Selepas Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit atau kad kredit bermula 3 Ogos lalu…
Terbaharu, Lebuhraya DUKE (Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang) pula mengemaskini bahawa plaza tol yang ada di laluan mereka sudah mula menerima Sistem Pembayaran Terbuka bermula hari ini.
Selain itu, Divisyen Tol IJM juga sudah mula melaksanakan sistem SPT di Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), bermula 26 Ogos lalu.
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Chua Lay Hoon berkata, pelaksanaan ujian rintis itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kaedah pembayaran alternatif kepada pengguna lebuh raya.
Ads
“SPT membolehkan pengguna lebuh raya membayar tol dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar, selain kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go (TnG), SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), sekali gus memberi alternatif baharu kepada pengguna dalam proses pembayaran tol.
“Dalam tempoh ujian rintis ini, lorong yang menyediakan SPT dapat dikenal pasti melalui papan tanda khusus di gantri untuk membantu pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, pengguna lebuhraya perlu memastikan baki kad debit atau kredit mencukupi terlebih dahulu sebelum melalui lorong tersebut.
Ads
Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna masih boleh menggunakan kad TnG.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terlibat dalam pelaksanaan SPT adalah 12 lebuh raya yang dijangka bermula pada September 2023.
Ads
Katanya lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketumbit merupakan satu bisul kecil yang terdapat di bahagian kelopak mata hasil daripada jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Dahulu, bila sebut tentang ketumbit, mungkin ramai yang menganggap ia adalah satu perbuatan ‘mengintai’ orang di bilik air. Namun, ia tidak benar sama sekali.
Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata. Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan, tetapi ada sesetengah kes mungkin individu tersebut mendapat komplikai yang lebih teruk sekiranya jangkitan merebak ke bahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis.
Jadi, apa yang korang perlu lakukan sekiranya mata korang ditumbuhi ketumbit?
Ikuti cara rawatan mudah yang dikongsi oleh Dr. Lael Salim ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Air suam
– Tuala bersih
– Syampu bayi (tidak pedihkan mata)
– Putik kapas
– Cawan kecil
– Cermin
Mula-mula, korang celupkan kain bersih ke dalam air suam. Perah dan tuamkan pada kedua-belah mata selama 2 minit. Kemudian, bancuhkan air suam lain di dalam cawan dan letakkan beberapa titis syampu bayi. Kacau bagi rata.
Gunakan putik kapas dan gosokkan dengan lembut air sabun tersebut pada akar bulu mata di hadapan cermin. Sebelah tangan korang pegang putik kapas, sebelah lagi tari kelopak mata.
Ulangi langkah tersebut dua kali setiap hari. InsyaAllah tiada lagi ketumbit.
Mudah sahaja rupanya nak rawat ketumbit ni. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua.
Balai Seni Negara telah mempersembahkan program sokongan ‘NIYAT HOKI’ serentak dengan tayangan perdana video seni abstrak ‘NIYAT’ yang merupakan kali pertama dalam Pameran Hanya Satu ke-6: ‘NIYAT’ oleh Dhan Illiani Yusof dan kolektif seni tempatan, KolmeGlu.
Dhan Illiani, seorang pengkarya muda tempatan yang juga memiliki keistimewaan sebagai pemain hoki ais wanita kebangsaan akan mewakili negara pada Sukan SEA 2025. Oleh itu, latar pameran ini diinspirasikan daripada sukan yang diceburinya.
‘NIYAT HOKI’ adalah sebuah persembahan yang mengetengahkan sukan hoki ais wanita, mengambil inspirasi dari pelbagai reaksi, tanggapan, dan pandangan masyarakat terhadap sukan yang melibatkan wanita muda.
Salah satu misi di sebalik acara ini adalah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang hoki ais sambil menekankan kepentingan dan potensi sukan ini untuk mendapatkan sokongan, terutamanya dari pihak penaja.
Selain itu, persembahan seni ini juga diadakan sebagai ‘NIYAT’ untuk memperkaya pengalaman keseluruhan pameran, memberikan pandangan dinamik tentang makna sebenar ‘NIYAT’ melalui sesi perbincangan seni selepas acara tersebut.
Dhan Illiani berkarya menerusi olahan seni bertujuan untuk menyelami dan merangsang respons masyarakat, memaparkan dilema dan pertimbangan etika dalam tujuh sisi ‘NIYAT’ yang disulam dalam naratif visual yang berbeza bagi setiap pengunjung.
Istilah ‘NIYAT’ diambil daripada perkataan Melayu ‘Niat’ dan perkataan Arab ‘Niyyah,’ kedua-duanya berkongsi makna tersurat dan tersirat. Ia juga berfungsi sebagai gelaran untuk pengkarya Dhan Illiani.
Pameran Hanya Satu ke-6: ‘NIYAT’ oleh Dhan Illiani akan berlangsung sehingga 19 Februari 2024. Rakyat am dijemput untuk meneroka dunia unik ‘NIYAT’ secara percuma di Balai Seni Negara. Jadi untuk anda yang mahu menyelami dunia seni Dhan Illiani, jangan lepaskan peluang ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...