Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan retak tulang pinggul kanan dan kini sedang menjalani rawatan serta pemantauan rapi selama beberapa minggu.
Perkembangan terkini itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff susulan insiden terjatuh yang berlaku di kediaman Tun Mahathir sekitar waktu pagi, semalam.
Menurut Sufi, tokoh politik yang kini berusia lebih 100 tahun itu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan sedar sekitar jam 9.30 pagi.
“Selepas penilaian pasukan perubatan, disahkan bahawa Tun Mahathir mengalami retak di bahagian pinggul kanannya,” kata Sufi dalam satu kenyataan ringkas.
Beliau turut memaklumkan bahawa Tun Mahathir dijangka akan ditahan di wad selama beberapa minggu bagi tujuan rawatan dan pemantauan lanjut.
Ads
“Beliau dijangka akan ditahan di wad untuk beberapa minggu bagi menjalani rawatan dan pemantauan,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Sufi turut mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku ketika Tun Mahathir sedang bergerak dari balkoni ke ruang tamu di kediamannya.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Tun Dr Mahathir pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas menerima rawatan dan pemantauan ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sekali lagi menjadi tumpuan apabila beliau tampil dengan satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Dalam hantaran terbarunya di Facebook, Nurulhidayah memperkenalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sebagai ‘anak barunya’, Putri Qisya Nur Izzat.
Apa yang lebih menyayat hati, Qisya merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban bersama empat anak lain dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jerlun, baru-baru ini.
Detik Sedih Yang Menjadi Titik Perubahan
Kisah tragis itu bermula apabila enam sekeluarga dilaporkan hilang pada awal pagi Sabtu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke Jerlun dari rumah saudara di Jitra. Harapan untuk mereka pulang dengan selamat bertukar menjadi episod duka apabila kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa ditemui terapung di Sungai Korok, dengan kesemua mereka disahkan meninggal dunia.
Namun dalam tragedi ini, takdir menentukan Putri Qisya terselamat kerana tidak ikut serta kerana beliau berada di rumah neneknya ketika kejadian.
Perkongsian Nurulhidayah di Facebook memperlihatkan gambar beliau bersama Qisya dalam suasana tenang tetapi sarat dengan emosi.
“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah ALLAH permudahkan. Thethe sayang Qisya, arwah mama Qisya nama Nurul Hidayah. Thethe baru Qisya, Nurulhidayah.”
Ungkapan itu jelas menunjukkan keikhlasan dan kasih seorang wanita yang ingin melindungi dan membimbing anak kecil yang baru kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam sekelip mata.
Simbol Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan
Tindakan Nurulhidayah mengambil Qisya sebagai anak angkat bukan sekadar perbuatan terpuji, tetapi juga contoh nyata tentang kemanusiaan dan empati. Dalam dunia yang serba pantas ini, masih ada insan yang sanggup membuka pintu hatinya untuk menyayangi tanpa syarat.
Lebih menyentuh jiwa, arwah ibu Qisya juga bernama Nurul Hidayah — seolah-olah takdir mempertemukan dua insan ini dalam keadaan yang sangat unik dan penuh makna.
Harapan Buat Qisya
Dalam hantaran yang sama, Nurulhidayah turut menitipkan doa agar Qisya membesar menjadi wanita solehah yang berjaya dan disegani.
“Semoga Qisya membesar menjadi wanita solehah yang cemerlang, berjaya dan disegani.”
Semangat dan kasih yang ditunjukkan ini menjadi inspirasi buat ramai remaja Malaysia bahawa dalam apa jua kesusahan, pasti akan ada cahaya harapan yang baru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini mengumumkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan kekal pada 27 Mei 2024 biarpun ada rayuan untuk tarikh itu dianjak lebih awal ke hadapan.
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar Kementerian Pelajaran (KPM) mengeluarkan slip keputusan SPM pada 23 Mei. Ini kerana tarikh 27 Mei jatuh pada minggu cuti persekolahan yang akan bermula pada 25 Mei.
Menurut setiausaha Agong NUTP iaitu Fouzi Singon, guru-guru sebahagiannya telah membuat perancangan awal sempena minggu tersebut sebelum tarikh keputusan SPM diumumkan KPM.
Fadhlina ketika ditemui rakan pemberita berkata pihak KPM telah mengambil maklum semua pandangan termasuk daripada pihak guru seluruh negara.
Namun, KPM memutuskan untuk mengekalkan tarikh keputusan SPM pada 27 Mei sebagaimana yang telah diumumkan.
