Tahukah korang lebih tinggi arus elektrik maka lebih tinggi risiko kematian? Ia boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut.
Malah, hari ini satu beritasedih dan tragis diterima apabila seorang bapa kehilangan tiga anak perempuannya akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir di Pantai Timur.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir.
Foto Via Mstar
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah. Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa merupakan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Keadaan banjir di kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong, Kelantan ini berlaku setelah hujan lebat turun lebih dari 24 jam. Orang ramai dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan melibatkan banjir.
TIP KESELAMATAN ELEKTRIK SEWAKTU MUSIM BANJIR
Ads
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tip keselamatan elektrik ketika musim banjir.
Gambar Hiasan Via Bernama
Sebelum banjir
Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama pada kedudukan ‘OFF’.
-PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
Ads
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepadaTNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan
Ads
Semasa banjir
ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
Selepas banjir
BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya.
Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah.Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Harap kita semua berhati-hati pada musim tengkujuh ini. Kecuaian boleh mengundang padah. Moga bermanfaat kepada semua terutamanya mangsa banjir.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat pasukan negara kerana berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan gol 2-0 semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menyaksikan semangat rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk menyokong kontinjen negara dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kali ini.
Kemenangan pasukan negara disudahi dengan insiden lontaran suar dan balingan kerusi daripada penonton di stadium. Situasi ini memang sudah tidak asing kerana masyarakat kita sudah sedia maklum jika bertemu dalam perlawanan bola sepak dengan negara jiran tersebut, mesti akan ada insiden yang tidak diingini berlaku.
Setiap kali perlawanan bersama Indonesia, ada sahaja tanggapan negatif tentang penyokong tegar negara mereka.
Namun begitu, tidak semua rakyat Indonesia bersikap kasar orangnya. Satu komen yang telah dikongsi oleh pageDetective Konon ini menunjukkan buka semua warga Indonesia bersifat negatif.
Komen yang ditinggalkan oleh Dodi ini menyatakan bahawa Malaysia memang layak menang kerana mempunyai supporters yang lebih dewasa, tidak seperti di negaranya.
Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita pun negara berjiran, buat apa nak gaduh-gaduh kan? Hiks!
Apa pun sokongan yang korang berikan semalam memang power! Rasanya sebab itu juga pasukan negara betul-betul bersemangat di atas padang.
Apabila kerajaan mengumumkan bahawa sekolah sudah boleh dibuka semula sebelum ini, pelbagai SOP perlu dipatuhi demi memastikan kesihatan murid terjaga.
Ini mungkin mimpi ngeri buat mak dan ayah semua apabila Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas.
“Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak COVID-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.
Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.
Moga kita semua mematuhi SOP dan dijauhkan dari pandemik maut ini.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Terbaru, Universal Studios Singpura (USS) juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2020.
Malah, segala informasi tentang pusat taman teman itu juga turut dikongsi dalam laman web rasmi rwsentosa.
Pembelian tiket hanya boleh didapati secara dalam talian dan tiket masuk adalah untuk semua tarikan yang ada di dalam USS, kecuali bagi acara-acara khas seperti Halloween Horror Nights. Resorts World Sentosa (RWS) juga menjelaskan bahawa kebanyakan daripada permainan di USS sudah pun dibuka termasuklah sesi meet & greet. Namun begitu, difahamkan semua persembahan di USS akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Taman tema ini antara yang menjadi pilihan bagi masyarakat Malaysia, namun dek kerana negara kita masih belum membuka pintu sempadan untuk ke luar negara, maka diharapnya agar korang sabar dahulu ya. Hiks!
Di negara kita pula, taman tema Sunway Lagoon dan Genting Highlands Skypolis juga sudah memulakan operasinya pada Julai ini.
Apa yang menariknya, jika korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon ke secara online, korang bakal mendapatkan FREE QUACK EXPRESS pada 4 dan 5 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Sunway Lagoon.
Bagi yang mahukan cuaca lebih dingin, korang boleh ke Genting Highlands dan nikmati indoor theme park Skypolis yang turut dijadual beroperasi bermula bulan ini. Antara tarikan yang ada disini adalah The VOID, Sky Towers, Spin Crazy dan banyak lagi.
Selepas penat bersuka ria di taman tema tersebut, bolehlah singgah sebentar di Genting Highlands Premium Outlets untuk ‘cuci-cuci mata’ sikit. Hiks!
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kira ‘Cuti-Cuti Malaysia’ terlebih dahulu. Khabarnya, banyak promosi harga yang akan ditawarkan bagi menarik pelancong tempatan untuk berkunjung ke taman tema tersebut.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.