drus dan Tan Jie Yi
Sebelum ini, Mat Redho pernah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara Liga Cabaran Ninja (Ninja Challenge League) di Australia pada tahun lalu.
Lantas, Persatuan Sukan Tempuh Halangan Malaysia (MOSCA) telah memilih Mat Redho dan seorang lagi atlet negara Mohd Saddam Mohd Pittli (bekas juara pertarungan RU Tough Enough 2018 oleh KIX HD) serta beberapa lagi atlet untuk bertanding pada Sukan SEA 2019 kali ini.
Sukan tempuh halangan adalah sukan trending terbaru di seluruh dunia. Namun ini adalah kali pertama ia dipertandingkan di peringkat Sukan SEA.
Mereka harus melalui cabaran yang sukar dan segalanya bergantung kepada prestasi semasa mental serta fizikal seseorang. Jika mudah 'koyak' mental, memang sukar untuk mereka melangkau jauh.
*
Untuk pengetahuan korang, Mat Redho pernah berkongsi mengenai pengorbanannya bersama rakan media sebelum terbang ke Filipina.
Demi latihan, dia terpaksa mengurangkan waktu bersama keluarga dan perlu berbelanja hingga mencecah RM20,00 demi persiapan rapi.
"Bajet ini datang hasil duit kejayaan saya dalam kejohanan yang disertai sebelum ini. Saya simpan duit itu dan saya hanya belanjakan untuk negara," katanya yang juga merupakan juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.
"Atlet sukan tempuh halangan jujurnya menerima sokongan dan kemudahan yang kurang dan terhad. Contohnya, khidmat fisioterapi dan rehabilitasi dari doktor perlu kami tanggung sendiri.
"Rasa terkilan itu tentulah ada. Namun semua itu tak patahkan semangat saya untuk harumkan nama negara."
Mungkin dengan kejayaan ini, bantuan sewajarnya boleh disalurkan kepada komuniti atlet sukan tempuh halangan.
Bintang aksi legenda Thailand, Tony Jaa, kini sedang melalui fasa paling mencabar dalam hidupnya apabila dilaporkan menjalani rawatan kanser pundi hempedu sejak didiagnosis pada Jun 2024.
Menurut laporan media Thailand, aktor terkenal itu pada awalnya mengalami sakit perut berpanjangan serta simptom jaundis yang berterusan. Keadaan tersebut mendorong beliau menjalani pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan kehadiran kanser pundi hempedu.
Lebih membimbangkan, penyakit berkenaan dilaporkan telah berada pada tahap 3 dan hampir ke tahap 4 ketika diagnosis dibuat. Tahap ini lazimnya memerlukan rawatan segera dan agresif kerana risiko komplikasi yang tinggi serta kesan serius terhadap fungsi organ dalaman.
Situasi ini nyata mengejutkan peminat, memandangkan Tony Jaa dikenali sebagai figura yang sangat menjaga kecergasan fizikal dan disiplin latihan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni mempertahankan diri.
Rawatan Agresif Tunjukkan Perkembangan Positif
Bagaimanapun, sumber terdekat memaklumkan bahawa Tony Jaa bertindak pantas dengan menjalani rawatan agresif, termasuk pembedahan dan beberapa sesi kemoterapi yang dirancang oleh pasukan perubatan pakar.
Langkah pantas itu kini menunjukkan perkembangan positif, sekali gus memberi harapan baharu dalam perjuangan melawan kanser pundi hempedu.
Laporan oleh Channel 3 Thailand menyatakan keadaan Tony Jaa kini berada dalam keadaan lebih stabil.
Walaupun begitu, beliau masih memerlukan pemantauan rapi dan rawatan susulan sepanjang tempoh pemulihan bagi memastikan kesihatannya terus terkawal.
Pasukan perubatan dilaporkan sentiasa memantau tahap tindak balas tubuhnya terhadap rawatan, terutamanya kesan kemoterapi terhadap stamina dan sistem imun.
Kebimbangan peminat mula tercetus selepas aktor itu kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial kebelakangan ini.
Perubahan fizikal tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila tiada kenyataan rasmi dibuat di laman Facebook rasminya mengenai masalah kesihatan sebenar.
Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari, Tony Jaa hanya berkongsi aktiviti penggambaran video muzik baharunya berjudul One More Round, tanpa menyentuh sebarang isu berkaitan kesihatan.
Usia 50 Tahun, Simbol Perjalanan Seorang Ikon
Tony Jaa, atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50. Usia tersebut cukup simbolik buat seorang figura yang terkenal dengan aksi fizikal ekstrem, keberanian melakukan aksi sendiri serta disiplin latihan luar biasa.
Bagi peminat, berita mengenaikanser pundi hempedu bukan sekadar kisah penyakit, tetapi ujian terbesar buat seorang legenda aksi yang selama ini sinonim dengan kekuatan luar biasa.
Nama Tony Jaa mula meledak di peringkat antarabangsa menerusi filem Ong-Bak (2003) yang menampilkan seni Muay Thai asli tanpa penggunaan stuntman atau CGI. Kejayaan itu membuka laluan besar ke industri filem Hong Kong dan Hollywood, sekali gus membina reputasi global sebagai ikon filem aksi Asia.
Antara karya besar yang mengukuhkan namanya termasuk Tom-Yum-Goong (2005), Furious 7 (2015), xXx: Return of Xander Cage (2017), Paradox (2017), Master Z: Ip Man Legacy (2018), Triple Threat (2019) dan Detective Chinatown 3 (2021).
Sokongan Keluarga & Doa Peminat
Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga Tony Jaa sentiasa berada di sisi, memberikan sokongan penuh sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.
Buat masa ini, aktor itu memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesihatan berbanding komitmen lakonan.
Ruangan media sosial Tony Jaa kini dibanjiri ucapan semangat, doa dan sokongan daripada peminat seluruh dunia yang berharap ikon aksi itu kembali pulih sepenuhnya.
Sumber : Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Jin BTS baru-baru ini membalas pertanyaan yang diajukan oleh peminat kepadanya mengenai pendapat untuk menceburi bidang lakonan pada masa akan datang.
Kenyataan itu dimuat naik melalui Weverse iaitu aplikasi yang boleh menghubungkan peminat dan selebriti pilihan. Pengguna yang bernama @PDnyanada menyatakan bahawa dia menunggu Jin BTS beraksi sebagai pelakon dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, Seokjin (32) membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan hal tersebut mungkin tidak akan pernah terjadi.
“Maaf, saya tak ada rasa nak berlakon buat masa ini” – Jin BTS
Dalam pada itu, terdapat beberapa soalan daripada peminat yang aktif bertanya tentang perkembangan terkini pelantun lagu Supertuna menerusi aplikasi yang sama.
Menurut Jin BTS, kini dia sedang merakam, membuat penggambaran rancangan hiburan dan dalam proses melakukan rancangan yang disediakan sejak berada dalam tentera.
Tambahnya lagi, dia juga melakukan beberapa tugas utama sebanyak mungkin dan hasilnya mungkin akan dilancarkan beberapa bulan lagi.
“Saya melakukan tugas utama saya sebanyak mungkin sambil cuba untuk menunjukkan wajah saya. Keputusan semuanya akan keluar dalam beberapa bulan jadi, sila tunggu sedikit lagi”
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!