Sudah petang macam ini, memanglah letih badan setelah seharian berpuasa.
Umat Islam amat ternanti-nantikan kedatangan Ramadan kerana bukan selalu kita dapat melipat gandakan ganjaran amalan kita. Sekali setahun kot!
Tapi ada juga di antara kita yang sedikit gusar. Mereka takut badan lesu dan tak bertenaga sepanjang Ramadan nanti. Jangan biarkan badan lemah kalau kita nak perolehi kebaikan daripada bulan ini.
Jom lihat 5 cara untuk hilangkan rasa penat pada siang hari Ramadan.
01
Dapatkan Tidur Secukupnya
Kalau tidur pun dah lambat, macam mana korang nak bangun untuk sahur. Kami tahu pasti ada yang ingin menonton siaran langsung Piala Dunia kelak dan terus bersahur. Namun pastikan korang mendapatkan tidur yang cukup dengan menyusun jadual. Selepas pulang daripada Tarawikh, tidur terlebih dahulu dan lakukan aktiviti lain seperti bersahur SELEPAS mendapat waktu tidur yang cukup.
Ads
02
Makan Makanan Sihat Semasa Bersahur
Walaupun kita perlu siapkan diri dengan tenaga, janganlah pula korang ‘melantak’ yang bukan-bukan semasa bersahur. Elakkan makanan yang pedas dan terlalu berminyak ketika bersahur kerana ia akan mengganggu rasa selesa pada perut.
Pilih makanan berprotein, bijiran oat, sayur-sayuran seperti bayam dan buah-buahan yang memastikan korang tidak mudah lapar.
03
Luangkan Sedikit Masa Bersendirian
Ads
Haa, nak buat apa tu bersendirian.
Sebenarnya, waktu sebegini amat bagus untuk korang mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, ia boleh merelakskan minda dan badan. Curi masa untuk melupakan seketika kerja di kelas atau pejabat. Luangkan masa dengan membaca al-Quran atau berzikir. Mesti rasa bertenaga selepas itu!
04
Tingkatkan Pengambilan Air
Semasa berbuka puasa pula, korang ‘hadap’ dulu air di depan mata. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka untuk mendapatkan kembali tenaga. Antara minuman yang disyorkan adalah jus buah-buahan yang tidak dicampur dengan air gula banyak atau susu rendah lemak. Kemudian, amalkan air masak pada waktu malam sehinggalah sahur nanti okay!
Kita semua dituntut untuk mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan kebaikan. Antaranya adalah dengan amalan menderma. Amalan menderma itu sebenarnya memudahkan seseorang yang berpuasa untuk menjalani ibadah dengan hati yang lebih tenang dan terbuka.
Untuk pengetahuan korang, SILKYGIRL, SG Men dan Watsons ingin mengajak korang menderma sambil berbelanja sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Hanya dengan mendapatkan wangian daripada SILKYGIRL ataupun SG Men di Watsons, 50 sen daripada setiap hasil pembelian akan didermakan kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia.
Sudahlah beramal, badan pun lebih bertenaga dengan deria bau yang lebih menyakinkan. LOVE!
Kempen bermula dari 15 Mei sehingga 25 Jun 2018.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang merupakan dak-dak 90’s, mesti masih teringat penangan filem Gol & Gincu pada tahun 2005, kan?
Filem arahan Bernard Chauly itu membuka satu lembaran baru untuk kesemua kru yang terlibat di dalamnya. Bernard menjadi pengarah yang diiktiraf. Pelakon OG Gol & Gincu seperti Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraff Sinclair dan Pierre Andre juga menjadi sebutan selepas filem tersebut keluar.
Gol & Gincu (2005)
Tinggal sebulan je lagi sebelum sekuelnya, Gol & Gincu 2 menemui penonton di pawagam. Buat masa ini, kita boleh mendengar single OST-nya bertajuk Shout It Out nyanyian Kaka Azraff. Klip video pun sudah keluar. Tetapi….
Korang perasan tak, penyanyi terdahulu untuk OST Gol & Gincu ialah…
Ella! Dan Kaka merupakan anak saudara kepada Ella. Err, tak takut single Shout It Out ni dibanding-bandingkan dengan Teruja, ke Kaka?
