Mungkin agak pelik dan aneh, pereka fesyen dan pengacara popular Indonesia, Ivan Gunawan menarik perhatian warganet selepas menjaga dua buah anak patung yang dianggap sebagai bayi sebenar.
Patung tersebut lengkap dengan sifat sempurna bayi, kalau sekali pandang memang macam bayi betul lah!
Dia telah memperkenalkan dua ‘anak’nya itu dengan menamakan mereka sebagai Miracle Putra Gunawan dan Marvelous Putra Gunawan di laman Instagram miliknya. Malah, menerusi satu temu bual bersama pengacara terkenal, Boy William, Ivan mengakui bahawa dia sudah menganggap dua anak patung tersebut sebagai anaknya yang perlu dijaga dengan baik.
Bukan itu sahaja, Ivan Gunawan malah memberitahu dia turut menyediakan bilik khas buat ‘anak’nya.
Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran mereka kerana hidupnya tidak kesepian lagi.
Ads
Bukan hanya Ivan Gunawan, malah beberapa selebriti negara jiran kita turut ‘memperkenalkan’ bayi masing-masing bagaikan zaman kanak-kanak.
Roy Kiyoshi
Bergambar bersama dua ‘anaknya’. Roy sememangnya salah seorang artis yang suka memelihara patung. Di dalam keretanya Roy juga meletakkan anak patung pelindung. Malah Roy Kiyoshi telah mengumpul berpuluh-puluh anak patung misteri sejak 2006 di rumahnya. Foto: doc. Instagram Roy Kiyoshi.
2. Celine Evangelista
Ads
Wanita cantik ini juga mempunyai ‘anak’ yang dipanggil bayi Joseph. Anak patung itu kelihatan sangat comel. Foto: doc. Instagram Celine Evangelista,
3. Lucinta Luna
Lucinta Luna yang popular di Malaysia dengan lagu ‘Bobo Dimana’ juga tidak ketinggalan ada anak patung. Dia juga pernah membawa anak patungnya berjalan-jalan ke pusat beli-belah. Anak patung itu dinamakan dengan nama Fitri. Foto: doc. Instagram Lucinta Luna.
4. Ruben Onsu
Ads
Mempunyai anak patung bernama Roby. Ruben Onsu bergambar dengan Roby di Instagramnya. Ish, dagu dia geramm!! Foto: doc. Instagram Ruben Onsu.
5. Soimah
Soimah dalam sosialnya juga turut memuat naik ‘anakya’ yang montok. Basuki ialah nama anak patung Soimah. Foto: doc. Instagram Showima.
Namun begitu, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi apabila melihat perbuatan tidak masuk akal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai seorang manusia, kita semua pasti akan melalui proses menua dan tidak ada yang terkecuali termasuk para selebriti dan beberapa individu popular yang anda minati.
Meskipun, ada di antara mereka yang kekal tampak awet muda, pelakon terkenal Korea Selatan, Gong Yoo baru -baru ini meluahkan perasaan bagaimana beliau menerima seadanya kerutan yang mula muncul di wajahnya.
Kredit: Gong Yoo
Berbeza dengan kebanyakan orang yang risau pada tanda-tanda penuaan, Gong Yoo atau nama sebenarnya Gong Ji-cheol (46) menganggap kerutan di wajah sebagai lumrah semulajadi dan juga tanda dari kehidupan yang mempesona.
Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon yang pernah mewarnai Goblin, Train To Busan dan Coffee Prince dalam sebuah temubual bersama The Korea Times bagi mempromosikan drama bersiri terbarunya berjudul Trunk yang bakal ditayangkan di Netflix.
Kredit: Gong Yoo
“Saya suka kerutan di wajah saya sebab itu boleh menjadi sebahagian dari mise-en-scene (elemen visual) saya sebagai seorang pelakon. Jadi, saya tidak menolak proses penuaan,” jelasnya.
