
Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Baru sebentar tadi, melalui laman twitter Menteri Belia dan Sukan hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan agihkan lebih kurang 5000 topeng muka dan juga sanitasi tangan secara percuma kepada semua penghantar makanan – tidak kira dari GrabFood, FoodPanda dan sebagainya.

Topeng muka dan sanitasi tangan percuma ini akan diagihkan bermula 27 Mac 2020 pada pukul 9 pagi di beberapa lokasi – iaitu di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan, JBSN Negeri Sembilan, dan Spacerubix Puchong.

Penawaran ini adalah untuk yang terawal, dan sementara stok masih ada. Bagi anda yang terlibat dalam penghantaran makanan, mungkin boleh mendapatkan penawaran ini bermula esok, 27 Mac 2020.
Ketika ini bekalan topeng muka sukar untuk didapati. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok bekalan topeng muka dan kemudiannya menjual secara dalam talian dengan harga yang amat mahal.
Moga Allah melindungi abang-abang riders yang menjadi hero kita sekarang.
Sumber : Twitter Reezal Merizan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arah Rusia Serang Ukraine, Kenali Siapa Vladimir Putin Sebelum Menjadi Presiden

Seperti yang diketahui umum, negara Rusia dan Ukraine sedang berdepan dengan keadaan yang sangat gentir sekarang. Bagai tiada jalan penyelesaiannya, serangan demi serangan saling dilakukan oleh kedua-dua pihak disana.

Malah beberapa siri letupan dilapor berlaku di Ukraine hari ini setelah presiden Russia iaitu Vladimir Putin mengistiharkan perang terhadap negara tersebut.
Jangan di buat main Vladimir Putin ini atau nama penuhnya Vladmir Vladimirovich Putin.
Jom kita kenali serba sedikit tentang Presiden Rusia ini.
Beliau dilahirkan pada 7 October, 1952 di Leningrad, Russia dan kini berusia 70 tahun. Sebelum menceburkan diri dalam dunia politik seterusnya menjadi Presiden Rusia, beliau merupakan pegawai perisikan (1999-2008) sebelum menjadi ahli politik yang berkhidmat sebagai presiden (2012-kini).
15 Tahun Sebagai Pegawai Perisikan
Menurut laporan Britainnica, Vladimir Putin telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai pegawai perisikan asing di KGB, agensi perisikan asing dan keselamatan domestik Kesatuan Soviet. Ketika tahun 1990, beliau telah bersara daripada KGB dengan pangkat Leftenan Kolonel.

Seterusnya, beliau dinamakan sebagai presiden pada tahun 1999 dan ketika itu perlembagaan Russia telah mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada dua penggal berturut-turut.
Disebabkan itu, setelah penggal kedua berakhir pada tahun 2008, beliau berkhidmat pula sebagai perdana menteri. Namun, pada tahun 2012, beliau berkhidmat semula sebagai presiden.
Pada Januari 2020, lebih kurang dua tahun yang lalu, beliau telah merangka perlembagaan baru supaya akan kekal sebagai presiden selama dua penggal lagi.

“Ia dimasukkan dalam pakej pindaan yang telah diluluskan oleh perundangan Russia dan pengundi dalam referendum kebangsaan pada Julai tahun semasa,” lapor Britannica.
Untuk makluman, Putin merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Negeri Leningrad dan tutornya adalah Anatoly Sobchack yang merupakan salah seorang ahli politik reformasi terkemukan pada zaman perestroika.
Oooo….baru tahu Putin ini seorang perisik dulu, patut la berhati kental lancar perang.
Sumber: Britannica
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ‘Pengantin Malu-Malu’ Sampai Menggeletar, Ustazah Beri Teguran Dan Pandangan

Bagi kebanyakan individu normal,sifat malu adalah perkara biasa sekiranya melakukan sesuatu perkara yang janggal di khalayak ramai. Lagi-lagi di majlis pernikahan kita.
ARTIKEL BERKAITAN : Permulaan Dosa Dan Undang Fitnah, JAIPK Seru Para Pengantin Baru Elak ‘Unboxing’ Isteri

Bagi sesetengah orang, mungkin menganggap situasi ini biasa namun banyak rakaman video seperti ini seakan mengikut ‘trend’ di media sosial dan ia dilihat seperti ‘tidak sopan’. Malah, perkara ini makin menjadi-jadi mungkin ‘dibuat-buat’ agar menjadi ‘content’.
Hal ini telah menarik perhatian Ustazah Sharifah Zahidah memberi sedikit teguran dan pandangan tentang situasi ini. Secara peribadinya mengatakan bahawa gelagat ‘pengantin malu-malu’ ini boleh mendatangkan fitnah daripada orang yang menonton video terbabit.
“Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.”

Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sweet dan comel katanya bila pengantin malu-malu pada sentuhan pertama.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan;
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling, katanya.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Apa pandangan korang? Moga jadi peringatan kepada semua…
BACA LAGI : “Rasa Malu Tanpa Sebab”! Ia Satu Penyakit, Boleh Jadi Kronik
Sumber: Facebook Sharifah Zahidah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peserta Berpelukan Di AJL36 Dikompaun RM1,000 Gara-Gara Langgar SOP

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 36 masih lagi terasa dan tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah kerana berjaya menjadi juara menerusi lagu Pelukan Angkasa.
Namun begitu, ada satu berita kurang baik yang diterima kerana polis telah mengesan tindakan sekumpulan indivisu berpelukan pada malam itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita. Pihak polis sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

