Lebih kurang ada dua bulan lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa tahun 2019 sebelum bertemu di tahun baru 2020. So far, macam mana dengan pencapaian korang setakat ini?
Awal tahun lalu mesti ramai yang berazam nak kurus kan?
Ada yang dah berjaya dan mungkin ada juga yang masih mencuba. Nah, jangan risau guys, cepat atau lambat yang penting ada niat nak kurus. Hehe!
Bagi korang yang masih mencari semangat dan inpirasi untuk mengurangkan berat badan, kami nak kongsikan cerita daripada seorang lelaki di Twitter, Faries yang berjaya menurunkan 35kg dalam masa 5 bulan.
.
.
Wah, best gila!
Jom kita baca antara tip yang telah dikongsi di laman twitternya.
Ads
Menu diet
.
Faries juga berkongsi rahsia untuk cepat kurus yang dia lakukan adalah dengan tidak mengambil nasi selama dua bulan. Tapi korang jangan risau, boleh makan nasi cuma pastikan dalam portion yang kecil dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran.
Makanan dan minuman yang perlu dielak sudah semestinya NO SUGARY DRINKS AT ALL. Mi, bihun goreng, kuey teow are worst than white rice.So, better korang makan nasi daripada semua tu. Ia lebih tinggi kalori, berminyak dan boleh membuatkan berat naik.
Ads
Kuih, biskut atau apa saja manisan boleh digantikan dengan buah dan sayuran. Nak mulakan benda ni semua memang susah, tapi lama-lama korang akan biasa.
Paling penting, say no to FAST FOOD!
Selain itu juga, minum banyak air kosong. Minimum 2 liter sehari. Lagi banyak minum, lagi bagus sebab korang takkan rasa lapar.
.
Ads
.
Workout
Disebabkan ramai yang bertanyakan kepada lelaki ini tentang workout yang dilakukan semasa 5 bulan diet, Faries menjelaskan dia menggunakan dua aplikasi berikut untuk jogging dan workout.
Untuk workout apps ni ada 3 plan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian tujuan utama korang. Download je apps tersebut, nanti dalam setiap plan yang korang pilih tu ada la cabaran yang kena buat selama 30 hari.
Kalau jogging pula, Faries akan jogging 4km setiap hari, tapi ikut kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak mampu.
Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!
Tak bernafas tengok trailer Avengers Endgame malam tadi! Belum puas kupas filem Captain Marvel, malah ada antara mereka belum sempat menonton filem tersebut, trailer Avengers Endgame dah keluar. Dalam tak sedar, siri Avengers MCU bakal melabuhkan tirainya bulan April ini. Ala.. mesti sedih lepas ni. Kalau tengok trailer ni rasa macam tak sabar pula nak tengok!
Pernah terbayang tak, yang personaliti kita kadang-kadang persis seperti hero-hero Avengers ini? Mungkin ada persamaan here and there, tapi kuasa hero mereka tu memang tak ada lah dalam diri kita. Apa yang penting, kalau mereka tiada kuasa, mereka manusia normal sama macam kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TC Candler baru-baru ini mengumumkan dan mengeluarkan senarai tahunan “100 Most Beautiful Faces in 2021” atau wanita dengan wajah tercantik di dunia. Malah, tidak mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK berjaya menduduki tangga teratas.
Untuk info, TC Candler merupakan sebuah laman web pengkritik filem, telah menganjurkan senarai tahunan individu dengan rupa paras menarik dunia sejak tahun 1990.
Malah, Lisa juga mengalahkan Gal Gadot, Dilraba Dilmurat dan Twice Tzuyu.
Jika tahun lalu, Lisa menjadi wanita Asia dengan kedudukan tertinggi dengan menduduki tempat kedua. Tahun ini, Lisa dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia oleh TC Candler. Kecantikan dan keanggunannya menjadikan Lisa ikon yang sering menjadi bualan netizen. Jadi, memang wajar lah dia berada di tempat pertama.
Sementara itu di peringkat ke-2 setelah Lisa ialah blogger asal Norwegia bernama Emilie Nereng. Seterusnya ada Halima Aden, model keturunan Somalia-Amerika. Artis keturunan Filipina-Maroko, Ivana Alawi, berada di peringkat ke-4. Gal Gadot pula berada di tangga ke-15.
Bertuah betul anak kelahiran Thailand ini. Pada 14 Disember yang lepas, Lisa baru sahaja mencipta sejarah Billboard sebagai artis solo. Billboard mengumumkan bahawa Lisa telah menjaringkan penyertaan pertamanya sebagai artis solo pada carta Pop Airplay Billboard.
Foto Via Siamrath.com
Untuk minggu yang berakhir pada 18 Disember lepas, lagu solo B-side Lisa “MONEY” memasuki carta di nombor 40.
Dengan pencapaian baharu ini, Lisa menjadi satu-satunya artis solo K-pop wanita dalam sejarah yang debut di carta Pop Airplay. Hanya dua artis solo K-pop je yang pernah memasuki carta ini iaitu, PSY dan Suga BTS (Bangtan Boys).
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial terkenal antarabangsa, Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut di platform Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.
Menurut laporan media antarabangsa, Jenner yang juga usahawan muda itu yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut menerusi media sosial berkenaan telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.
Ia terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.
“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujarnya.
Menyedari telah tersilap langkah, selebriti berusia 26 tahun itu telah memadam hantaran tersebut sejam kemudian.
Namun, tindakan adik kepada Kim Kardashian itu sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang warganet dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.