Permaidani merah di Festival Filem Antarabangsa Venice tahun ini lebih sunyi, dengan kekurangan bintang selebriti yang hadir disebabkan mogok serentak berterusan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelakon Skrin-Persekutuan Artis Televisyen dan Radio Amerika dan Persatuan Penulis Amerika.
Namun, beberapa selebriti yang pernah bekerja dalam filem indie yang tidak diterbitkan oleh Alliance of Motion Picture and Television Producers telah menerima lampu hijau untuk hadir ke acara sinematik tahunan itu. Dengan ketiadaan ramai rakan pelakon dan penulis skrip, para hadirin mula memberi perhatian lebih kepada rakan artis yang hadir di acara tersebut.
Mari kita lihat fesyen ikonik yang ditampilkan oleh selebriti Hollywood dan internasional kali ini di Festival Filem Antarabangsa Venice!
Patrick Dempsey and Jillian Fink
Bagi peminat fanatik drama medikal Grey’s Anatomy pasti cukup kenal dengan figura lelaki tampan ini. Iya, Dr Derek Shepherd tampil di permaidani merah festival itu bersama isterinya dengan suit lengkap dari Brunello Cucinelli.
2. Rita Ora
Aik, penyanyi pop di Festival Filem? Haaa….bagi mereka yang tidak maklum, Rita Ora telah berkahwin dengan pengarah filem terkenal Taika Waititi yang turut merupakan penerima Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA dan Grammy Award.
Ads
Penampilan elegan Rita Ora yang kelihatan luar biasa di Festival Filem Venice ternyata berjaya membuktikan dirinya ada kelas tersendiri!
3. Amal and George Clooney
Di mana sahaja George dan Amal Clooney berada, mereka pasti akan menjadi tarikan lensa kamera dan orang ramai.
Penampilan terbaru mereka tiada bezanya apabila mereka tampil dengan penuh gaya untuk menghadiri Festival Filem Venice 2023. Pelakon berusia 62 tahun itu kelihatan tampan dalam sut hitam, manakala peguam hak asasi manusia itu kelihatan cukup menawan memperagakan gaun vintaj Christian Dior.
4. Barbara Palvin
Ads
Penampilan awam pertama Barbara sejak mengikat tali pertunangan dengan pelakon terkenal Dylan Sprouse pada bulan Julai di Festival Filem Venice ternyata tidak menghampakan sama sekali.
Model berusia 29 tahun itu kelihatan cukup elegan ketika menuju ke tayangan perdana filem Poor Things dengan gaun eksklusif dari Giorgio Armani.
5. Sydney Sweeney
Bintang Euphoria ini berjaya memberikan penonton suntikan dos glamor Hollywood dengan penampilan mewah beliau. Tampil memperagakan gaun fishtail yang cukup menawan dari Armani , Sydney Sweeney kekal menjadi perhatian lensa kamera di Festival Filem tersebut.
Pelakon filem terkenal Interstellar ini nyata kekal anggun pada usia 46 tahun apabila tampil memperagakan busana mewah dari Giorgio Armani pada malam perayaan festival tersebut.
7. India Amarteifio
Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon yang sedang hangat ini? India yang lebih dikenali dengan wataknya sebagai Queen Charlotte dalam siri televisyen Bridgerton hadir ke Festival Filem Venice 2023 dengan strapless gown yang cukup berkilauan dari Giorgio Armani.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam di program MeleTOP cukup tidak disangka-sangka.
Kemunculan beliau sempena sambutan Awal Muharram esok amat bertepatan memandangkan negara kini masih sedang bergelut dengan pelbagai isu. Jadi setidak-tidaknya sempena tarikh mulia dalam kalendar Islam ini, kita dapat memperolehi satu-dua manfaat daripada pesanan beliau.
Sewaktu Jihan bertanyakan kepada Dr Zulkifli berapa kerapkah beliau menunaikan ibadah umrah di tanah suci, beliau mengingati semula ‘zaman belajar’ dahulu ketika berada di Madinah selama empat tahun.
Kemunculan beliau sempena sambutan Awal Muharram di Meletop mendapat respon yang positif daripada penonton..
“Pertamanya, saya belajar di Madinah dulu. Sepanjang 4 tahun di sana, 4 kalilah buat Haji masa itu. Lepas tu, di Syria (belajar di sana) pun 2 kali (menunaikan Haji). (Semasa) bertugas sebagai panel penasihat ibadah Haji, itupun beberapa kali (menunaikan Haji).
“Seeolaknya kalau ada rezeki, kita buat Umrah dahulu walaupun yang wajibnya adalah Haji. Kita tahu (Haji) mengikut giliran dan ini menyukarkan. Kalau ada rezeki lebih baik kita pergi kerana Nabi SAW bersabda (maksudnya), Kamu iringilah di antara Haji dan Umrah kerana kedua-duanya dapat membasmi kefakiran dan dosa-dosa,” jelas beliau.
Jadi guys, kalau ada peluang jom rebut untuk menziarahi tanah suci.
Pengajaran Awal Muharram
Bak kata Jihan, tarikh esok adalah demi memperingati penghijrahan Nabi SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Cuma, apakah makna di sebalik tarikh esok untuk Dr Zulkifli?
“Hijrah ini luas. Ia bukan sekadar berpindah jasad dari Mekah ke Madinah semata-mata.
“Dalam hadis yang nabi sebut, “Siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul.”
