Aktres jelita, Tracie Sinidol berkongsi pengalaman peribadi yang pernah dilaluinya sehingga hampir kehilangan penglihatan pada mata kiri.
Tidak disangka, pengalaman tersebut akhirnya menjadi inspirasi buat dirinya untuk menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Malaikat Malam.
Menurut Tracie, kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu ketika dia sedang bermain badminton apabila mata kirinya terkena pukulan bulu tangkis sehingga menyebabkan penglihatannya hilang buat sementara waktu.

Pernah Hilang Penglihatan Sementara
Berkongsi mengenai detik mencemaskan itu, Tracie mengakui dia sempat berasa gementar apabila tidak dapat melihat menggunakan mata kirinya selepas insiden tersebut.
“Saya pernah berdepan satu situasi di mana penglihatan mata belah kiri akibat terkena bulu tangkis ketika bermain badminton.
“Waktu terkena bulu tangkis, ‘benda’ terakhir yang saya nampak adalah seperti satu pancaran cahaya berwarna putih yang sangat terang.
“Saya sangat gementar sebab penglihatan mata belah kiri saya memang hilang sampaikan saya terfikir adakah saya akan benar-benar buta sebelah mata.
“Bila ke hospital, doktor memang cakap ada kecederaan dan saya akan berdepan buta sebelah mata buat sementara waktu.
“Selepas seminggu, saya dapat melihat semula tetapi sepanjang proses untuk sembuh, saya merasai pengalaman bagaimana mereka yang kurang upaya rasai dan dari pengalaman itulah saya guna pakai untuk bawa karakter dalam filem ini,” katanya kepada Remaja.

Cabaran Bawa Watak Ratna
Dalam masa sama, juara Dewi Remaja 2022 itu turut mengakui watak Ratna yang dipegangnya memberikan pengalaman lakonan yang berbeza buat dirinya.
“Ini satu pengalaman baharu dan bermakna buat saya tapi waktu dapat tawaran saya berasa teruja dan gementar juga.
“Saya terfikir kalau-kalau tak dapat sampaikan kepada penonton sebab bukan senang nak bawa karakter ini.
“Sebab selama ini, bila berlakon kita akan ada ‘eye contact’ dengan pelakon lain tapi kali ini hanya menggunakan pendengaran saja,” kongsinya.

Pengalaman Yang Mengajar Erti Bersyukur
Dalam pada itu, Tracie turut mengakui pengalaman kehilangan penglihatan buat sementara waktu itu memberi pengajaran besar dalam hidupnya untuk lebih menghargai nikmat yang dimiliki.
“Pengalaman itu juga sangat menyentuh hati saya sebab selama ini kebanyakkan dari kita seakan ambil remeh dengan apa yang kita ada.
“Bila sesuatu nikmat itu sudah ditarik barulah kita nak belajar menghargai. Pengalaman itu juga sedikit sebanyak mengajar saya erti bersyukur,” ujarnya.
Anda mungkin berminat dengan

Bakal Temui Penonton 26 Mac Ini
Untuk info, Tracie memegang watak Ratna yang merupakan seorang gadis kurang upaya penglihatan dalam filem Malaikat Malam.
Selain Tracie, filem arahan Nazifdin Nasrudin itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Que Haidar, Amir Nafis dan Kodi Rasheed.
Filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tiktok.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, beliau terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tiktok saya yang telah menyinggung perasaan Puan. Saya mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah”

“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video saya sebelum ni, ia hanyalah parodi random”
“Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang saya sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video saya,” katanya.
Dalam pada itu, Imran turut mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat konten lebih lagi apabila melibatkan nama pihak lain.
“Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan saya bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Saya hargai teguran Puan dan saya akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup,” terangnya lagi.

Selain itu, personaliti media sosial itu turut menyatakan hasrat untuk bertemu pelakon berkenaan untuk memohon maaf secara bersemuka.
“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, saya berharap dapat berjumpa dengan Puan secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf saya secara bersemuka dan tertutup. Saya percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan saya dalam memperbetulkan keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi video Tiktok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar (54) meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memuat naik konten menggunakan namanya sehingga merosakkan reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Dah jadi ‘hobi’ orang perempuan, pantang sahaja melihat barangan keperluan rumah yang berguna, lebih-lebih lagi kalau harganya murah dan berpatutan.
Bukan hanya untuk perempuan yang dah berumah tangga sahaja, sebenarnya perempuan bujang juga mempunyai keinginan dan ‘nafsu’ yang sama dalam membeli barangan rumah.
Antara kedai yang menjadi pilihan mereka adalah Daiso. Banyak barang yang ‘rare’ dijual disini kerana semuanya diimport dari Jepun. Jadi, apa-apa yang korang nak cari, boleh cuba dapatkan disini.
Kali ini, kami nak senaraikan antara barang-barang keperluan dapur yang sangat berguna untuk memudahkan kerja rumah, hasil perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Azlin Ramli.
1. Tisu basah untuk mop lantai

