Keinginan seorang gadis melakukan terjunan rope swing Ahad lalu di Kuala Kubu Bharu berakhir dengan ujian apabila kabel yang mengikatnya mengalami kesilapan teknikal sebelum Siti Halijah Abd Rahim, 33 terjatuh ke dalam sungai dan tubuhnya terhempas ke sungai tersebut dari ketinggian 10 meter.
Difahamkan Siti Halijah berkeinginan melakukan terjunan rope swing malah sempat memuat naik gambar terakhir sambil memegang placard Don’t Tell My Mom sebelum melakukan terjunan tersebut.
Dalam satu perkongsian dibuat adiknya, Mohamad Yakub di fbnya, dia memaklumkan kakaknya sudah selamat menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian L4, L3, L2 dan pembedahan dibuat segera semalam untuk menyelamatkan urat kaki kakaknya dari gagal berfungsi selepas tragedi tersebut berlaku.
Redha dengan tragedi tersebut selain mengharapkan doa dari orang ramai selain mengharapkan sumbangan orang ramai untuk pembedahan kakaknya, di Facebook-nya juga Mohamad Yakub sempat memberi pesanan kepada orang di luar sana agar tidak menuding jari kepada sesiapa tentang tragedi yang berlaku ini.
Tidak mencari siapa benar dan siapa salah. Malah pihak bertanggungjawab dalam aktiviti rope swing tersebut, RENTAS dikatakan sangat membantu dan memberi kerjasama kepada Ejah (panggilan untuk kakaknya) dan kami sekeluarga. Kun fa ya kun. Kalau Dia nak jadi maka terjadilah ia. Siapa kita nk menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA.
.
.
Baca perkongsiannya.
7 Jam bertarung nyawa di dalam OT Room
29.9.2020 seawal jam 6.45 pagi, awak dah pun ditolak dalam dewan bedah Jah. Awak sempat lagi bergurau “dik tolong ambil gambar aku sekeping masa nurse tolak katil. Aku nak masuk dewan bedah. Aku nak buat kenangan nanti bila aku dah baik.
Ya Allah, dalam hati aku kau sempat lagi bergurau Jahkan. Tapi kalau korang nak tahu, itulah watak kakak saya yang ramai buat orang tertawa.
Jam 7.30am, aku tunggu di luar dewan bedah. Kau pun dah masuk ke dalam Jah. Lampu dewan bedah mula menyala, tappp!!
Aku dah mula risau beb. Aku dah start duduk berdiri berjalan semua tak kena. Macam macam ada dalam kepala hotak ni yang datang.
.
Nak pasang 8 skru di tebuk di tulang belakang
8 skru nak ditebuk di tulang belakang awak Jah. Besi rod lagi nak dimasukkan. Ya Allah aku tak boleh bayangkan Jah macam mana kau sangat kuat untuk semua tu. Lama aku tunggu kau Jah dekat laur tapi tak apa, sampai ke ke titisan darah terakhir aku Jah, selagi nyawa di kandung badan aku sabagai adik kau aku akan tetap bagi sokongan moral gila-gila kat ko!
Jam 3 petang, nurse bagi tahu akak awak dah selesai dibedah. Now dia ada di dalam icu. Then aku tak tunggu lama Jah. Soalan pertama aku tanya pembedahan ko macam mana?
Then nurse tu kata berjaya Allamdulillah Jah. Makbul doa kawan-kawan, ahli keluarga dan sahabat handai awak Jah. Nurse di ward ICU tu tak kenal pun awak Jah. Dia boleh cakap kat aku yang kakak awak ni kuat semangat dia..YES! Itulah yang aku nak ko buat Jah.
Jam 5.30 petang waktu melawat ko pun dah tiba. Serius Jah, aku kena cekalkan hati mental dan fizikal untuk aku jumpa kau sebab doktor cakap kau separa sedar dan doktor cakap awak cakap je dengan dia. Telinga dia dengar dan dia faham apa awak cakap.
Aku dan Umi pun masuk dan terus ke katil awak Jah. Umi sampai di sisi awak. Air mata ibu memang tak akan pernah kering. Dia usap tangan awak Jah sambil menagi. Jah, Umi datang ni Jah.
Awak dah selamat Jah. Istigfar banyak-banyak Jah dan saat itu kuasa Allah telah terbukti apabila mata awak terus terbuka dan awak tengok Umi. Air mata awak meleleh Jah dan awak seakan mahu berkata sesuatu tapi tak boleh sebab masih ada wayar oksigen di dalam mulut awak.
Dari raut wajah awak Jah, aku dapat rasa kesakitan yang awak tangung sekarang bukanlah macam jatuh bermain basikal. Perit pedih dan satu badan awak mengigil Jah. Nak terima besi di dalam badan bukan satu perkara yang mudah.
Aku pegang tangan ko Jah. Aku cakap kat ko syabas Jah! Ko dah berjaya sampai ke puncak gunung! Inilah Jah yang aku kenal sebelim ni semangat juang kau yang sangat tinggi! Cuma aku pesan jangan pernah down Jah ye sebab lepas nie your life totly change! Awak tuduk kan kepala tanda paham.
Habis waktu melawat kau Jah, aku terpaksa balik sebab dalam ICU siapa pun tak boleh tunggu kau Jah. Tapi bila aku cakap aku nak balik, ko tarik tangan aku Jah. Muka kau macam kau takut. Tak per Jah, nurse dalam ni cantik cantik semua baik-baik. Esok aku datang lagi ye. Kau berehatlah dulu.
