Tiru Fesyen ‘Dr Yoon’ Dalam Hometown Cha-Cha-Cha Dengan Koleksi +J Fall/Winter UNIQLO

Share

Fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik!

Memang jatuh cinta lepas tengok penampilan Shin Min Ah sebagai Yoon Hye Jin dalam K-Drama “Hometown Cha-Cha-Cha” ni. Sudahlah memang cantik, tambah pula dengan gaya fesyen dan mekap ringkas dan segar lagi naik seri wajahnya.

Kalau bercakap bab jenama pula, rasanya semua jenama mahal mereka sarungkan pada para pelakon. Tapi tak apa, ini caranya nak bergaya ringkas dan segar seperti Yoon Hye mengunakan koleksi UNIQLO 21 fall/winter.

Look 1

Look 2

 

Look 3

Lebih kurang je kan? So kenapa nak buang duit beli jenama yang mewah kalau kita boleh dapat look yang lebih kurang.

Tahun berganti tahun, musim berganti musim, ada saja benda baru yang Uniqlo bawa masuk memikat rakyat tempatan. Setiap rekaan koleksi yang minimalis, praktikal, trendy dan sopan sesuai dengan gaya hidup majmuk masyarakat kita.

Antara highlight yang memikat kamu semua kena sambar bulan November nanti ialah dengan +J Fall/Winter 2021. Kerjasama yang bermula pada musim lalu membawa kepada satu kejayaan. Kali ini, pereka legenda Jil Sander, yang membawa gaya moden yang lagi luar biasa untuk wanita dan lelaki.

Koleksi + J Fall / Winter 2021 melahirkan campuran musim sejuk dan musim luruh, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo – minimalis, sofistikated dan keselesaan.

Masih lagi mengekalkan sofistikated tapi sedikit light, fun

dan freedom.

Koleksi + J Fall/Winter 2021 akan berada di semua butik Uniqlo dan secara atas talian uniqlo.com  mulai 11 November 2021.

IKLAN