
Bagi sesiapa yang dah mula rasa nak menyimpan duit di Tabung Haji tu, kali ni kami kongsi kan pula bagaimana nak memudahkan urusan transfer wang secara online melalui Maybank2u ke akaun Tabung Haji.
Tapi sebelum tu, korang kena daftar dulu akaun Tabung Haji di Maybank2u. Nak daftar ni tak boleh secara online, kena pergi ke mesin ATM Maybank terlebih dahulu.
Okay caranya mudah je, pastikan korang bawa sekali buku Tabung Haji untuk pendaftaran ni.
1. Firstly, masukkan kad ATM ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor pin kad.
2. Pilih menu TABUNG HAJI

3. Kemudian, pilih menu Tabung Haji (TH)

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan, disusuli dengan nombor siri buku Tabung Haji

Selepas selesai daftar, barulah korang boleh terus akses akaun Tabung Haji melalui Maybank2u.
Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji
1. Setelah log in ke akauan Maybank2u, klik pada menu Account & Banking

2. Pilih menu Transfers

3. Kemudian, klik menu Tabung Haji

4. Cari menu Fund Transfer dan klik

5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer

6. Masukkan amaun/jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue

7. Request TAC dan masukkan ke dalam ruang TAC. Seterusnya, klik butang confirm

8. Selesai!

Lepas ni tak ada alasan lagi nak cakap korang busy dan tak ada masa nak ke Tabung Haji kan?
InsyaAllah dengan usaha-usaha seperti ini akan memudahkan rezeki kita untuk dipanggil ke Baitullah. Aamiin!
Sumber: adzril.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! Kanak-Kanak Malaysia Mampu Kenal 147 Bendera Dalam Masa 15 Minit

Bukan calang-calang ya dapat kenal pasti dalam masa 15 minit saja. SECARA RAWAK!
Siapa sangka dalam masa empat tahun saja, seorang kanak-kanak lelaki bernama R Visham telah menempatkan namanya dalam Malaysia Book of Records setelah berjaya meneka sebanyak 147 bendera negara dalam masa 15 minit saja.
Menurut bapa Vishan, Dr G Rajasekaran kepada rakan media di Harian Metro, anak tungalnya itu masih belum boleh membaca namun telah dapat mengingati warna dan corak bendera kebangsaan antarabangsa yang mewakili lebih 100 buah negara berbeza.

“Dia begitu suka dengan objek berwarna sejak kecil. Lebih memeranjatkan apabila dia boleh mengingati kembali dengan jelas walaupun ia berlaku beberapa hari lalu.
“Saya membeli satu set kad menampilkan 10 bendera negara berlainan. Dalam tempoh beberapa hari, dia sudah dapat menghafal nama negara bendera berkenaan. Selepas itu, saya dapatkan kad bendera negara lain bagi memudahkan dia tidur selepas menghadal nama negaranya.”
Demi terus menguji tahap keupayaan Vishan, Dr Rajasekaran menghubungi Malaysia Book of Records dan sesi ujian tersebut telahh dilakukan pada bulan Julai lalu secara maya.
Setelah Vishan berjaya mengenal pasti 147 bendera negara secara rawak dalam masa 15 minit, rekod itu terus disahkan pada 26 Julai lalu. Fuh memang hebat adik Vishan ini! Orang dewasa pun belum tentu dapat melakukannya. Hehe..
*
Sebagai info, kajian terhadap hubung kait di antara memori manusia dengan warna serta bentuk objek telah lama dilakukan. Seperti dijangka, ada bukti kukuh yang mengaitkannya terutama peranan warna yang membantu ‘visual processing’.
Warna juga mempengaruhi paras fisiologikal dan psikologikal kita. Sebab itulah, pen dan pensil warna selalu digunakan oleh pelajar ketika membuat ulang kaji atau nota. Ia juga menjelaskan mengapa bangunan taska dan tadika selalunya dicatkan dengan warna yang pelbagai. Bukan sekadar untuk cantik tau.. ia demi mempengaruhi daya ingatan kanak-kanak yang sudah mula mudah ‘meresap’ memori pada usia tersebut.
Selain itu, warna juga boleh mempengaruhi keinginan manusia untuk membaca sebanyak 8- peratus, meningkatkan motivasi dan keinginan untuk turut sama sebanyak 80 peratus serta mempengaruhi keputusan kita untuk menerima atau menolak sesuatu benda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, Vaksin COVID-19 Sudah Ditemui Rusia. Tapi Serius Ke?

