Comel Tapi Seram! Trend ‘Jaga’ Anak Patung, 6 Selebriti Indonesia Bersama ‘Bayi’ Mereka

Share

Anak patung bernyawa? Bunyi sangat menakutkan.

Mungkin agak pelik dan aneh, pereka fesyen dan pengacara popular Indonesia, Ivan Gunawan menarik perhatian warganet selepas menjaga dua buah anak patung yang dianggap sebagai bayi sebenar.

Patung tersebut lengkap dengan sifat sempurna bayi, kalau sekali pandang memang macam bayi betul lah!

ARTIKEL BERKAITAN : 4 Selebriti Indonesia Terus Bela Anjing, Tak Peduli Cercaan Warganet

Dia telah memperkenalkan dua ‘anak’nya itu dengan menamakan mereka sebagai Miracle Putra Gunawan dan Marvelous Putra Gunawan di laman Instagram miliknya

. Malah, menerusi satu temu bual bersama pengacara terkenal, Boy William, Ivan mengakui bahawa dia sudah menganggap dua anak patung tersebut sebagai anaknya yang perlu dijaga dengan baik.

Bukan itu sahaja, Ivan Gunawan malah memberitahu dia turut menyediakan bilik khas buat ‘anak’nya.

Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran mereka kerana hidupnya tidak kesepian lagi.

Bukan hanya Ivan Gunawan, malah beberapa selebriti negara jiran kita turut ‘memperkenalkan’ bayi masing-masing bagaikan zaman kanak-kanak.

  1. Roy Kiyoshi

Bergambar bersama dua ‘anaknya’. Roy sememangnya salah seorang artis yang suka memelihara patung. Di dalam keretanya Roy juga meletakkan anak patung pelindung. Malah Roy Kiyoshi telah mengumpul berpuluh-puluh anak patung misteri sejak 2006 di rumahnya. Foto: doc. Instagram Roy Kiyoshi.

2. Celine Evangelista

Wanita cantik ini juga mempunyai ‘anak’ yang dipanggil bayi Joseph. Anak patung itu kelihatan sangat comel. Foto: doc. Instagram Celine Evangelista,

3. Lucinta Luna


Lucinta Luna yang popular di Malaysia dengan lagu  ‘Bobo Dimana’ juga tidak ketinggalan ada anak patung. Dia juga pernah membawa anak patungnya berjalan-jalan ke pusat beli-belah. Anak patung itu dinamakan dengan nama Fitri. Foto: doc. Instagram Lucinta Luna.

4. Ruben Onsu

Mempunyai anak patung bernama Roby. Ruben Onsu bergambar dengan Roby di Instagramnya. Ish, dagu dia geramm!! Foto: doc. Instagram Ruben Onsu.

5. Soimah 

Soimah dalam sosialnya juga turut memuat naik ‘anakya’ yang montok. Basuki ialah nama anak patung Soimah.  Foto: doc. Instagram Showima.

Namun begitu, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi apabila melihat perbuatan tidak masuk akal itu.

BACA LAGI : Elak 20 Ciri Rumah Ini, Kalau Mahu Malaikat Singgah Di Kediaman

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN