Biasalah perempuan, suka untuk mencuba stail yang baru..
Orang kata menukar stail atau gaya rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Trend rambut sekitar tahun 60-an hingga ke 70-an ini tiba-tiba kembali ‘in’ dikalangan anak muda masa kini. Menerusi hashtag #hime atau #himecut di Instagram dan TikTok, ramai betul orang mencubanya.
Tidak terkecuali Twice Momo, Blackpink Lisa, kumpulan Haim dan influencer dilihat sakan menggayakan trend ini.
Apa itu trend himecut?
Ala, lebih kurang seperti stail rambut gadis-gadis anime. Hiks! Menarik bukan? Jangan kata kanak-kanak, kalau dah namanya perempuan, kami pasti ramai yang turut menggemari watak dalam anime yang comel itu terutamanya watak anime Kakegurui, di mana pelajar Yumeko Jabami mengenakan stail ini.
Ia serupa dengan mullet, iaitu rambut panjang di belakang dengan bahagian sisi pendek, bangs adalah pilihan tapi ramai merasakan cantik dengan bangs.
Ads
Agak-agaknya macam mana rupanya kalau rambut digayakan dengan “Anime Haircut” ni ya? Jom kita lihat antara bintang kpop dengan trend rambut ini.
Momo (TWICE)
Ads
2. Irene (Red Velvet)
3. Yuju (GFRIEND)
Ads
4. Hyeri (Girls Day)
5. Somyi (DIA)
Ini tutorial yang korang boleh cuba, tapi hati-hati ye kalau tak mahir. Kang lain pulak jadinya. Hiks
Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) baru-baru ini menyaksikan pereka muda Afiq Syazani muncul sebagai juara, mengalahkan Rashid Moshi di tempat kedua dan UiTM di tempat ketiga.
Lebih mengujakan, pemenang bagi pertandingan itu akan berpeluang ke Paris pada tahun depan.
Precious Of Malaysia
Sebanyak 23 jenama bertanding, mempamerkan keunikan fesyen masing-masing. Penganjur, Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, berhasrat memartabatkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada pereka muda.
Memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara
Menurut penganjurnya, Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, usaha ini adalah untuk terus memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara sekaligus memberi peluang kepada pereka muda untuk terus berkarya menghasilkan yang terbaik.
Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia
“Kami tidak mahu kemenangan mereka hanya berakhir dalam pertandingan ini, sebaliknya kami merancang membawa rekaan mereka ke Paris.
“Kalau ikut perancangan yang disusun dan telah mendapat persetujuan, mereka akan ke Paris pada Jun tahun depan.
“Dalam program itu, para pemenang ini akan bawa rekaan fesyen mereka yang bertemakan budaya Malaysia ini ke sana. Beberapa program telah diatur dan akan diumumkan kelak.
“Ini satu peluang keemasan buat mereka apabila bakal memperkenalkan budaya Malaysia ke Paris. Dalam masa yang sama, pereka fesyen muda dari Paris juga akan menyertai Precious Of Malaysia.
“Jadi, kita boleh nampak perkongsian budaya yang berbeza sekaligus menaikkan imej pereka fesyen muda dari Malaysia,” ujar Jonathan.
Mempersembahkan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu
Pemenang juga akan mempersembahkan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu pada Malam Gala Precious Of Malaysia.
Pertandingan fesyen Precious Of Malaysia
Empat IPT yang menyertai adalah UiTM Shah Alam, Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang. Wakil dari Indonesia dan Filipina turut serta. Hasil rekaan dinilai berdasarkan motif, kreativiti, koleksi dan rekaan.
Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Acara akan datang termasuk Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos di Pavilion Damansara Heights.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara rahsia-rahsia kecantikan mereka ini, tidak pernah difikir dan dibuat oleh orang kerana ada yang tidak tahu kewujudannya atau berbahaya untuk dilakukan tanpa pengawasan pakar.
1. January Jones: Mandi Bir
January Jones: Mandi Bir
Untuk menghidrasi badan, January Jones telah menggunakan bir dalam mandianya sebagai rahsia terbesarnya.
Mandian bir ini memberikan badan dos Vitamin B yang tinggi dan enzim yang aktif bagi mendapatkan kulit yang diingini. Dalam pada masa yang sama, ia meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.
2. Eva Mendes: Mono Threading
Dilakukan oleh Eva Mendes, mono threading ini adalah threads yang mengaktifkan sintesis kolagen dalam menghasilkan penebalan kulit secara beransur, penegangan dan kesan keremajaan, berbeza dengan akupuntur.
Eva melakukan mono threading di bahagian leher kerana ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengelakkan daripada lehernya menjadi kendur.
3. Shailene Woodley: Makan Tanah Liat
Bagi membersihkan diri daripada bahan-bahan yang tidak baik dan memberikan manfaat kepada badan, aktres Shailene Woodley akan memakan satu sudu teh tanah liat dalam rutin hariannya.
Menurut Paul Mackey, pemilik Natures Cleasing Clay mengatakan tanah liat hidup boleh dimakan kerana ia mempunyai faedah detoksifikasi untuk seluruh badan. Ia juga membina sistem imun seseorang, menyeimbangkan tahap pH dan membolehkan tubuh seseorang melawan penyakit secara semula jadi.
4. Stella Maxwell: Urutan Ular
Model Victoria Secret, Stella Maxwell telah menghadiri sesi peribadi dengan ular di Serpentessa iaitu satu-satunya spa yang menawarkan urutan ular. Menurutnya, sesi ular yang tidak berbisa itu penting untuk mereka yang merasakan diri mereka tidak tenang dan serabut dengan kerja atau kehidupan.
Pelanggan yang menghadiri urutan tersebut akan melepaskan hormon endorfin dan oxytocin iaitu untuk menghilangkan tekanan, mewujudkan keseronokan dan meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal dalam kehidupan seharian.
5.Victoria Beckham: Najis Burung
Tidak pernah terfikir najis burung boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan bersinar. Tetapi menurut Victoria Beckham, najis burung dapat menjadi penyelesaian kepada masalah penuaan.
Najis burung yang dikatakan tinggi urea, ia berfungsi mengunci kelembapan dan guanine iaitu memberikan kesan kulit yang cerah.
6. Hailey Bieber: Pelembap Darah
Menggunakan facial lotion yang dicipta oleh Dr. Barbara Strum, iaitu doktor dalam molecular cosmetics, Hailey Baldwin telah mengekstrak darahnya untuk menghasilkan pelembap.
Darah yang diambil akan dimasukkan dalam centrifuge untuk mengasingkan plasma dan sel darah putih yang kemudiannya ditambah ke krim yang dipanggil MC1 Blood Moisturizer.
Menurut Dr. Sturm, platelet darah kita dapat melawan tanda penuaan dengan memprogramkan semula kulit kita. Jadi pelembap yang dihasilkan menggunakan darah ini dapat membantu kulit sentiasa kelihatan muda.
Jika wang tidak menjadi satu isu, why not seseorang itu menghabiskannya demi gelang ‘Cable Tie’ yang sebenarnya korang boleh dapat dikedai DIY?
AMBUSH sebuah jenama terkemuka yang berasal dari Jepun telah mengeluarkan rekaan idea yang tak terfikir dek orang. Manakan tidak cable tie yang selalu kita guna untuk mengikat wayar-wayar berserabut tu diambil menjadi hasil fesyen yang berharga!
Sumbet Gambar : neighbourhoodwatch.net
Tapi jenama ini sebenarnya memang popular dengan idea menghasilkan pelbagai koleksi perhiasan berbentuk eksperimental. Terkini, mengeluarkan satu rekaan gelang tangan menyerupai cable tie yang dijual di kedai-kedai sekeliling kita seperti MR DIY dan Eco Shop.
Demi membuatkan generasi muda lebih mengenali, meminati dan membeli produk keluaran jenama AMBUSH, rekaan pereka fesyen Yoo Ahn terdiri daripada koleksi beberapa jenis aksesori iaitu gelang, cincin dan anting-anting.
Jangan terkejut ye, koleksi tersebut dijual dengan harga yang cukup mewah iaitu lebih RM2,000. Walaupun harganya dianggap tidak masuk akal, gelang dan cincin mirip cable tie itu telah pun habis terjual secara dalam talian di laman Farfetch.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan harga cincin dan gelang berkenaan yang dikatakan fesyen terbaharu masa kini. Ini adalah di antara strategi masa kini jenama fesyen yang tidak lagi sekadar berfokuskan kepada pakaian, kasut dan aksesori badan.
Untuk info, jenama fesyen jalanan AMBUSH ini memasuki pasaran di Paris pada tahun 2015, kebanyakan rekaannya diinspirasi dari seni pop Tokyo. Jenama ini juga sering bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal seperti Kim Jones, Off White, Shu Uemura, Nike, Gentle Monster, dan Rimowa.
Jangan pandang sebelah mata ye walaupun sekadar ‘cable tie’. Patut la harganya pun beribu. So korang seperti kami yang mungkin masih belum mampu membeli aksesori AMBUSH, mungkin korang boleh pergi ke kedai Eco mahupun DIY sebab penulis tak nampak banyak beza pun….hehe