Mangsa Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.

Namun, semalam dunia digemparkan dengan berita gembira apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa Rusia sudah pun berjaya menghasilkan vaksin pertama untuk merawat jangkitan COVID-19 selepas dua bulan mengujinya kepada manusia.
Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri terlibat dalam eksperimen tersebu dan sudah pun menerima vaksin terbabit.
Diragui Saintis Dunia
Vaksin yang sudah didaftarkan di Rusia itu bagaimanapun mengundang keraguan dan kebimbangan dunia kerana tempoh kelulusannya yang singkat.

Pakar antarabangsa yang masih skeptikal mempertikaikan keputusan ujian klinikal tersebut yang terus di daftar selepas dua bulan ujian. Malah para saintis di seluruh dunia termasuklah daripada kelompok saintis di Rusia sendiri mempersoalkannya.
Mereka memberi amaran tindakan tergesa-gesa Rusia menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir belum selesai boleh menimbulkan risiko. Ujian peringkat akhir di fasa ketiga boleh memakan masa selama berbulan-bulan melibatkan puluhan ribu sukarelawan bagi membuktikan ianya benar-benar selamat dan berkesan.

Pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University, Amesh Adalja menjelaskan sekiranya vaksin Rusia ini didapati bermasalah ianya akan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.
Memberi respon kepada kenyataan Rusia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu pihak mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia mengenai pra-kualifikasi vaksin tersebut termasuk kajian dan penilaian ketat dari semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan.
Ish…benda-benda ni macam ini tak perlu kot nak propa kan, apa-apa pun korang teruskan jela norma hidup baru korang tu, stay safe guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bukan Semua Idea Kena Ikut”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Susah Lupa Tragedi Maut Balik Beraya

Hari raya bakal menjelang kurang dari dua minggu lagi. Pastinya kita excited untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi orang bujang, tak berapa nak fikir sangat soal packing baju, asal boleh saja.
Tapi bagi yang berkahwin dan punya anak boleh tahan ramai selain ada anak kecil, kita tentu fikirkan macam-macam. Bukan saja dari soal beg baju, kuih kuih sebaliknya kita juga fikirkan keselesaan untuk anak-anak dapat berehat tambah-tambah jika masa perjalanan terlalu lama akibat kesesakan jalanraya.
Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa yang prihatin kita mahu beri keselesaan pada anak-anak seperti mahu mereka tidur dalam perjalanan hingga timbul idea meletakkan tilam untuk anak-anak berbaring bagi yang mempunyai kereta MPV.
Tapi sebenarnya bukan semua idea itu boleh diikut. Safety first kerana tanpa seat belt, anak terdedah kepada risiko jika berlaku kemalangan dalam perjalanan.