Korang boleh pilih sama ada nak yang ada bau atau tidak. Pengemop dia juga turut dijual sekali, siap guna buang terus.
2. Penapis cuci pinggan

Produk ini adalah untuk menapis sisa cuci pinggan sebelum dibuang dalam tong sampah. Memang berguna untuk memudahkan kerja dan elakkan sinki daripada tersumbat.
3. Perangkat rambut dalam bilik mandi

Benda ni paling best terutamanya untuk kaum perempuan. Selalu menghadapi masalah rambut gugur ketika mandi, inilah salah satu jalan penyelesaian yang ada bagi mengelakkan saluran di bilik air tersumbat.
4. Oil absorbent pads

Bagi korang yang tidak suka makan makanan yang terlalu berminyak, di sini juga korang boleh mendapatkan produk untuk menarik lebih minyak. Selain itu, terdapat juga produk yang membolehkan korang mengeraskan minyak sebelum dibuang.
5. Perangkap lalat dan tikus

Kalau rumah korang banyak tikus, jangan risau sebab Daiso juga ada menjual perangkap tikus dan juga lalat. Cuma, korang berani tak nak buang tikus-tikus tu nanti? Hiks!
6. Penghalau serangga

Selain daripada lalat dan tikus, ada juga produk yang boleh menghalau atau mengelakkan haiwan-haiwan ‘berkunjung’ ke rumah kita.
Paling penting, harganya berbaloi kan?
∞
Kalau korang pernah apply kerja di JobStreet, mesti dah tahu macam mana persaingan yang bakal dihadapi kerana mungkin ada beribu calon lagi turut memohon jawatan yang sama.
Sebenarnya, korang boleh subcribe priority application (PA) di JobStreet untuk memastikan resume korang dihighlightkan daripada resume-resume yang lain. Tapi, ia bukan percuma ya, harga ditawarkan berbeza mengikut job grade. Makin tinggi makin mahal.
Namun begitu, ia tak bermaksud korang confirm dapat jawatan tersebut tapi sekurang-kurangnya bakal majikan akan melihat resume korang terlebih dahulu. HR kalau dah lama-lama tengok banyak resume dalam satu masa, mereka pun bosan juga. Hiks!
Informasi ini dikongsi dalam thread twitter Farah Izzati Zul yang juga pernah belajar melalui orang-orang berpengalaman dan pihak HR.
Priority Application
Mohon kerja yang berkaitan
Nak minta kerja ni kena ada effort dan kesabaran yang tinggi. Sebelum submit application tu, tulis la kenapa bakal majikan patut ambil korang sebagai pekerja. Jangan malas sangat terus je submit resume macam tu je.
Paling penting, mohon kerja yang berkaitan dengan kerja korang sebelum ini atau yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan.

Apply job according to your level. Kalau exec, apply la untuk jawatan executive. Bila dah tiga atau empat tahun mungkin korang boleh apply untuk Senior Exec tapi terpulang kepada company tersebut. Tak semua sama kerana masing-masing based on KPI.
Lagi satu, tak payah la terpengaruh sangat dengan iklan-iklan buat resume ni. HR bukan nak hire graphic designer ya. We need candidates with great achievement. Bear in mind!
Tip untuk fresh grad

Nak demand gaji? Boleh, tapi kalau entry level tolong jangan demand lebih melainkan korang ada extra skills dan yakin dapat memenuhi expectation mereka sebab makin tinggi gaji, makin meningkat tanggungjawab dan workload.
Akhir sekali, rajin-rajinlah search dekat semua website, cari top employers di Malaysia kalau korang nak kerja di company yang besar dan kuat. Jangan terlalu bergantung pada JobStreet semata-mata. Aktifkan akaun Linkedln juga, connect with Hr’s. Banyak perkara yang korang boleh belajar.
Good luck!
∞