Walaupun begitu, beliau juga mengaku pada awalnya terkejut dengan beberapa perubahan seperti kemunculan eyelid (kelopak mata ganda) secara tiba-tiba seiring bertambahnya usia.
Kredit: Gong Yoo
“Awalnya saya rasa aneh sebab ada perubahan yang terjadi disebabkan penuaan. Saya suka mata saya yang memang tiada eyelid sebelum ini.Jadi, rasa agak sedikit janggal tapi saya okay saja,” ujarnya.
Sementara itu, Gong Yoo juga turut meraih perhatian para penonton drama bersiri popular Korea Selatan baru-baru ini apabila muncul sebagai watak kameo dalam Squid Game 2 yang turut diterajui oleh Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Wi Ha-joon, T.O.P, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Park Sung-hoon, dan Yang Dong-geun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Lalisa Manobal yang turut dikenali sebagai Lisa lahir pada 27 Mac 1997 di Buriram, Thailand.
Hal ini kerana salah seorang ahli dari kumpulan itu merupakan anak kelahiran negara gajah putih itu. Lalisa Manobal yang lebih dikenali sebagai Lisa sentiasa menjadi tumpuan media tempatan sana yang dilaporkan bangga dengan pencapaian wanita kelahiran negara tersebut.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila penemuan spesies bunga yang baru ditemui di Thailand dinamakan sempena nama Lisa, ahli Thai dari kumpulan K-Pop tersebut
Visual Bunga Lalisa.
Menurut Bangkok Post, pasukan penyelidik dari Universiti Chiang Mai telah berjaya menemui spesies baru tumbuhan berbunga yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
Menurut laporan, ia dinamakan sebagai penghormatan kepada Lalisa Manobal, seorang penyanyi dan penari terkenal dari Thailand yang kejayaannya telah banyak memberi inspirasi kepada penyelidik, Anissara Damthongdee dalam menamatkan pengajian Ph.D. beliau.
Selain itu, pasukan penyelidik menamakan tumbuhan itu “Lalisa,” iaitu nama sebenar Lisa, sebagai tanda penghargaan kepada bintang terkenal tersebut.
Pasukan penyelidik telah mengusahakan projek untuk mencari dan memelihara tumbuhan yang jarang ditemui dan tidak diketahui dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Thailand.
Sekadar info, setiap gerakan Lisa sentiasa menjadi bualan hangat dan dilaporkan di media tempatan dek kerana popularitinya di negara tersebut. Turut dilaporkan sebelum ini, apabila penyanyi itu memuatnaik makanan istimewa Thai “Yadom,” di media sosialnya, ianya terus habis dijual.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: CHM Thailand, YG Entertainment
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian pelakon popular, Fattah Amin untuk membawa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya bercuti ke Taman Tema Disneyland Tokyo, Jepun akhirnya tercapai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima meluahkan rasa teruja apabila dapat mencipta memori indah bersama bapanya di destinasi impian tersebut.
“Saya nak pergi bercuti yang paling saya nantikan, cipta kenangan dengan ayah saya ke Disneyland.
“Bolehkah mak cik dan pak cik doakan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan saya? Saya tahu saya akan sangat seronok!” tulisnya.
Dalam masa sama, Fattah turut berkongsi foto Fatima bersama sepupunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jepun.
“Hai semua, Fatima, Numan dan Nailah nak naik kapal terbang dah ini.
“Doakan kami selamat pergi dan balik,” katanya.
Sebelum ini, Fatima pernah mencuri perhatian warganet apabila menzahirkan hasrat mahu ke Disneyland Tokyo.
Malah pada Jun lalu, Fattah memaklumkan percutian itu sudah dirancang namun perlu disusun agar tidak mengganggu sesi persekolahan Fatima.
Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes pelajar maut dirempuh kereta Tanjong Mas mengejutkan ramai apabila seorang pelajar Tingkatan Satu terkorban dalam kemalangan tragis di hadapan surau sekolah.