“Guru-guru yang telahpun merancang percutian, teruskan. Tiada masalah. Kita akan pastikan keputusan ini (pelajar) boleh dapatkan secara dalam talian dan secara SMS.
“Mana-mana anak-anak yang memerlukan bantuan kerana tiada akses kepada sistem dalam talian dan sebagainya, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah yang terdekat.
“Jadi pihak pentadbir kena uruskan (persediaan hari tersebut). Kita bagi masa tiga minggu untuk uruskan semua keputusan tersebut.
“InsyaAllah semua akan berjaya dengan cemerlang. Dan cikgu-cikgu, selamat bercuti,” ulasnya.
Tambah Fadhlina, tarikh tersebut dikekalkan juga kerana KPM perlu memastikan calon SPM 2023 mempunyai masa mencukupi bagi membuat persiapan memasuki peringkat UPU.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan pengurus aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta daripada penjualan minoriti mereka dalam syarikat fesyen e-dagang tempatan, Fashion Valet Sdn Bhd.
Ia jauh lebih rendah berbanding pelaburan asal bernilai RM47 juta oleh Khazanah dan PNB untuk FashionValet yang dimiliki bersama oleh usahawanita serta pempengaruh terkenal, Datin Vivy Sofinas binti Dato’ Yusof Jusoh atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof.
Hasil penjualan pegangan saham, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta dengan kerugian yang dianggap minimal berbanding keseluruhan hasil tahunan kedua-dua syarikat itu.
Usahawanita, Datin Vivy Sofinas Yusof.
Bagi menubuhkan syarikat Fashion Valet pada tahun 2018, Khazanah melaburkan sebanyak RM27 juta manakala PNB sebanyak RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat FashionValet.
Menurut Khazanah, pelaburan itu diluluskan sebagai komitmennya untuk menyokong pengasas tempatan dan ekosistem syarikat permulaan seperti Fashion Valet, enam tahun lalu.
Manakala, PNB mula berkata pelaburannya bertujuan untuk membantu syarikat runcit digital bumiputera berkembang menjadi platform runcit serantau jenama Malaysia.
Memetik kenyataan bertulis oleh Kementerian Kewangan di laman sesawang Parlimen semalam, penjualan pegangan ini merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab bagi Khazanah dan PNB kepada pelabur strategik kedua-dua buah syarikat dengan harapan ia dapat membantu FashionValet memenuhi keperluan pembiayaan dan memulihkan perniagaannya.
Tambah Kementerian Kewangan lagi, pandemik Covid-19 telah memberi impak besar kepada syarikat e-dagang fesyen itu untuk terus bertapak dalam industri yang sedia mencabar ini sehingga ia memerlukan modal baharu untuk meneruskan operasi.
Menjelang akhir tahun 2023, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai NXBT Partners menawarkan untuk membeli pegangan saham Khazanah dan PNB di samping menyuntik lebih modal yang diperlukan ke dalam FashionValet; di mana ia telah dipersetujui oleh kesemua pemegang saham untuk menerima tawaran terbabit.
Perkembangan terbaru mengenai nasib FashionValet dan kerugian yang dialami Khazanah dan PNB ini dilihat telah menaikkan amarah dalam kalangan netizen yang mempertikaikan kesilapan di sebalik keputusan untuk melabur kepada sebuah syarikat permulaan (start-up) tempatan dalam dunia fesyen.
Tinjauan REMAJA pada ruangan komen mendapati netizen inginkan butiran yang lebih lanjut berkenaan implikasi terhadap kerugian yang dialami ini.
“So… nak declare dividen ASB kurang ke tahun ini? Yang pergi invest dekat fesyen tu buat apa? Adoi!”
“Jadi apa yang PNB dan Khazanah nak buat sekarang? Ada permohonan maaf tak? That is not your money! Apa penalti untuk syarikat FashionValet? Mereka tidak apologetik pun malahan bergembira sambil memaparkannya di media sosial. Selama ini, rakyat ingat mereka kaya-raya sebab bijak berniaga. Rupanya…”
“Banyak lagi aset pelaburan lain tapi nak pilih syarikat tu pun atas dasar tak tahu lah. Bukan tak ada pakar-pakar dalam (syarikat) itu tetapi masih memilih syarikat yang dengan mata kasar pun tahu industri fesyen di Malaysia jauh mana saja boleh pergi?”
“Malaysia bukan pusat fesyen seperti Perancis. Kenapa nak melabur di tempat yang bukan hab fesyen. Penyimpan di PNB adalah gol Bumiputera.”
Titah Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu menegaskan bahawa penerimaan bahasa kebangsaan dan sejarah negara adalah asas perpaduan serta kedaulatan Malaysia.