
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 8 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385497.jpeg)
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 9 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385491.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 10 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385496.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 11 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385495.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 12 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385494.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 13 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385493.jpeg)
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengeluar Jenama Kecantikan Popular Indonesia, Wardah Bawa Masuk Produk Khas Lelaki ‘KAHF’. Dijamin Halal!

Cubalah periksa mana-mana tas tangan perempuan yang korang kenali, percayalah, besar kemungkinan mereka memiliki produk daripada jenama kecantikan, Wardah!
Jenama popular yang diperkenalkan oleh pengeluar PT Paragon Technology dari Indonesia itu sememangnya menjadi produk kegemaran pembeli perempuan DAN lelaki di Malaysia kerana keberkesanan serta harganya yang mampu dimiliki.
Setelah tempoh enam bulan perancangan, PT Paragon Technology pada hari ini telah membawa masuk ke Malaysia rangkaian produk penjagaan diri khas untuk lelaki pula di bawah jenama Kahf.
Tak perlu dah korang curi-curi pinjam produk Wardah daripada kakak korang.

Tanpa ingin menyisihkan pengguna lelaki yang diakui mempunyai pasaran yang semakin berkembang di Malaysia, Kahf menjamin produk-produk penjagaan diri dan dandanan lelakinya berstatus Halal, boleh dibawa solat dan paling utama, berkesan kepada keperluan lelaki Nusantara seperti di Malaysia dan Indonesia.
REMAJA berkesempatan menemui pengurus jenama Kahf, Billy Dharmawan pada majlis pelancaran dan pengenalan produk Kafh di Putrajaya pada hari ini. Menurutnya, apa yang menjadikan Kahf popular di pasaran Indonesia adalah kerana kandungan formulasinya yang ringan dan teknologi HydroBalance yang menjaga keseimbangan kulit.

Maklumlah, lelaki zaman sekaang kan sifatnya memang gemarkan gaya hidup aktif, sukakan hobi fizikal tetapi masih inginkan imej moden serta kemas. Oleh itu, Kafh menemui solusi yang sempurna untuk kemahuan pembeli lelaki mereka.
Menariknya, ia diilhamkan daripada alam semula jadi. Patutlah reka bentuk produknya pun minimal tetapi kelihatan premium. Haa, yang penting harga tidak premium! Hehe.. lets check out antara produk kegemaran REMAJA daripada rangkaian Kahf ini.

Pencuci Muka
Halal, mampu bersihkan kulit hingga ke liang-liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit.

Krim Pelembap dan Pelindungan Kulit
Lengkap dengan SPF 30++ untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Serum Rambut & Jambang
Untuk melembapkan janggut agar sihat dan bersifat antibakteria.

Eau De Toilette
Empat pilihan wangian yang diinspirasikan daripada bauan alam semula jadi.
*
Lengkap kan? Sempena pelancaran ini, Kahf sedang memberikan promosi menarik dari 28 hingga 30 Oktober ini!
Bertempat di IOI City Mall Putrajaya, korang boleh ke sana untuk menikmati diskaun istimewa hingga 50 peratus, memenangi hadiah dan menyertai permainan interaktif.
Bagi yang tidak berkesempatan, produk Kahf boleh korang perolehi di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan TikTok Shop dari harga serendah RM19.60 hingga RM45.90.
BACA LAGI : Produk Mahal Je Berkesan? Tak Juga.. Influencer Kongsi Pantang Lelaki Nak Kulit Cantik – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makan Nasi Bukan Penyebab Gemuk, Dietition Betulkan Pemahaman Salah Selama Ini

Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Antara rahsia kurus ialah tidak sentuh nasi langsung atau mengurangkan pengambilannya. Mereka membanyakkan makan sayur dan buah-buahan ketika proses diet.
Namun benarkah makan nasi boleh mengakibatkan gemuk? Dietition Fizah Sobri yang aktif berkongsi ilmu di fb yang kini bekerja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia membetulkan salah faham masyarakat atau mereka yang ingin kurus bahawa makan nasi boleh gemuk. Sebetulnya bukan berapa kali kita ambil nasi tapi lauk sampingan yang berlemak, berminyak dan lain-lain lagi menjadi faktor berat badan bertambah.
Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat.

TOLONG BERHENTI FITNAH NASI
Berat naik, nasi disalahkan
Kencing manis naik, nasi dipulaukan
Kali ni kolesterol pulak nasi difitnah.
SEMUA JENIS NASI/BERAS TIADA KOLESTEROL LANGSUNG
Meh saya terangkan. Kolesterol vs lemak.
Sama tapi tak serupa
Adik beradik ye…
Makanan ada kolesterol MESTI ADA lemak
Makanan ada lemak TAK SEMSTINYA ada kolesterol