Baca pengalaman individu ini, Nadia Abdul Kadir mengenai pengalamannya pernah berhadapan saat seorang bayi meninggal dunia selepas kereta yang dipandu oleh bapanya terlibat dalam kemalangan akibat memandu dalam keletihan.
Semoga ada pengajaran buat kita. Sebaiknya rancanglah perjalanan baik-baik dan utamakan keselamatan anak-anak kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Baca kisahnya.
Ada viral beberapa hari lepas pasal idea balik kampung yang selesa. Rujuk gambar. Selesa ke? Jangan duk buat wahai netizen semua. Biarpun kita rasa selesa. Tapi bahaya tau! Kak Ya sampai hari ni, masuk je bulan puasa mesti teringat-ingat kes-kes eksiden yang berlaku ketika nak balik raya.
Hospital daerah tempat Kak Ya kerja dulu, lokasinya dekat dengan LPT2.
So, bila hujung-hujung Ramadhan, memang meriah lah dengan eksiden.
Motor skidded, kereta langgar divider, kereta langgar lori, lori langgar kereta.
Allahuakhbar.
Ada 1 kes ni yang paling Kak Ya ingat sampai hari ni. Kak Ya onkol masa tu. Kami tengah duk bersiap nak bukak puasa. Dapat ambulance call, ada eksiden dekat LPT2.
MA Kak Ya masa tu bukak puasa minum air sat, terus pergi. Tak lama lepas ambulance keluar, sampai satu kereta orang awam stop depan ED, dukung seorang baby. Kak Ya anggar masa tu baby dalam umur 8-9 bulan gitu.
Kami terus resus. Baby memang tak ada response langsung. Anak mata pun tak reaktif. Tapi badan masih panas. Kak Ya and team KakYa masa tu, cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan baby tu. Cpr punya cpr, tapi tak mampu jugak mengembalikan denyutan jantung baby.
Susu meleleh keluar ketika CPR dilakukan
Allahuakhbar!
Paling sedih, masa Kak Ya cpr tu, susu meleleh keluar dari mulut baby. Allah. Terbayang kot wajah baby tu. Sampai saat ni masih terbayang. Montel tapi pucat sangat. Allah. Masa taip ni pun bergenang air mata.
Allah sayangkan baby. Kami tak mampu nak selamatkan baby. Maafkan kami baby. Tengah kami bertungkus lumus selamatkan baby, ambulance sampai.
Bawak ibu kepada baby yang patah tulang peha. Alhamdulillah, ibu stabil.
Paling luluh hati Kak Ya, bila ibu start tanya.Mana baby. Mana baby. Mana baby…
‘Abang..Mana anak kita bang..’ Tanya si ibu dekat suami beliau (suami alhamdulillah tak cedera). Kak Ya di sebalik langsir rasa macam nak pecah dada. Duk pikir macamana nak susun ayat bagitau si ibu yang baby dah tak ada.
Hmm..
At the end, Kak Ya bagitau jugak. And masa tu memang banjir lah. Si ibu mintak kebenaran nak peluk baby. Kami tolak katil baby rapat dengan katil si ibu. Ibu baby ni tak kisah dah peha dia yang patah tu. Bangun amik baby dia korang.
Sedih kot masa ni. Macam drama. Dicium pipi baby muka baby tangan baby. Sambil duk kata.
“Adik baru je duk minum susu mama tadi. Adik bangun la. Adik bangun laa..’
‘Abang.. anak kita bang! Anak kita! Baru je tadi duk nyusu bang, Allah…’
Ibu meratap kehilangan anak
Jeda…
Scene masa tu memang macam drama. Kak Ya memang tak mampu nak tengok dah. Lari sat ke pantry buat-buat minum air. Padahal Kak Ya banjir kat sinki. Esoknya post kol Kak Ya sampai rumah, Kak Ya peluk Hanina & Nabila. Sedih
So korang. Safety first ok?
Kes di atas, dia orang tak letak tilam pun dalam kereta. Ibu pangku baby sambil menyusu. Ayah mengantuk, terbabas langgar besi penghadang jalan. Baby yang dipangku erat oleh si ibu terpelanting ke luar melalui cermin depan.
Cuba bayangkan!
Anak-anak yang enak tidur di atas tilam yang kita letak kat belakang kereta tu.
Konon untuk keselesaan. Tanpa seat belt. Tanpa apa-apa halangan. Dia orang boleh terpelanting ke arah mana pun semasa kemalangan.
Allahu.. Mintak jauh.. Nauzubillah
So Kak Ya mintak.
Jangan kita membabi buta ikut je cadangan tanpa pikir keselamatan kita & family. Kak Ya doakan semoga Allah pelihara perjalanan kita & kita semua sampai di kampung halaman dengan selamat.
Aaminn…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

