Bagi kebanyakan remaja, kerjaya sebagai pramugari mungkin kedengaran sangat menarik dapat melancong ke pelbagai negara, gaji dalam mata wang asing dan memiliki gaya hidup yang kelihatan glamorous.
Namun di sebalik semua itu, tidak semua orang mampu bertahan; termasuklah anak kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Nabila Razman atau lebih mesra disapa Bella.
BACA : Puteri Sulung Kak KM Berkelana Sebagai Anak Kapal Singapore Airlines, “Nak Lepaskan Anak Itu Tak Mudah…”

Baru-baru ini, Bella mengumumkan bahawa dia nekad untuk berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari bagi syarikat penerbangan komersil, Singapore Airlines.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella mengakui keputusannya itu bukanlah sesuatu yang mudah. Begitupun dia percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Mesti ada sebab mengapa Tuhan pusing hati saya. Tiba-tiba sahaja nak letak jawatan. Saya percaya semuanya ada hikmah.”
Bella anak kak km resign cabin crew
♬ bunyi asal – Seri Larissa
Menurut Bella, walaupun dia bersyukur kerana diterima menyertai syarikat penerbangan antarabangsa selepas sekali percubaan temu duga yang sangat kompetitif, Bella akhirnya sedar bahawa pekerjaan itu tidak sesuai dengan dirinya selepas menjalani latihan di sana.
“Saya nak ke peringkat itu… bukan senang terutama ketika temu duga. Tapi Alhamdulillah saya cuba kali pertama dan terus dapat. Dalam ribuan orang yang memohon, saya antara yang dapat.
“Saya rasa tak boleh, pekerjaan itu bukan untuk saya. Saya pun tak gembira, mama pun menangis dekat rumah.”
Punca Bella anak kak km potong rambut pendek
♬ bunyi asal – Seri Larissa
Terbaru, Bella telahpun pulang ke Malaysia dan memilih untuk berundur secara terhormat daripada meneruskan latihan sebagai anak kapal syarikat terbabit. Dia mengakui bahawa kerjaya itu mungkin impian ramai namun ia bukan untuk dirinya sendiri.
“Sudah tertulis, rezeki saya bukan dekat sana. Kerja dekat sana okay sahaja cuma saya yang tak boleh.”
Langkah berani Bella ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang memuji keberaniannya untuk utamakan kesihatan mental dan kesejahteraan diri, manakala ada juga yang memberi pandangan berbeza.
Yang pasti, keputusan Bella membuka ruang perbualan penting dalam kalangan remaja tentang self-awareness, keberanian membuat pilihan sendiri dan realiti dunia pekerjaan yang tak selalunya seindah yang digambarkan.
Anda mungkin berminat dengan
Kisah Bella ini secara tidak langsung mengajar kita satu perkara iaitu untuk berani berkata ‘tidak’ pada perkara yang tak selari dengan jiwa kita walaupun ia nampak gah pada mata orang lain.
Kehidupan bertambah bahagia bukan kerana kita cepat berjaya tetapi apabila seseorang melakukan pekerjaan setelah dia mengetahui minat sebenarnya.
BACA LAGI : Puteri Sulung Kak KM Berkelana Sebagai Anak Kapal Singapore Airlines, “Nak Lepaskan Anak Itu Tak Mudah…”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kes rogol pelajar di Alor Gajah, Melaka, dilaporkan dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 3 November ini.
Menurut laporan Kosmo! Online, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Polis Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Hak Pendidikan Tetap Perlu Dijaga”
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa meskipun kes ini masih dalam siasatan dan proses undang-undang sedang dijalankan, pihak kementerian tetap menegakkan prinsip bahawa setiap pelajar mempunyai hak untuk meneruskan pendidikan.

