
Kedengaran sangat pelik, namun perkara ini benar. Di Korea Selatan, satu fenomena budaya yang unik telah muncul dalam kalangan generasi muda.
ARTIKEL BERKAITAN : Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.

Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.

Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ahli Politik Datang Dan Pergi..” – Apa Rancangan Syed Saddiq Selepas Ini?

Seminggu tempoh waktu yang getir untuk senarion politik Malaysia, barulah pada hari ini, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan secara video pada sebelah pagi tadi.
Menerusi muat naik tersebut, beliau menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dalam kerajaan yang dianggotai oleh ‘golongan perasuah’.
Pendirian tersebut bukan soal parti atau majoriti sebaliknya menyentuh soal identiti dan integriti.
“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia.
“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.
“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” kata beliau lagi.
Difahamkan, ‘golongan perasuah’ itu merujuk kepada parti yang dahulunya di blok pembangkang iaitu UMNO.

Namun setelah petang tadi, ternyata Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapkan Hello Kepada Perdana Menteri Kelapan Malaysia
Sekaligus, ia menyaksikan kepimpinan kerajaan yang baru ditubuh bersama UMNO, PAS, MCA dan beberapa lagi parti lain. In other words, parti yang disertai Syed Saddiq kini secara rasmi bergabung dengan golongan yang ditentang oleh beliau.

Jadi apa yang akan berlaku selepas ini?
“Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.
Setelah Syed Saddiq pernah menerajui Kementerian Belia & Sukan sejak 2018, mungkinkah kita akan melihat kelibat beliau sebagai seorang ahli politik dan menteri lagi?
Tonton video penuh kenyataan Syed Saddiq di bawah.
Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.
Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah. pic.twitter.com/55hgoAuZgP
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 29, 2020
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tonton 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2021 Terbaik Pilihan Remaja!

Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai walaupun kebanyakkan dari kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dan satu perkara yang sering dinantikan kita semua ialah iklan-iklan Hari Raya daripada pelbagai syarikat korporat dan juga badan kerajaan. Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya.
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif dengan selitan pesanan. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari Saji, TNB, Adabi, MR DIY, Petronas, Safi. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan Raya di bawah!
- Saji – Mangkuk Tingkat Mak Teh
2. Adabi – Benci Ayah
3. PETRONAS – Syukur Raya
4. TNB – Hikmah Raya Aida
5. MR DIY – Kerana Azman
6. Maxis – Raya Si Sakan
7. Mydin – Pulanglah Nak…
8. JAKEL – Cantik
9. COURTS – Raya Ni Tak Best!
10. SAFI – Raya Kau Hijau
Rata-rata iklan tahun ini menengahkan mesej raya dalam norma baru dan pandemik Covid-19. Kesihatan tetap penting dan SOP perlu diutamakan rakyat Malaysia walau bagaimanapun sambutan Aidilfitri anda pada tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kuasa Viral, Port #Instaworthy Nampak Kapal Terbang Ditutup Sebab Banyak Sampah

Bagi penguna media sosial, sudah pasti mahukan gambar #Instaworthy kelihatan menarik di ruangan ‘feed’ Instagram masing-masing.
Bagi korang yang ingin mendapatkan gambar #Instaworthy yang ‘rare’ atau lain daripada lain, dengan kapal terbang lalu atas kepala mesti tahu satu port yang viral baru-baru ini.
Namun, bagi korang yang berniat untuk pergi hujung minggu ini diharapkan melupakan niat korang. Hal ini kerana menurut seorang pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.
Malah, tular video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.
Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.
Rata-rata netizen bersetuju tempat itu ditutup disebabkan sikap tidak bertanggungjawap masyarakat membuang sampah.


Malah, tak kurang juga perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen kerana netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook Are Peace
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

