
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya seliaan mereka.
Ramai yang menganggap keputusan ini bakal menyusahkan pengguna jalan raya sekiranya tiada perkhidmatan tambah nilai di laluan tol.

Namun begitu, PLUS telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan ujian di 10 sistem plaza tol terbuka pada 1 Januari 2020 nanti, sebelum ia akan diperkenalkan di semua plaza tol tertutup menjelang 1 April 2020.
Untuk pengetahuan korang, sistem plaza tol terbuka adalah dimana pengguna membuat pembayaran tol yang tetap, manakala sistem plaza tol tertutup adalah pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan jarak laluan.
Usaha ini melalui kerjasama dengan CIMB, dimana kedua-dua pihak akan menawarkan lebih pilihan pembayaran untuk pengguna plaza tol, sekali gus untuk memudahkan urusan pembayaran.

Pengguna jalan raya juga dikatakan boleh memautkan tag TNG RFID mereka kepada platform pembayaran lain, termasuk akaun bank, kad kredit, kad debit, selain memautkan ia kepada dompet digital TNG.
Sumber: Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih Ingat Pelakon Watak ‘Lelaki Lembut’ Sutun? Kini Bergelar Seorang Guru

Korang ingat lagi tak dengan drama ‘Sutun‘ beberapa tahun lalu di mana pelakon utamanya dilihat berjaya membawa watak ‘mat lembut’ dengan amat berkesan.
Malah, setelah hampir 18 tahun drama terbitan RTM ini masih diingati dan pernah mencipta fenomena dalam sejarah televisyen Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Masih Ingat Wajah Kacak Pelakon Utama Filem Nang Nak? Ini Keadaan Terkini Dirinya

Mengisahkan tentang suka dan duka seorang lelaki yang berpewatakan lembut di sebuah kampung itu menarik perhatian penonton, watak ikonik ‘Sutun’ itu dipegang oleh Ku Yusry dan ia masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial TikTok @ciklebah7 yang memaparkan imej terbaru pelakon drama tersebut yang kini memegang jawatan sebagai seorang guru.
@ciklebah7 Suka suka 🥰 #bff #sutun #tiktokguru #CapCut ♬ original sound – Yes Cik Lebah 🐝
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan, netizen mengucapkan tahniah kerana lelaki ini sudah berjaya menjadi pendidik tak kurang juga yang turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 88 Tahun, Masjid Besar Hagia Sophia Turki Bakal Adakan Solat Terawih Pertama

Tinggal lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Waktu inilah ramai yang mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan melakukan lebih banyak ibadah.
Apa yang menariknya tahun ini, Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun. Masjid itu telah diubah suai menjadi muzium pada 1934 dan tahun 2020, statusnya kembali menjadi masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai 2020. Namun, masjid itu tidak digunakan akibat sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko penularan.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Bernama, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan ini berikut kebanyakan penduduk sudah pun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.
Untuk info, Hagia Sophia dibina pada 532 SM dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.


Bagi individu yang pernah sampai ke Masjid Hagia Sophia ini mesti korang sudah tahu bagaimana cantiknya masjid besar ini kan? Semoga kita semua diberikan kesempatan dan peluang untuk menjejakkan kaki di masjid terindah ini. InsyaAllah!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggantungan Bekas Juara Remaja Dunia 2 Kali, GOH JIN WEI Turut Beri Kesan Mendalam

Pengumuman penggantungan pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia daripada bertanding dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun pada hari ini bukanlah satu-satunya berita mendukacitakan yang melanda peminat badminton negara.
Penggantungan Lee Zia Jia itu disusuli keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengenakan tindakan sama terhadap bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei sejak 31 Oktober 2021.

Pemain yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dimaklumkan telah meninggalkan BAM secara tiba-tiba atas alasan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Biarpun Jin Wei tekad meninggalkan skuad kebangsaan pada 13 September 2021, pemain berusia 21 tahun itu pada awal tahun ini telah memuat naik sebuah klip di YouTube dan berkata dia telah hidup dalam kekesalan sejak saat itu. Dia ingin meneruskan karier sebagai atlet badminton bebas atas dasar minat serta bakat yang dimilikinya.
Jelasnya lagi, dia tidak kembali ke pangkuan BAM setelah merasakan dirinya tidak dapat memberikan komitmen 100 peratus jika menyertai skuad kebangsaan.
“Saya amat terharu dijemput oleh pasukan kebangsaan untuk menyertai mereka. Saya tidak mampu mengungkap betapa ia bermakna untuk saya. Ia satu penghargaan besar untuk saya menerima jemputan ini. Saya ingin menzahirkan rasa terima kasih saya terhadap pasukan kebangsaan kerana mempunyai kepercayaan terhadap saya.
“Namun, saya tidak mungkin mampu memenuhi keperluan dan kelayakan pasukan kebangsaan ketika ini kerana masalah kesihatan saya. (Isu) saya ini akan hanya merugikan sumber negara serta menafikan peluang pemain lain. Saya enggan mengecewakan mana-mana pihak dalam situasi ini,” kata Jin Wei.
Jelasnya lagi dalam video tersebut, beliau sentiasa akan cuba bersedia untuk memperbaiki diri demi bermian untuk negara pada masa akan datang.
Begitupun seperti yang kita ketahui pada hari ini, perancangan Jin Wei itu seakan tersekat dek penggantungan yang diletakkan ke atas dirinya oleh BAM. Untuk pengetahuan korang, seseorang pemain badminton perlu didaftarkan menerusi persatuan badminton kebangsaan untuk bermain dalam kejohanan yang diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia. Tanpanya, mereka tidak boleh mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, beberapa pemain kebangsaan lain seperti Tan Chung Seang dan Toh Ee Wei pernah digantung oleh BAM setelah mereka meninggalkan kem latihan negara. Bagaimanapun, Ee Wei kemudiannya diserap semula oleh BAM.
Justeru seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunood pada hari ini, BAM sentiasa membuka pintu kepada Goh Jin Wei dan Lee Zii Jia untuk kembali menyertai BAM setelah mereka membuat rayuan jika masih berminat untuk menyertai sebarang kejohanan di luar negara. BAM juga katanya tidak bercadang untuk mengenakan denda kepada mereka berdua selain penggantungan selama dua tahun ini.

Diharap, kemelut yang melanda kem badminton Malaysia ini dapat diselesaikan secara baik dengan segera. Masakan tidak, sayang jika kita kehilangan bukan saja kelibat Lee Zii Jia di gelanggang tetapi juga kelibat Goh Jin Wei yang cukup berbakat.
Selain memenangi pingat emas perseorangan wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sekaligus menamatkan penantian 14 tahun Malaysia, Jin Wei juga pernah merangkul kejuaraan perseorangan wanita remaja dunia di Lima, Peru pada tahun 2015 dan sekali lagi di Markham, Kanada pada tahun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN : Penggantungan 2 Tahun Lee Zii Jia : Misbun Terkejut, LCW Pernah Minta Tahan Tekanan, Axelsen Kecewa – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

