Dalam satu perkembangan penuh emosi selepas tragedi menyayat hati di Sungai Korok, anak sulung pasangan suami isteri yang terkorban, Puteri Qisya Nur Izzat, akan dijadikan anak angkat Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiselepas menziarahi kediaman nenek Puteri Qisya di Kampung Bohor Karang.
“Saya nasihatkan adik ini supaya menjadi anak yang solehah, kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab.
“Saya minta dia sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik-beradiknya yang telah pergi,” ujar beliau kepada media.
Ditawar Tempat Di MRSM Tahun Hadapan
Dalam kunjungan itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Puteri Qisya akan ditawarkan tempat belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada tahun hadapan sebagai langkah memastikan masa depannya lebih terjamin.
Ads
“Saya galakkan dia belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. MRSM bersedia menerimanya dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya,” jelas Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Usaha Tambahan: Bantuan Keluarga & Penambahbaikan Keselamatan Jalan
Kerajaan juga komited untuk menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh ahli keluarga mangsa tragedi.
Malah, Zahid turut mengumumkan cadangan membina pagar penghadang serta pemasangan lampu jalan di laluan berhampiran lokasi kejadian untuk meningkatkan aspek keselamatan.
Ads
“Kita difahamkan laluan ini tidak mempunyai lampu jalan dan keadaan agak gelap.
“Jadi, saya akan ikhtiarkan pemasangan lampu jalan bukan sahaja di kawasan ini, tetapi juga di kawasan gelap yang lain,” katanya.
Katanya lagi, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya, yang turut dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Enam Sekeluarga Terkorban
Tragedi hitam yang berlaku awal pagi Sabtu lalu telah mengorbankan enam sekeluarga apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai.
Ads
Mangsa yang terkorban ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat orang anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.
Puteri Qisya merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat kerana tidak ikut serta bersama keluarganya malam kejadian dan bermalam di rumah ibu saudaranya di Taman Seri Aman, Jitra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuka permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service (CoS) bermula 2 hingga 20 Mac ini sebagai langkah proaktif menangani keperluan guru di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, hebahan rasmi berkaitan pengambilan 20,000 guru KPM DG9 itu akan dibuat pada 23 Februari, manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan berlangsung dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Langkah Strategik Menangani Kekurangan Guru
Menurut beliau, pengambilan berskala besar ini merupakan sebahagian daripada persediaan awal KPM bagi menyokong pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang bakal menjadi kerangka utama pembangunan pendidikan negara untuk tempoh sedekad akan datang.
Selain itu, pengambilan ini turut bertujuan menampung keperluan tenaga pengajar susulan pelaksanaan kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela bermula tahun hadapan, yang dijangka meningkatkan bilangan murid di sekolah rendah seluruh negara.
“KPM komited memastikan jumlah guru mencukupi di sekolah-sekolah di semua negeri, termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman, di samping memperkukuh kualiti pendidikan selaras dengan agenda Kerajaan MADANI,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Proses Saringan dan Latihan Ikhtisas Calon
Dr Mohd Azam menjelaskan bahawa setiap calon yang berjaya dalam pengambilan 20,000 guru KPM DG9 ini akan melalui proses saringan yang ketat bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan kompeten dipilih untuk menyertai perkhidmatan pendidikan negara.
Semua calon yang dilantik diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM sebelum ditempatkan di sekolah.
Latihan ini merangkumi pelbagai bidang pengkhususan, termasuk pedagogi, pengurusan bilik darjah, pentaksiran pembelajaran serta penguasaan teknologi pendidikan selaras dengan keperluan semasa.
Sokongan Kepada Agenda Kerajaan MADANI
Pengambilan besar-besaran ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem pendidikan negara demi manfaat jangka panjang anak-anak Malaysia.
Pendidikan berkualiti terus dijadikan teras utama pembangunan negara selaras dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi.
Dalam masa yang sama, inisiatif pengambilan 20,000 guru KPM DG9 ini turut membuka peluang kerjaya yang besar kepada graduan pendidikan serta lepasan institusi pengajian tinggi yang berminat untuk menyumbang bakti dalam sektor pendidikan awam.
KPM menasihatkan semua calon yang berminat agar sentiasa mengikuti pengumuman rasmi dan memastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu insiden tragis menggemparkan Indonesia apabila sebuah pesawat jenis ATR 42-500 yang membawa seramai 11 individu dilaporkan terhempas.
Menurut laporan, pesawat malang itu terhempas di kawasan pergunungan terpencil yang terletak di puncak Gunung Bulu Saraung berhampiran Makassar.
Pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh Kementerian Lautan dan Perikanan Indonesia dilaporkan hilang daripada radar ketika sedang terbang pada ketinggian rendah sebelum komunikasi terputus sepenuhnya.
Data penerbangan menunjukkan isyarat terakhir dikesan kira-kira 20 kilometer dari Lapangan Terbang Makassar, sebelum pesawat itu gagal dikesan.
Menurut laporan awal, pesawat tersebut membawa lapan kru serta tiga penumpang.
Rakaman yang kini tular di media sosial memperlihatkan serpihan pesawat yang hangus bertaburan di kawasan berbatu, dengan keadaan persekitaran berkabus tebal sekali gus menyukarkan operasi pencarian dan menyelamat.
Difahamkan, lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan menyukarkan pasukan penyelamat untuk tiba dengan segera, memandangkan akses yang terhad serta faktor cuaca yang tidak menentu.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status mangsa mahupun punca sebenar kejadian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!