Perbezaannya
1. Kesannya
– Kolesterol
Jika terlalu tinggi dalam badan ini yang akan sumbatkan salur darah. Makin lama saluran darah makin sempit dan ini akan menyebabkan stroke. Kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk sumbatkan salur darah tau.
– Lemak
Yang ni pula bukan dalam darah tapi banyak bawah kulit dan dikeliling organ. Pernah basuh ayamkan? Haaa yang putih putih bawah kulit ayam, keliling hati,jantung tu semua lemak la tu. Makin banyak lemak makin berat organ nak fungsi dengan baik, makin cepat penat. Ni boleh jadi sakit jantung.
2. Cara nak tahu bacaan
Kolesterol – Hanya melalui ujian darah sahaja. Tidak boleh di scan dengan mesin.
Lemak – Boleh discan dengan mesin
Tu yang jangan mudah percaya dengan roadshow/booth yang kata boleh tau berapa banyak kolesterol anda dengan scan badan sahaja. Tipu na. Nak tahu lemak ye bukan kolesterol..
3. Punca
Kolesterol – hanya datang dari SUMBER HAIWAN SAHAJA (maka santan, minyak, margarin tiada kolesterol).
Lemak – Sumber dari kedua dua SUMBER HAIWAN DAN TUMBUHAN (maka santan,minyak, nasi, dan lain lain ada lemak tapi tiada kolesterol)
Walaupun tiada kolesterol tetapi pengambilan LEMAK TEPU dan LEMAK TRANS yang ada dalam makanan bersantan, berminyak, yang digoreng berulang kali AKAN MENERUKKAN keadaan yang tinggi kolesterol tadi.
Santan ada kolesterol? Tidak tapi TINGGI LEMAK TEPU
Kentang goreng ada kolesterol? Tidak tapi TINGGI LEMAK TRANS
Susu ada kolesterol? Ada sebab punca dari haiwan, tapi ada rendah lemak
Burger ada kolesterol? Ada. Kolesterol ada lemak pun ada.
Bila doktor amik darah bacaan yang dipanggil lipid profile akan tunjuk kadar kolesterol & lemak anda
❎ Total kolesterol (perlu bawah 5.2)
– gabungan LDL dan HDL
❎ LDL kolesterol (bawah 3.36)
– ini jenis kolesterol jahat yang menyumbatkan salur darah dan meningkat risiko sakit jantung. Banyak dari diet.
✅ HDL kolesterol (atas 1.55)
– jenis kolesterol baik yang membawa kolesterol LDL jahat keluar dari badan. Boleh ditingkatkan melalui exercise.
❎ Triglyceride (bawah 1.69)
– jumlah lemak yang ada dalam dalam badan. Banyak datang dari pengambilan karbohidrat serta lemak yang berlebihan
**Maka walaupun banyak makanan karbohidrat datang dari punca tumbuhan dan tidak mengandungi kolesterol tetapi kuantiti yang berlebihan akan bertukar jadi lemak dalam badan dan naikkan bacaan ini
*** nak tahu elok ke tak boleh buat TG to HDL ratio. Contoh bacaan TG 3.0 bahagi dengan HDL 1.55 dapat 1.94 (kita nak bawah 1.33)
Harap harap penjelasan saya ni akan hentikan fitnah terhadap nasi. Lepas ni pandai dah anda nilai sumber mana yang ada kolesterol, sumber mana yang ada lemak. So tolong tolong la jangan cakap nasi ada kolesterol.
Nasi dari SUMBER TUMBUHAN, tiada kolesterol
Kalori dan karobhidrat dalam 1 senduk nasi sama geng dengan
🍞 sekeping roti putih/gandum
🍝 1 senduk meehoon/kuehtow
🥯 3 keping biskut tawar
🥞 1/3 kepong roti capathi/thosei/roti canai
Kalau anda nak elak nasi..elak semua ni sekali..baru betul..nak ke??
Maka jangan elak nasi..
Makan ikut #pinggansihatmalaysia #sukusukuseparuh
Cukupla zat, kurang dah lemak dan puas makan.
Sekian
Dietitian fizah sobri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gorgeous! Daiyan Trisha Tampil Anggun Dalam Persalinan Rekaan Jovian Mandagie

Daiyan Trisha antara selebriti tempatan yang mekar namanya dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa. Kelibatnya menjadi tumpuan jadi tidak hairanlah dia kerap dipilih untuk menjadi wajah wakilan jenama.
Terbaharu, pelakon dan penyanyi yang kini popular menerusi siri W Two World yang disiarkan di platfrm Viu ini tampil bak puteri dalam persalinan jenama terkenal Jovian Mandagie Couture

Sudah lama rasanya tidak melihat selebriti menggayakan rekaan couture khas dari pereka Datuk Jovian Mandagie, pasti ramai peminat fesyen yang rindu untuk melihat idea kreatifnya. Apabila Daiyan tampil menggayakan busana rekaan jemari emas Jovian, ternyata ia memukau pandangan.
Dalam hantaran di instagramnya, Daiyan meluah rasa, “Terima kasih kepada abang saya Jovian Mandagie dan pasukannya kerana menghasilkan helaian couture yang sangat menawan ini istimewa untuk saya.
“Gaun ini memiliki perincian yang rumit, lapisan yang halus dan banyak jam yang diambil untuk menghasilkannya. Saya sangat menghargai dan menyukainya.”

Gaun couture yang direka dalam potongan duyung itu diserlahkan rapi dengan perincian lisu yang diserikan dengan perletakan batuan diamante mewah berkilat. Ropol ‘larger than life’ pada bahagian bahu pula mencipta gaya dramatik.
Tidak cukup busana yang indah tanpa aksesori di badan. Melangkapkan gaya wanita versatil ini, dia menggayakan perhiasan kemas berupa rantai leher dan anting-anting berbentuk tear drop daripada jenama terkemuka, Chopard.
Sumber foto: Instagram Daiyan Trisha
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

