
Itu luahan jujur Mohammad Hasri Haslan, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, ketika berkongsi detik pilu yang dilalui dalam satu operasi menyelamat yang sangat meninggalkan kesan di hati.
Menurut Hasri, pengalaman membantu mengeluarkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dari dalam kereta yang ditemui di dasar sungai semalam merupakan antara operasi paling menyayat hati sepanjang dia bertugas.
Walaupun sukar menggambarkan perasaan sebenar ketika itu, Hasri berkata dia perlu tetap kuat menjalankan tanggungjawab sebagai anggota penyelamat.
BACA: Tragedi Sungai Korok: Enam Sekeluarga Ditemui Meninggal Dalam Kereta Tenggelam
Semalam, misteri kehilangan satu keluarga sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab dengan penemuan kereta jenis
Proton Iswara di dasar Sungai Korok, Kedah, bersama enam jasad yang berada dalam keadaan saling berpelukan di tempat duduk belakang.Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Azim Izat Ishak, 32, bersama isteri Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi
, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki berusia enam bulan, Tuah Haydar.Menurut laporan, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jerlun selepas bermalam di rumah adik Mohamad Azim di Taman Sri Aman. Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
Penemuan tragis ini turut mengundang rasa sedih netizen di seluruh negara, apatah lagi apabila mengetahui keenam-enam mangsa dijumpai dalam keadaan berpelukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!