Turun 35KG Dalam Masa 5 Bulan, Lelaki Ini Kongsi Tip Kurus

Share

Lebih kurang ada dua bulan lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa tahun 2019 sebelum bertemu di tahun baru 2020. So far, macam mana dengan pencapaian korang setakat ini?

Awal tahun lalu mesti ramai yang berazam nak kurus kan?

Ada yang dah berjaya dan mungkin ada juga yang masih mencuba. Nah, jangan risau guys, cepat atau lambat yang penting ada niat nak kurus. Hehe!

Bagi korang yang masih mencari semangat dan inpirasi untuk mengurangkan berat badan, kami nak kongsikan cerita daripada seorang lelaki di Twitter, Faries

yang berjaya menurunkan 35kg dalam masa 5 bulan.


.


.

Wah, best gila!

Jom kita baca antara tip yang telah dikongsi di laman twitternya.

Menu diet


.

Faries juga berkongsi rahsia untuk cepat kurus yang dia lakukan adalah dengan tidak mengambil nasi selama dua bulan. Tapi korang jangan risau, boleh makan nasi cuma pastikan dalam portion yang kecil dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran.

Makanan dan minuman yang perlu dielak sudah semestinya NO SUGARY DRINKS AT ALL. Mi, bihun goreng, kuey teow are worst than white rice. So, better korang makan nasi daripada semua tu. Ia lebih tinggi kalori, berminyak dan boleh membuatkan berat naik.

Kuih, biskut atau apa saja manisan boleh digantikan dengan buah dan sayuran. Nak mulakan benda ni semua memang susah, tapi lama-lama korang akan biasa.

Paling penting, say no to FAST FOOD!

Selain itu juga, minum banyak air kosong. Minimum 2 liter sehari. Lagi banyak minum, lagi bagus sebab korang takkan rasa lapar.


.


.

Workout

Disebabkan ramai yang bertanyakan kepada lelaki ini tentang workout yang dilakukan semasa 5 bulan diet, Faries menjelaskan dia menggunakan dua aplikasi berikut untuk jogging dan workout.

Untuk workout apps ni ada 3 plan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian tujuan utama korang. Download je apps

tersebut, nanti dalam setiap plan yang korang pilih tu ada la cabaran yang kena buat selama 30 hari.

Kalau jogging pula, Faries akan jogging 4km setiap hari, tapi ikut kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak mampu.

Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!

Sumber: fariezolkipli_

IKLAN