Esok doc pakar akan buat MRI dan city scan untuk pantau result stand dan skru yang dah di pasang kat tulang belakang kakak saya. Kalau ada keajaibpan syifaq kesembuhan masya-Allah tabarakallah, urat saraf dia kembali normal awak akan sembuh Jah. Doaka semua agar esok dan hari mendatang ada keajaiban berlaku kepada kakak saya. Sebab ramai sayang dia.
Yang nak bantu boleh hulurkan bantuan ke akaun Yakub ya.
Sektor fesyen dan peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya baru je kita dengar berita penutupan stor fesyen seperti Esprit,Zara dan beberapa label terkenal yang mengecewakan ramai peminat fesyen.
Terbaru, kita dikejutkan dengan berita syarikat fesyen terkenal, H&M umum akan tamatkan perkhidmatan 170 cawangan mereka di seluruh dunia pada 2020 setelah mencatatkan kerugian hampir 50% (RM1.4 bilion) daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.
H&M pada awalnya memang bercadang mahu menutup sekitar 130 cawangan, namun jumlah tersebut terpaksa ditambah susulan daripada kerugian yang dialami dan memfokuskan pada penjualan secara dalam talian mengikut keadaan tabiat pembelian semasa.
Ads
Menurut CEO Kumpulan H&M, Helena Helmersson memberitahu pihak mereka menjangkakan pandemik COVID-19 akan memberi kesan jangka panjang terhadap tabiat pembelian pelanggan.
Ini menyebabkan syarikat akan terus melakukan perubahan dan mengadaptasikannya dengan cara bekerja syarikat ke arah perkembangan digital; lebih fleksibel, pantas dan efisyen.
Ads
Sebagaimana kita sedia maklum, akibat pandemik COVID-19 semua sektor di seluruh dunia mengalami kerugian dan paling sadis terpaksa menutup operasi mereka susulan daripada tidak mampu menjana pendapatan dan mencatatkan kerugian.
Emm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la sebab H&M antara label kegemaran penulis juga sebab ia affordable dan trendy.
Selain menampilkan hero dan heroin hebat tanah air, filem terbaharu berjudul Imaginur arahan Nik Amir Mustapha turut menjadi fenomena dan melakar sejarah tersendiri kerana jalan ceritanya yang berlainan dan menarik.
Selain itu, apa yang menariknya yang para penonton baru tahu mengenai poster utama karya hebat itu adalah hasil suntingan bukan sahaja dari sudut ‘text‘, namun figura yang terpampang di atas poster tersebut.
Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya (@chuha.fox), dia mendedahkan rupanya pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy tidak memegang tangan aktres jelita, Diana Danielle dalam poster berkenaan.
Dalam hantaran video pendek tersebut, poster itu memaparkan pelakon berusia 43 tahun itu sedang memegang tangan Diana namun rupa-rupanya, ia hanyalah suntingan (edit) semata-mata dan sebenarnya aktor itu memegang tangan seorang lelaki.
“Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster itu edit sahaja.. baru tahu,” coret pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal pula babak Beto memeluk Diana adakah ia hanyalah suntingan juga atau benar-benar dilakukan.
Namun begitu, ada segelintir pengguna yang berpendapat dan menegaskan bahawa babak tersebut juga adalah hasil suntingan, dimana Beto memeluk seorang lelaki kemudiannya disunting menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak produksi.
Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pelakon filem popular Mat Kilau itu yang sentiasa menjaga batasnya ketika berlakon dengan wanita lain memandangkan mahu menjaga perasaan dan hati seorang insan yang bergelar isteri.
Terkini, hantaran video tersebut menerima lebih satu juta jumlah tontonan dan lebih 60 ribu tanda suka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Yayasan Khazanah mengumumkan bahawa Hoh Jia Da, iaitu seorang pelajar Malaysia telah dipilih sebagai penerima biasiswa berprestij Rhodes Scholarship dari Universiti Oxford.
Hoh, yang merupakan graduan Kolej Yayasan Saad dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ijazah dalam Kejuruteraan Perisian, akan menyertai kumpulan pelajar elit global, Rhodes Scholars, pada Oktober 2025.
Pemilihan ini memberi peluang kepada Hoh untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di Universiti Oxford, di mana beliau akan mengambil Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Komputer Lanjutan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Menurut laporan NST, Hoh berkongsi matlamatnya untuk meneroka teknologi, dasar, dan impak sosial di Oxford, sambil menjalin hubungan dengan individu yang berfikiran sama yang komited untuk menangani cabaran global.
“Saya percaya teknologi baru muncul, apabila dipandu oleh empati dan inovasi, mempunyai potensi besar untuk meningkatkan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan mengubah kehidupan.
“Melalui perjalanan ini, saya berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada transformasi digital Malaysia dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan aspirasi mereka dan membuat perubahan,” kata Hoh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut mengucapkan tahniah kepada Hoh atas pencapaian membanggakan ini, yang sekali gus memberi inspirasi kepada Malaysia.
“Perjalanan Hoh menyerlahkan kecerdasan, ketabahan, dan semangat beliau dalam menggunakan teknologi untuk memajukan komuniti.
“Semoga beliau terus menginspirasi dan menyumbang kepada transformasi digital Malaysia. Selamat maju jaya di persada antarabangsa!” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Hoh memperoleh Biasiswa Rhodes, yang ditubuhkan pada tahun 1903, selepas melalui proses pemilihan yang sangat kompetitif di Malaysia, termasuk dua pusingan penilaian dan temu bual akhir dengan panel antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!