Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal Honda Beat 2023 kepada keluarga seorang murid perempuan yang tular terpaksa berjalan kaki sejauh 6 kilometer ke sekolah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh bapa mereka.
Menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada pempengaruh Syafiqah Aina itu berkongsi pengalaman menziarahi kediaman murid tersebut yang terletak di Kelantan, di mana dia turut memberikan sumbangan berupa barang keperluan rumah.
Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Hafiz membawa bapa murid tersebut ke sebuah kedai motosikal, dan memberi mereka peluang untuk memilih jenis motosikal yang diinginkan.
Setelah membeli motosikal berwarna kuning itu, Hafiz kemudian membawa keluarga tersebut berbelanja pakaian harian serta barang keperluan rumah.
Ads
“Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat moment ni. Bila di kedai motor, Pakcik ni suruh anak-anak dia yang pilih colour apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pakcik amik la baju untuk pakcik.
“Apa yang dicapai dulu oleh pakcik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak anak dia. Sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
“Bila selesai semua perkara, Anak dia datang dan cakap. ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia..’Dulu dan selama ni, Orang orang susah yang bantu, doa dan support business abe’. Hari ini abe nak wi balik dengan semampu yang boleh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga murid tersebut dalam menjalani kehidupan seharian mereka, selain dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusannya untuk berkunjung ke kediaman keluarga tersebut.
Ads
“Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak anak kami di esok hari.
“Terima Kasih Abe hae, imam kampung abal, jep, guru guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ini mahu pun keluarga-keluarga yang lain,” kata Hafiz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Negara jiran kita Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi acara berprestij MotoGP 2022 yang berlangsung pada 18 Mac lalu. Sirkuit Mandalika di Lombok menjadi tempat pertarungan dimana penonton dapat menyaksikan aksi pelumba MotoGP terkenal seluruh dunia.
Namun apa yang menariknya tahun ini, selain daripada liputan perlawanan, kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia menjadi tumpuan ramai dan menjadi tular di media sosial. Ramai yang berkongsi video pawang hujan itu berada di hentian pit dengan niat untuk menghentikan hujan.
Rara Isti Wulandari melakukan ritual itu agar cuaca di sekitar Sirkuit Mandalika tidak dibasahi hujan sewaktu perlawanan MotoGP berlangsung. Sebelum ini juga, Rara pernah menjadi pawang hujan bagi acara pembukaan Sukan Asia 2018. Wanita ini mengakui bahawa dia telah dipanggil untuk berkolaborasi dengan pasukan keselamatan di sirkuit itu.
Jom kita lihat aksi si pawang hujan ini di Sirkuit Mandalika, Lombok Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagaikan kronologi cerita dalam filem seram dan thriller pula.
Jika sebelum ini gempar cerita mengenai seorang model cantik dan juga pempengaruh dari Hong Kong, Abby Choi yang dilaporkan telah dibunuh dengan kejam. Lebih sadis apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.Namun, kepalanya tidak ditemui.
Terbaru, mengikut laporan mustsharenews.com, akhirnya pihak polis berjaya menemui kepala model Abby Choi itu di dalam di salah satu daripada dua periuk sup besar yang diambil polis pada hari Jumaat dari rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen.
Tambahan laporan lagi, periuk-periuk itu dibawa ke bilik mayat pada Sabtu, dan pakar forensik menemui kepala dan rusuk ketika meneliti kandungannya.
Menurut Superintendan Alan Chung dari unit jenayah wilayah Kowloon West berkata, lubang berukuran 6.5cm kali 5.5cm ditemui di bahagian belakang tengkorak itu, dan pakar forensik percaya ia menjadi punca maut.
Pada masa sama, seorang lagi suspek, kekasih kepada bekas bapa mentua Choi ditahan menjadikan jumlah suspek kes pembunuhan kejam itu kepada lima orang.
Sebelum ini, pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.
Polis dan pekerja Jabatan Perkhidmatan Saliran kembali ke Lung Mei Tsuen untuk memeriksa paip kumbahan di kawasan itu untuk mencari bahagian badan yang hilang.
Aduhai, sadisnya tragedi yang menimpa model terkenal ini. Di mana letaknya perikemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan pembunuhan seumpama itu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kes remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan penyanyi, Nora Ariffin tular di media sosial beberapa hari lalu, pelbagai andaian dan komen telah dilontarkan kepaa pihak yang terbabit.
Baik kepada anak perempuannya, Putri Nor Dahlia, kepada remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zuher. Malah, Nora dan anak sulungnya, Mohd Syakir Iman juga terpalit sama dalam kes ini.
Jelas, maruah keluarga kedua-dua belah pihak tidak terlepas daripada analisa netizen Malaysia apabila perkara seperti berlaku.
Lantas untuk menjernihkan keadaan, Mohd Syakir mengambil tindakan awal untuk bertemu dengan keluarga Zuher, Jumaat lalu.
Menerusi kemas kini ciapan olehnya di Twitter, Syakir berkata, pihaknya telahpun berjumpa dengan Zuher dan ayahnya.
“Mereka menyesali perbuatan anak mereka. Sebagai umat Islam, kami ingin beri peluang buat mereka untuk perbaiki keadaan ini.
“Ibu Zuher sangat kesal dengan kejadian yang menimpa ‘Anak Nora’ ini,” catatnya. Video yang menunjukkan ucapan kesal ibu kepada Zuher turut tular semalam berikutan kes ini.
Enggan memanjangkan lagi kes ini sehingga ke peringkat mahkamah walaupun Syakir pernah mendakwa dia tidak teragak-agak untuk membawa Zuher ke muka pengadilan, Khamis lalu, pihaknya menghormati permintaan ibu Zuher untuk memberikannya peluang kedua demi masa hadapan anaknya dan adik Syakir, Putri Nor Dahlia.
“Moga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua.
“Kami berharap kita semua mengambil tauladan daripada isu ini. Dan marilah kita bermaaf-maafan dan teruskan hidup kita semua,” simpulnya.