“SPM akan tetap diteruskan dan kita akan pastikan supaya mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka,” katanya ketika mengulas isu kes rogol pelajar Alor Gajah ini.
Beliau menegaskan bahawa tindakan undang-undang tetap dijalankan oleh pihak polis, manakala KPM akan menumpukan kepada aspek disiplin, sokongan sekolah dan kesejahteraan emosi pelajar.
Mangsa Diberi Rawatan & Sokongan Emosi
Fadhlina turut memaklumkan bahawa mangsa kini sedang mendapatkan rawatan serta sokongan emosi di hospital. KPM melalui pasukan kaunselor sekolah dan daerah juga telah digerakkan untuk memberikan sokongan psikososial kepada seluruh warga sekolah.
“Kaunselor akan turun memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan anak-anak kerana sekolah ini adalah antara sekolah terbaik di Melaka,” jelasnya lagi.
Isu Yang Cetus Perdebatan Awam
Keputusan untuk membenarkan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar Alor Gajah tetap menduduki SPM menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.
Ada yang menyokong dengan alasan hak pendidikan tidak boleh dinafikan sebelum terbukti bersalah, namun ramai juga yang bimbang keputusan itu akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan mangsa.
Dalam konteks undang-undang, seseorang hanya dianggap bersalah selepas disabitkan di mahkamah. Namun, isu ini juga membuka perbincangan lebih besar tentang etika, keselamatan pelajar dan keseimbangan antara hak tertuduh serta hak mangsa.
Pendidikan Dan Tanggungjawab Sosial
Apa pun keputusan yang dibuat, peristiwa ini menjadi peringatan kepada semua pelajar bahawa tanggungjawab sosial dan moral tidak boleh dipandang ringan.
Sebagai generasi muda, remaja harus memahami bahawa tindakan melampaui batas boleh menghancurkan masa depan — bukan hanya diri sendiri, tetapi juga orang lain.
Dalam masa sama, masyarakat juga perlu memainkan peranan mendidik tentang batas pergaulan, konsep persetujuan (consent) dan hormat terhadap maruah insan lain agar tragedi seperti ini tidak berulang.
∞
Setelah hampir tiga bulan setengah kawasan Lembah Klang berada dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), akhirnya penduduk di sini dapat merasai sedikit kebebasan apabila ia diumumkan akan beralih ke fasa dua bermula esok, 10 September 2021.
Berita melegakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membabitkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan ia telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 semalam.
Lalu, peralihan fasa ini juga membolehkan beberapa kelonggaran dinikmati oleh penduduk Lembah Klang. Tapi usah dilupakan juga, mereka masih terikat dengan beberapa peraturan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi setiap masa.
Kelonggaran paling utama bagi REMAJA tentulah kebenaran untuk merentas daerah kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi COVID-19.
Manakala bagi pasangan suami isteri jarak jauh yang telah melengkapkan dos pula, mereka kini dibenarkan untuk merentas negeri. Kelonggaran yang sama juga diberikan kepada ibu bapa yang ingin melawati anak mereka di bawah usia 18 tahun yang berada di negeri berlainan.
Memandangkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama iaitu di bawah Lembah Klang, maka pergerakan antara tiga buah negeri ini adalah dibenarkan tanpa adanya sekatan jalan raya lagi.
Satu lagi kelonggaran yang REMAJA pasti akan disukai ramai adalah kebenaran untuk rakyat menginap di hotel dan rumah inap desa (homestay) dalam negeri yang sama bagi individu yang lengkap dos vaksin. Ini sekaligus bukan saja membolehkan industri pelancongan kembali bernafas, malah rakyat secara amnya juga boleh turut sama ‘bernafas’ untuk menginap di mana-mana premis bagi merelakskan minda masing-masing walaupun untuk sementara waktu.
Selain itu, beberapa kelonggaran lain seperti makan di premis untuk pelanggan yang lengkap dos vaksin diteruskan. Aktiviti kedai gunting, pendandan rambut dan salon kecantikan kini dibenarkan beroperasi.
Perniagaan lain kedai bunga, nurseri, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan juga boleh beroperasi bermula 10 September ini.
Bagaimanapun, operasi gimnasium masih belum dibenarkan. Hanya aktiviti sukan terbuka dan tertutup (contohnya gelanggang badminton) dibenarkan beroperasi secara temu janji dan mengikut SOP, of course.
Sabarlah ya abang-abang sado. Hehe..
Peralihan ke fasa dua dan kelonggaran tambahan yang diberikan ini adalah setelah status vaksinasi populasi dewasa di Lembah Klang telahpun mencapai lebih daripada 80 peratus. Bukan hanya Lembah Klang saja yang akan diberikan kelonggaran tersebut. Negeri-negeri lain yang telah mencapai lebih 80 peratus status vaksinasi populasi dewasa juga akan menerimanya.
Setakat ini, hanya negeri Johor dan Kedah saja yang masih dikategorikan sebagai negeri Fasa Satu. Keterangan lanjut mengenai SOP akan dikemas kini oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kementerian berkaitan dalam waktu terdekat. Yang penting, kita kena teruskan amalan kendiri.
∞
Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.
BACA: PM Kelima Malaysia, Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun. Al-Fatihah

Untuk info, istiadat penghormatan terakhir yang dijadualkan pada hari ini telah diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan dengan Masjid Negara.

Sebagai info tambahan, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SUMBER: Buletin TV3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