Shout It Out Loud
Shout It Out Loud
Biar Dunia Tahu..
“Kaka ada empat perasaan bercampur-baur sekarang. Excited, teruja, happy dan tiba-tiba nervous juga.
“Kaka teruja kerana menjadi sebahagian daripada filem Gol & Gincu 2. Tetapi apabila teringat balik yang Ella pernah menyanyikan Teruja untuk filem pertama dulu, I was like, ‘Oh no..’. Kaka tak akan boleh beat pun lagu tersebut kerana Ella merupakan pioneer untuk Gol & Gincu.
“Apa yang Kaka boleh lakukan adalah keluarkan single terbaik untuk filem kali ini. Jangan terlalu fikirkan comparison oleh peminat Gol & Gincu. Ini adalah masa untuk Kaka pula berikan single yang fresh, untuk generasi kali ini. New sound, new music.”
“Kaka harap korang dekat luar dapat menerima Shout It Out,” katanya yang juga baru menjadi hos dalam program variety Korea berjudul Get It Beauty On The Road.
Kelas Kaka! Cuba korang dengar dan tonton klip video di bawah. Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa minggu menjadi ‘lubuk’ kepada berita sensasi dan kontroversial, akhirnya program realiti Famili Duo tiba ke episod penghujungnya pada malam ini.
Menariknya, malam terakhir sebentar tadi telah berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang komen dari pihak juri tetap, ‘Mummy’ Mas Idayu dan Ajai yang ‘merobek’ mood peserta. Malah empat pasangan yang bertanding juga tampil bersedia untuk memberikan saingan terbaik demi merebut hadiah wang tunai utama RM100,000.
Tumpuan tentunya terarah kepada pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman. Setelah keyakinan mereka tertunduk pada episod keenam dek komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu, pada malam ini hanya pujian yang menanti kedua-dua persembahan mereka.
Naim Daniel dan Sissy Iman melakukan yang terbaik bagi membuktikan mereka layak menempah tempat di pentas akhir Famili Duo. FOTO: TV3 Malaysia
Tinta Mas Idayu, “Kalau tak suka, saya cakap tak suka. Bagi saya, vokal mereka (Naim dan Sissy) malam ini adalah vokal terbaik daripada keseluruhan persembahan yang pernah dilakukan. Ini ikhlas.
“Hanya satu minggu yang silapnya amat besar. Dan minggu-minggu lain itu mereka lupa yang mereka itu bagus sebenarnya.
“Sebelum ini, kamu berdua bagus dari awal minggu. Hanya minggu keenam sahaja dan sekarang, awak kembali dengan nyanyian bagus. Jadi semangat itu yang awak kena ada dalam pertandingan, ulasnya pada malam ini selepas persembahan pertama Naim dan Sissy.
Mas Idayu
Terdahulu, Mas Idayu menyuarakan pendapat mengenai respon balas rakan seindustri yang mengkritik cara penjuriannya.
Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, sepanjang bergelar juri pertandingan realiti televisyen selama 16 tahun, beliau hanya fokus kepada komitmennya menerusi caranya yang tersendiri.
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi. Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka,” katanya sewaktu temubual bersama MStar. Sambil itu, Mas Idaya berharap agar kritikannya diambil secara positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik dalam skop pertandingan seperti Famili Duo ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan adalah imej anak kelahiran bumi Kenyalang itu yang kelihatan sangat berbeza dengan imejnya sebelum ini.
Rata-rata netizen berasa terkejut dan mengatakan Henry kelihatan sedikit berusia meskipun umurnya belum lagi menginjak 40 tahun.
Malah, ada segelintir pengguna turut bertanya apakah yang berlaku kepada aktor itu sedangkan sebelum ini dia sentiasa berketerampilan segak dan kacak dalam mana-mana acara yang dihadiri.
Terdahulu, pelakon filem popular Crazy Rich Asians itu telah tersenarai sebagai 10 lelaki terkacak di dunia menurut kajian saintifik kuno yang dikeluarkan pada tahun 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram TIFF
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!