Persembahan minggu ketiga Big Stage Alpha (BSA) menyaksikan detik penuh emosi apabila Ariel Fesol diumumkan sebagai salah seorang peserta yang berada dalam kelompok tiga terbawah bersama Allan Andersn dan Afiq Sky.
Namun, lebih memilukan apabila Ariel menjadi peserta yang tersingkir, sekali gus menamatkan perjuangannya dalam pertandingan tersebut.
BACA: Ashmirul Lebih Sesuai Bergerak Secara Solo Selepas Tinggalkan Big Stage Alpha – Syafinaz Selamat

Bagaimanapun, dia diselamatkan oleh juri tetap, iaitu Datuk Syafinaz Selamat.
Menurut Ariel, dia tidak dapat menahan rasa kecewa memandangkan tujuannya menyertai BSA adalah untuk mengejar kembali impian yang pernah ditinggalkan sebelum ini.
“Sudah semestinya saya kecewa, macam saya cakap saya datang ke Big Stage ini dengan membawa impian yang besar.

“Lebih kecewa sebab minggu ini buat pertama kali ayah saya datang untuk lihat persembahan saya. Dia selalu kata yang dia rindu nak tengok saya perform,” luahnya sebak.
Ariel turut menambah bahawa ibu bapanya merupakan individu yang mula-mula menyedari bakatnya dalam bidang seni.
“Parents saya adalah orang yang melihat bakat saya waktu saya kecil jadi bila mereka datang dan lihat saya di bottom three serta diumumkan sebagai perserta yang tersingkir, sudah semestinya saya sedih. Saya dah cuba kawal tapi gagal, sebab itulah saya tak pandang atas.
“Tapi syukur Alhamdulillah, saya terima ini merupakan salah satu rahsia Tuhan yang saya tidak tahu selama ini tetapi harini telah terjawab soalan di minggu ini.

“Mungkin saya terleka dan menganggap ini sebagai satu tamparan yang hebat untuk saya menjadi seorang penghibur yang baik pada masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk info, Ariel membawakan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal XPDC namun hanya berjaya meraih markah sebanyak 64.10 peratus daripada barisan juri tetap dan jemputan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, Jaclyn Victor dan Ajai.
Anda mungkin berminat dengan
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose kini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Nak pandu kereta rasanya semua orang boleh pandu dengan baik, tidak kira la sama ada lelaki atau pun perempuan. Tapi, tak semua pula tahu bagaimana nak menjaga kereta agar kondisi kekal tip top!
Mungkin untuk cik abang dekat luar sana tu dah memang ‘master’ bab-bab jaga kereta. Maklum saja, kereta kan ‘bini’ kedua kaum lelaki.
Cuma, untuk akak-akak yang tak berapa nak tahu dan ambil tahu, jangan risau sebab ada seorang brother ni cukup prihatin dengan kaum Hawa dan dia telah pun berkongsi tip penjagaan kereta khusus buat wanita. Sweet kan? Hiks!
Jom baca thread twitter yang dibuat oleh Sheikh Obaid ini.

Tip 1: Minyak hitam


Tip 2: Air Radiator


Tip 3: Tekanan udara tayar


Tip 4: Brake Pad


Tip 5: Penapis udara

Tip 6: Minyak kotak gear (Gearbox)

Tip 7: Bateri


Lepas ni, boleh la akak-akak dekat luar tu belajar serba sedikit tentang kereta. Nanti tak ada la mereka kata perempuan ni hanya tahu bawa tapi tak tahu jaga kan?
∞
Bersiap sedia untuk pengalaman fan fest yang korang tak akan lupakan!
KC Global Media bekerjasama dengan Astro untuk membawa One Astro Fan Fest, sebuah acara gempak yang menampilkan bintang Korea Selatan yang cukup dikenali, Yeo Jin Goo.
Dari 22 hingga 24 November, Sunway Pyramid Orange Concourse menjadi lokasi event paling cool di mana para peminat boleh berjumpa dengan selebriti-selebriti kesayangan mereka.
Bertemu dengan Yeo Jin Goo dan para pelakon popular

Bagi peminat Yeo Jin Goo, ini adalah peluang emas untuk berjumpa dengan bintang drama Korea yang terkenal melalui karya seperti Moon Embracing the Sun dan Revenant. Tapi tunggu dulu, ini bukan sekadar tentang Yeo Jin Goo!
Peminat drama Astro Originals seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Project EXIT juga bakal bertemu dengan pelakon-pelakon kegemaran mereka.
Pada 23 November, siap sedia untuk berjumpa dengan artis-artis hebat seperti Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Naim Daniel, Aedy Ashraf, Fazziq Muqris, dan banyak lagi. Kalau anda peminat Gegar Vaganza, jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka secara langsung.
Hari kedua bertambah wow dengan Nadhir Nasar dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Tak ketinggalan pada 24 November, penampilan khas Nadhir Nasar bersama skuad Kelas Tahanan Cikgu Hiragi akan memeriahkan acara, dan mereka akan berkongsi pentas dengan Alvin Chong, Siti Elizad, serta lebih ramai lagi.
Sudah pasti, ramai peminat yang tak sabar untuk bertemu mereka secara dekat!
K-Pop & Drama Astro: Gabungan Sempurna

Yang menariknya, ini adalah kali pertama peminat K-pop dan peminat drama Astro bertemu dalam satu acara!
One Astro Fan Fest menjadi satu platform kedua-dua dunia hiburan K-pop yang semakin mendunia dan drama tempatan yang semakin popular. Acara ini turut mempamerkan kejayaan drama-drama Astro Originals seperti Project EXIT dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, yang kini menjadi buah mulut ramai.
Dengan barisan selebriti yang menarik dan pengalaman yang tak dapat dilupakan, One Astro Fan Fest adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman eksklusif berjumpa dengan bintang kesayangan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang, beramah mesra dengan idola, dan jadi sebahagian daripada festival hiburan yang penuh dengan keceriaan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Dalam kehidupan sebenarnya adalah penting untuk kita menghargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain. Kami percaya masalah ini sering berlaku di kalangan remaja kerana segelintir daripada mereka tidak benar-benar mengakui pentingnya untuk mempunyai ‘self-respect’.
Hal ini berlaku mungkin kerana faktor-faktor seperti social standards, persekitaran, keluarga dan macam-macam lagi.

Sebilangan besar remaja tidak mengamalkan sikap self-respect dan cenderung untuk mengutamakan kepentingan orang lain sebelum diri mereka sendiri.
Ada beberapa perkara yang korang boleh buat untuk meningkatkan self-esteem yang baik bagi menghargai diri sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:
• Bercakap hal-hal yang positif terhadap diri sendiri (self-talk)
• Menjauhkan diri daripada individu toksik
• Melakukan aktiviti atau mencari hobi baru
• Menerapkan self-care seperti mempunyai istirahat yang cukup, makan makanan yang sihat dan bersukan
• Menerima bahawa tiada yang sempurna, sentiasa mensyukuri segala nikmat yang ada
Berikutan daripada masalah ini, pelajar tahun akhir daripada Taylor’s University Lakeside Campus telah pun mengadakan kempen yang memperkasa sikap self-respect di kalangan masyarakat yang dinamakan ‘TRI (To Respect ‘I’) Campaign’.
Mesej disampaikan melalui media sosial dengan pengisian di Instagram seperti Triangle Handsign, Instagram Template, Self-respect Bingo, secret challenge dan banyak lagi.
Korang boleh melawati laman Instagram @tri_campaign untuk keterangan lanjut.
∞