“Ia merujuk kepada bagaimana kita nak mencari keredhaan Allah. Kalau kita cari apa yang Allah perintah, maka insyaAllah Allah akan cukupkan segala yang kita perlukan.
“Sebaik-baik hijrah adalah orang berhijrah daripada segala kesilapan dan apa-apa yang Allah larang demi menjadi orang lebih soleh,” jelas beliau.
MasyaAllah.
Apapun, jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun sebelum Maghrib hari ini dan doa awal tahun selepas Maghrib nanti ya.
Keadaan penyanyi muda, Amad, yang secara tiba-tiba rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan penonton program tersebut.
Mengulas mengenai kejadian itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, memaklumkan bahawa pihak produksi masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
“Kejadian yang berlaku pada Amad itu di luar jangkaan dan kami masih siasat dan tidak tahu puncanya.
“Yang jelas selepas habis konsert nampak dia sudah okay sikit dan mereka terus pulang. Saya sempat berjumpa dengan mereka sebentar,” katanya kepada Remaja sejurus selesai program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Raqim, hasil pemeriksaan kesihatan mendapati Amad berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.
“Kami sudah buat pemeriksaan dengan pihak perubatan, tekanan darah dan tiada masalah kesihatan. Itu yang disahkan oleh pihak perubatan sendiri.
“Cuma sebelum dia buat persembahan mungkin mengalami ketidakselesaan sebab sebelum ini dia memang tidak demam atau sakit. Mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba sebelum persembahan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kemungkinan besar Amad berdepan ketidakselesaan melampau sebelum naik ke pentas sehingga menjejaskan keadaannya ketika itu.
Tiada Paksaan Dari Pihak Produksi
Raqim turut menjelaskan bahawa keputusan untuk Amad tetap meneruskan persembahan dibuat atas persetujuan antara pengurus dan penyanyi itu sendiri, tanpa sebarang tekanan daripada pihak produksi.
“Kami berbincang dengan pihak mereka sama ada mahu teruskan atau tidak. Kami juga menghormati keputusan mereka dan seperti yang dilihat kami juga terpaksa memberi iklan kerana mahu pastikan keadaannya.
“Kami sentiasa utamakan keselamatandan kesihatan namun semuanya terpulang pada mereka. Tapi dari segi persembahan seperti dilihat di atas pentas,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan peserta serta pengurus masing-masing sentiasa menjadi keutamaan sepanjang program TTMM berlangsung.
Terdahulu, Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan, tumbang sejurus sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale TTMM, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan acara tersebut secara langsung pada malam Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pastinya berita gembira ini memeranjatkan peminat terutama hubungan mereka berdua yang rumit bermula dari penolakan peminat sehingga berita mereka sudah putus cinta. Namun, akhirnya hubungan mereka tidak lama lagi akan diteruskan ke peringkat perkahwinan.
Dalam akaun Instagramnya, Lee Seung Gi memuat naik tulisan tangan, yang melaporkan bahawa dia memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama Lee Da In, sebagai suami isteri, yang berjaya membuatkan peminat tersentuh.
Menerusi perkongsiannya itu, dia menulis nota tangan mengatakan bahawa majlis perkahwinannya bersama Da-in akan berlangsung pada 7 April ini.
” Saya telah buat keputusan bahawa saya ingin menghabiskan masa sebagai ‘suami isteri’ dan bukannya sebagai ‘pasangan bercinta’. Saya telah melamar dan menerima jawapan ‘iya’.”
Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In
Tambah penyanyi dan pelakon itu, dia ingin kekal bersama dengan Da-in sehingga ke akhir hayatnya sejak rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka pada hujung tahun 2020.
” Dia mempunyai hati yang baik dan penyayang. Saya mahu kekal bersama dengan orang ini (Da-in) selamanya. Saya mahu jalani kehidupan penuh liku dan gembira tanpa melepaskan tangan yang saya pegang.”
Fakta Hubungan
Lee Seung-Gi, 35 dan Lee Da In, 30 pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan biasa saja. Namun dek kerana minat mendalam pasangan tersebut dalam sukan golf, mereka mula mengenali hati budi masing-masing.
Lee Da In juga dilaporkan telah melawat nenek Lee Seung Gi di Sokcho.
Bagaimanapun, selepas berita hubungan antara Lee Seung Gi dan Lee Da In tersebar, beberapa peminat Lee Seung Gi memberi reaksi keras malah menghantar sepanduk dan lori sebagai tanda protes dan menolak hubungan mereka berdua.
Penolakan ini didorong oleh ibu bapa Lee Da In yang mengaut kekayaan mereka daripada penipuan kewangan, yang menyebabkan ramai mangsa.
Seung-gi sendiri menidakkan dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama kekasih telah pun putus pada 5 Jun 2022.
Akibat penolakan itu, reputasi Lee Seung Gi dalam dunia Variety Show merosot.
Bagaimanapun, Lee Seung Gi mencuba nasib menerusi lakonan dalam drama bertajuk, “Love By Law” pada Ogos 2022.
Sehingga akhirnya, pada Selasa, 7 Februari 2023, Lee Seung Gi mengumumkan bahawa dia akan meneruskan hubungannya dengan Lee Da In, hingga ke peringkat perkahwinan. Yang dirancang akan berlangsung pada 7 April 2023. ***
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Lee Seung Gi dan Lee Da In.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!