Pelakon lagenda Hollywood, Tom Cruise baru-baru ini membuat kejutan manis apabila muncul dalam episod terbaru rancangan variety solo ‘Run BTS Jin’ sempena lawatannya ke Korea Selatan bagi mempromosikan filem aksi terbarunya, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part Two atau lebih dikenali sebagai Mission: Impossible 8
Memetik laporan berita hiburan Korea Selatan pada 12 Mei, kemunculan Cruise dalam rancangan yang dimuat naik secara mingguan menerusi saluran YouTube rasmi BTS, ‘BANGTAN TV’, ini merupakan kali pertama bintang antarabangsa itu bersemuka dengan salah seorang anggota BTS, Jin
Pertemuan kedua ikon global ini ternyata telah meraih perhatian dan menjadi bualan hangat peminat masing-masing di media sosial.

Dalam pada itu, penampilan Tom Cruise dalam rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah promosi filem ‘Mission: Impossible 8’ yang bakal ditayangkan di Korea pada 17 Julai ini.
Menurut laporan, pelakon berusia 61 tahun itu tiba di Seoul pada 7 Mei lalu dan ditemani pengarah filem Christopher McQuarrie dan beberapa pelakon utama lain seperti Hayley Atwell, Simon Pegg, Pom Klementieff dan Greg Tarzan Davis.
Menariknya, meskipun hanya Tom Cruise yang tampil dalam Run BTS Jin, barisan pelakon lain filem itu turut memeriahkan pelbagai kandungan hiburan Korea. Antaranya, pengarah McQuarrie menyertai program ‘Master’s Talk’ bersama pengarah ternama Korea, Choi Dong-hoon (The Thieves, Assassination), manakala Simon Pegg dan Greg Tarzan Davis bakal muncul dalam saluran YouTube kumpulan hip hop terkenal, Epik High.


Difahamkan, semua kemunculan istimewa ini dijangka akan dimuat naik secara berperingkat menjelang tayangan rasmi filem tersebut di pawagam. Selain itu, ia juga menambah keterujaan peminat tempatan dan antarabangsa yang tidak sabar menanti aksi mendebarkan dalam francais filem kegemaran ramai itu.
Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, kemunculan Cruise dalam rancangan K-pop seperti Run BTS Jin juga menandakan satu pendekatan terbaru dalam promosi filem antarabangsa, di mana kolaborasi di antara budaya Timur dan Barat menjadi tarikan segar dalam dunia hiburan moden.
Selain itu, kombinasi aura bintang Tom Cruise dan pesona Jin BTS juga turut dinantikan oleh ramai peminat dan memang tidak hairan jika episod khas ini bakal mencetus fenomena luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, telah menarik perhatian warganet selepas sebuah video yang memaparkan dirinya mengenakan jubah graduasi tular di media sosial.
Video tersebut dimuat naik di TikTok, menunjukkan Cik B mengenakan jubah konvokesyen lengkap dengan mortar board di kepalanya.
BACA LAGI: Datuk Seri Vida Sambung Master Dalam Bidang Pengurusan & Perniagaan Di London! Rasa Muda Bergelar Mahasiswa Semula

Dalam video itu, Cik B turut dilihat memegang sijil berwarna merah sambil bergambar bersama ibunya.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya sama ada gadis berusia 20 tahun itu sudah selesai menamatkan pengajian.
Terdapat juga komen yang mendakwa bahawa Cik B mungkin hanya mengikuti kursus pendek.
BACA LAGI: Didakwa Tak Fokus Dalam Kelas, Cik B Tampil Beri Penjelasan -“Sebab Itu Kena Bertanya, Jangan Terus Menghukum..”

“Cepatnya konvo rasa baru sahaja dia belajar dan nak cakap lain betul merah dia,” komen seorang pengguna.
“Tak sempat nak kecam banyak-banyak dah grad,” tulis juga pengguna lain.
“Mungkin Cik B pergi kursus sahaja rasanya… Kalau ambil sijil atau asasi pun at least makan masa setahun,” komen seorang lagi.

Untuk makluman, sekitar Oktober tahun lalu, Cik B melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B Salmon Official
∞
Baru beberapa hari dilancarkan, muzik video single terbaru Andi Bernadee, Shimmy Shimmy telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang mengatakan bahawa ia terlalu seksi dan membawa persepsi negatif terhadap masyarakat Malaysia.

Video yang menerima lebih daripada 900 ribu tontonan ini memaparkan Andi menjadi seekor Dracula dan ada pula scene mengigit leher perempuan. Ini yang membuatkan ramai yang tidak senang apabila menonton klip muzik video tersebut.

Malah, ada juga yang turut merasakan muzik video ini meniru daripada artis antarabangsa.

Haih, macam-macam komen netizen ni. Hiks! Korang pula rasa macam mana, onz ke tak?
∞
Isteri kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, iaitu Zira Ayub, telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersebut, Zira dilihat sedang menikmati minuman sambil mengenakan topi hitam, namun tanpa tudung di kepalanya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rambut panjang Zira yang berwarna keperangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bergelar Hafiz Al-Quran, Fatin Afeefa Sebak Hantar Putera Sulung Ke Sekolah Tahfiz

Difahamkan, Zira dan Nabil kini sedang berada di luar negara, namun belum ada penjelasan lanjut mengenai sebab Zira memilih untuk tampil dengan imej tersebut.
Keputusan Zira untuk tidak bertudung ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Naira Mikayla, sudah memilih untuk bertudung. Nabil mengakui bahawa keputusan anaknya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan, menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Sekadar info, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilan berhijabnya pada waktu itu mendapat pujian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zira Ayub
∞